Pakej Perkahwinan Di Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka | Baru-baru ni aku dan beberapa orang blogger telah dijemput oleh pihak pengurusan Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka untuk mempromosikan pakej terbaru mereka iaitu pakej perkahwinan yang boleh dibuat di sini dan juga Bloggers Day pada keesokan harinya. Kalau korang nak tau, sebelum ni pihak Agrofarmstay membuka tempahan untuk percutian keluarga, majlis tertutup dan juga untuk seminar atau kem bina semangat.
Promosi Pakej Perkahwinan Dan Bloggers Day |
Pakej Lengkap Perkahwinan Di Agrofarmstay
Apa yang menariknya jika korang mengadakan majlis perkahwinan di sini, semuanya boleh disediakan oleh pihak Agrofarmstay. Korang boleh pilih sama ada konsep Perkahwinan Melayu Tradisional, Konsep Moden dan Santai. Korang juga tak perlu risau mengenai keperluan perkahwinan kerana disini semuanya boleh disediakan seperti pelamin, busana pengantin, katering, doorgift dan juga khidmat fotografi.
Ketibaan pengantin lelaki |
Pengantin perempuan menyambut ketibaan pengantin lelaki |
Pengantin perempuan mencium tangan pengantin lelaki |
Pengantin diarak bersama ahli keluarga |
Sebelum masuk ke dewan, pengantin disaji dengan persembahan silat |
Pengantin perempuan bersalaman dengan tetamu |
Pengantin lelaki bersalaman dengan tetamu |
Selain majlis perkahwinan, di sini juga menyediakan perkhidmatan untuk majlis pertunangan. Mini pelamin akan disediakan untuk sesi sarung cincin dan bergambar.
Majlis pertunangan juga boleh dibuat di sini |
Pelamin
Di bawah ni ada contoh pelamin yang boleh didapati di Agrofarmstay. Konsep dan warna boleh diubahsuai mengikut citarasa korang, hanya perlu beritahu sahaja kepada mereka. Ada dua pilihan samaada nak pelamin di dalam dewan ataupun di luar dewan iaitu di tepi kolam renang.
Contoh pelamin tradisional |
Contoh pelamin moden |
Contoh pelamin pertunangan |
Busana Pengantin
Di bawah ni pula beberapa contoh busana pengantin yang boleh korang tempah di sini. Dari busana konsep tradisional hinggalah ke konsep moden. Apa yang menariknya, untuk konsep tradisional, mereka menerapkan ciri ciri yang melambangkan sesuatu kaum dan juga mempunyai makna yang tertentu seperti pemakaian dokoh, uncang dan juga perhiasan di kepala. semuanya mempunyai maksud tertentu. Lebih menarik, sebagai contoh busana yang berwarna merah di bawah diperbuat dari songket yang berusia 25 tahun. Sungguh klasik kan.
Contoh busana pengantin tradisional |
Contoh busana pengantin moden |
Contoh busana pengantin moden yang digarap dari konsep arabian |
Katering
Selalunya bila kita ke kenduri kahwin, kita dihidangkan dengan menu nasi briani atau nasi minyak. Di sini, korang boleh juga memilih menu ala kampung seperti masak lemak ikan masin dan nanas, ulam-ulaman dan juga beberapa menu lain mengikut selera. Jangan risau, kalau masih nak nasi briani juga ada. Semua boleh ... hehe
Antara menu yang dihidangkan oleh pihak katering |
Selain tu, ada juga hidangan pencuci mulut dan pemanis mulut (tak tau la istilah ni sama ke tidak..haha). Pelbagai jenis kek dan tart dihidang dalam bentuk mini dan comel supaya mudah dimakan. Buah-buahan pun ada. Untuk kanak-kanak pula, korang boleh tempah aiskrim katering. Sedap tau, siap boleh tabur coklat urai dan kacang tanah lagi. Silap haribulan, bukan kanak-kanak sahaja, tah-tah mak dan ayah kanak-kanak pun pakat dok serbu.. hihi
Pencuci Mulut |
Aiskrim Katering |
Aiskrim yang ditabur coklat urai dan kacang tanah.. sedap |
Persembahan Silat
Tidak lengkap rasanya jika majlis kenduri kahwin tanpa persembahan silat. Baru la meriahkan. Perkhidmatan persembahan silat juga boleh didapati di sini. Hanya perlu beritahu sahaja kepada pihak pengurusan Agrofarmstay. Mereka boleh sediakan.
Persembahan silat |
Doorgift
Kalau pergi kenduri tak sah kan kalau tak dapat doorgift. Kat sini ada beberapa doorgift yang boleh korang pilih. Ada dodol, coklat dan kekacang. Semuanya dibungkus dengan baik. Yang penting rasanya memang sedap.
Doorgift coklat dari Hanis Fancy Chocolate |
Doorgift kekacang dari Hannahomemade |
Doorgift dodol dari Dodol Masyhur |
Fotoshoot Outdoor
Untuk pengetahuan semua, Agrofarmstay mempunyai kawasan seluas 30 ekar yang dikelilingi bukit, tasik, dusun dan pemandangan semulajadi yang menghijau. Kawasan sebegini sesuai untuk para pengantin mengambil gambar outdoor. Perkhidmatan Fotografi juga boleh disediakan oleh pihak Agrofarmstay. Mudah kan. Tak perlu kita mencari-cari kan. Cuba tengok gambar-gambar kat bawah ni. Cantik kan..
