BUFFET RAMADHAN 2016 : HOTEL PERDANA KOTA BHARU KELANTAN

BUFFET RAMADHAN 2016 : HOTEL PERDANA KOTA BHARU KELANTAN | Alhamdulillah, tak lama lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan Ramadan Al Mubarak. Semoga tahun ini kita dapat melipat kali gandakan amalan dari tahun-tahun sebelum ni. Bila tiba bulan Ramadan ni tentu sahaja ada yang akan survey tempat untuk berbuka puasa bersama keluarga, rakan-rakan sekerja ataupun bersama yang tersayang kan. So, sempena itu aku akan berkongsi beberapa tempat yang menyediakan Buffet Ramadhan untuk tahun 2016 ini. Harap dapat membantu korang untuk membuat pilihan. Kalau ajak aku sekali, lagi dialu-alukan.. hehe

Buffet Ramadhan 2016 Hotel Perdana Kota Bharu
Buffet Ramadhan 2016 Hotel Perdana Kota Bharu

Lokasi pertama aku nak kongsikan berkenaan Buffet Ramadhan 2016 ni adalah nun jauh di Negeri Pantai Timur iaitu Kelantan. Jauh tak? Iye la, hari tu kan aku ada singgah sini dengan Team Projek Travel. So, alang-alang kami ada kat Kelantan, pihak Hotel Perdana Kota Bharu menjemput kami untuk singgah di sana sekaligus mencuba menu yang terbaik yang dihidangkan di hotel tersebut. Sambil-sambil tu, mereka juga turut berkongsi mengenai Buffet Ramadhan yang ditawarkan di sana. Kalau sape-sape yang tak tahu pasal hotel ni, boleh baca entri aku sebelum ni :


Buffet Ramadhan 2016 Hotel Perdana Kota Bharu
Team Projek Travel bersama Staff Hotel Perdana Kota Bharu

Buat pertama kalinya aku makan masakan Kelantan di Negeri Kelantan.  Apa yang dihidangkan pada kami haritu di Cerana Coffee House memang cukup istimewa dan sangat sedap. Betul la orang kata, masakan Kelantan ni kalau kita makan kat Kuala Lumpur, tak sama dengan yang kita makan kat Kelantan sendiri. Kalau orang putih cakap memang 'pure' masakan Kelantan. 

Buffet Ramadhan 2016 Hotel Perdana Kota Bharu
Nasi Kerabu Ayam

Buffet Ramadhan 2016 Hotel Perdana Kota Bharu
Nasi Kerabu Ayam Dan Daging Bakar

Sebagai contoh menu pertama kami makan nasi kerabu ni. Kalau ikut dah banyak kali aku rasa nasi kerabu kat KL nun tapi yang ni berbeza rasa dia. Nak tau apa beza dia? First, suka sangat ayam dan daging bakar tu. Perapan yang digunakan meresap helok dalam isi. Ditambah pulak dengan 3 jenis sambal dan kuah tu. Tuang semua atas nasi dan gaul sebelum makan... perghhhh... memang sedap weiiii sampai dengan muka tak malunya mintak tambah.. hikhik..

Buffet Ramadhan 2016 Hotel Perdana Kota Bharu
Lamb / Chicken Mendy Rice

Buffet Ramadhan 2016 Hotel Perdana Kota Bharu
Lamb / Chicken Mendy Rice ni untuk 4 orang

Untuk menu kedua, kami makan 'Lamb / Chicken Mendy Rice'. Eh, yang ni bukan makanan orang Kelantan ye, ni makanan orang arab tapi turut dihidangkan di Cerana Coffee House. Antara kambing ngan ayam, of cos la aku pilih kambing, favourite tu.. Tapi yang ayam pun sedap jugak. Hidangan ni boleh makan 4 orang tapi sebab da makan nasi kerabu, so cukup la untuk kami portion ni.

Buffet Ramadhan 2016 Hotel Perdana Kota Bharu
Laksam

Haaa.... sape kenai ni apa. ayooo, ni bukan mushroom sup ye adik kakak.. Ni nama dia laksam. Salah satu makanan femes kat kelantan. Nampak macam simple je kan tapi kuah dia perghhh, pekat melekat dan pure rasa ikan. Ok, yang ni pun order lagi satu pinggan. Tak cukup weiii... hahaha... ganas tak kami makan.

Buffet Ramadhan 2016 Hotel Perdana Kota Bharu
Lompat tikam

Buffet Ramadhan 2016 Hotel Perdana Kota Bharu
Ais Batu Campur

Untuk pencuci mulut, kami dihidangkan dengan kuih tradisional Kelantan iaitu lompat tikam dan segunung Ais Batu Campur atau biasa kita sebut ABC. Segunung tau bukan semangkuk. Haha, tengok la muka masing-masing. Terkedu tengok ABC tu. Yang lompat tikam tu comel jek disusun ikut kaler. hihi..

Iftar "Ramadan Bazaar @