Tasik besar |
Tasik kecil yang dipenuhi teratai |
Tasik kecil yang terdapat surau di tengahnya |
Kawasan buluh rimbun |
Kemudahan Lain-lain
Sebenarnya banyak kelebihan jika mengadakan majlis perkahwinan di Agrofarmstay ni. Ini kerana terdapat banyak kemudahan yang terdapat disini. Antaranya :
1. Penginapan
Di Agrofarmstay terdapat beberapa unit penginapan yang boleh disewa oleh ahli keluarga pengantin ataupun tetamu yang datang dari jauh. Tak perlu lagi korang mencari-cari hotel atau homestay. Ada beberapa unit yang boleh dipilih iaitu :
Villa - mempunyai 7 bilik : 1 katil queen dan 6 katil kembar
The Lodge - 1 katil queen dan 4 katil single
River View - 2 katil single dan 2 katil double decker
Garden View - 4 katil single dan 2 katil double decker
Chalet - 5 katil double decker
Villa |
River View |
Garden View |
Chalet |
2. Dewan
Untuk majlis perkahwinan, terdapat beberapa dewan yang boleh digunakan untuk jemputan. Kesemua jumlah dewan boleh menampung sehingga 250-300 orang dalam satu masa. Di antaranya ialah :
Dewan Lily - menampung hingga 80 orang dalam satu masa
Dewan Palma - menampung hingga 120 orang dalam satu masa
Dewan Makan - menampung hingga 60 orang dalam satu masa
Dewan Lily |
Ruang di dalam Dewan Lily |
3. Surau
Kemudahan surau juga ada di sini. Surau ini amat luas dan mampu menampung jika ingin mengadakan majlis akad nikah atau solat berjemaah. Menarikanya, surau ini terapung di atas tasik yang dipenuhi bunga teratai dan kerana itulah dinamakan Surau Teratai
Surau Teratai |
4. Karaoke Lounge Dan Swimming Pool
Antara kemudahan lain yang menarik di Agrofarmstay ialah karaoke lounge dan swimming pool. Selepas selesai majlis perkahwinan, boleh la bersantai-santai sambil berenang atau berkaraoke kan. Ada lebih dari 60,000 pilihan lagu dan akan dikira mengikut jam. Boleh la masing-masing tunjuk bakat kan. Bagi swimming pool pula, ada disediakan kolam untuk dewasa dan kanak-kanak. Jadi tak perlu risau ye.
Karaoke Lounge |
Ruang dalam Karaoke Lounge |
Swimming pool |
Panjang lebar dah rasanya aku bercerita kan. Akhir sekali terima kasih kepada Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka yang menaja penginapan dan makanan kami sepanjang 3 hari 2 malam. Juga terima kasih kepada pihak yang sudi menaja majlis sempena promosi Pakej Perkahwinan Di Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka. Jika korang berminat untuk mengadakan majlis hari bahagia di sini ataupun ingin membuat pertanyaan lanjut boleh hubungi :
Website: Agrofarmstay
Facebook: Facebook Agrofarmstay
Instagram: instagram.com/agrofarmstay
Telefon: En Abdul Bari 012-2118246 atau En Ahmad Bashiruddin 016-2098623
Senarai Penaja
Noris Andaman:
Facebook- Noris Andaman
Attirmidzy Photography :
Facebook- Attirmidzy Photography
0175192631
Ilham Katering dan Galeri Perkahwinan :
Facebook- IlhamKateringGaleriPerkahwinan
Instagram: instagram.com/ilham_katering
Hanis Fancy Choclate :
Facebook- HanisFancyChocolate
Instagram: instagram.com/hanisfancychocolate
Dodol Masyur:
Facebook- Dodol Masyur
Instagram: instagram.com/dodolmasyhur
017-7938510
Ais Krim Katering:
Facebook - Aiskrim Katering
Instagram: instagram.com/hasz_scoop
013-7060466
Hanna Homemade :
Instagram: instagram.com/hannahomemade
017-2255085
Halal and Chicken Supplier :
0109821707
10 Comments
seronok uolsss makan kenduri kannn???
ReplyDeletemesti la seronok.. tambah plak menu yg untuk kami lauk ala kampung. Lauk masak lemak nanas dan ikan masin tu yang sedap.
DeleteWahh menarikk! Dahsyat la buat mjlis pertunangan kat swimming pool tu...huhu... Manela dato' nk sponsor ni hehe
ReplyDeleteBest ni photoshoot sini tmpt cntik agrofarm ni 😍😍
Ha... cepat-cepat cari dato'...tapi jgn datuk yg bercucu udah ler...
Deletesakan nampak..
ReplyDeletehahaha
biasa2 je...hahaha
Deleteokay gak buat kat sini,tak penat ye dok... chalet dia lawooo
ReplyDeletetula... kira cam one stop centre la
Deleteeh.. dah terbaring layu after "bersukan" :')
ReplyDeleteterbaik ni. sambil kita kawin, sambil family semua dalam keadaan selesa :D
ReplyDelete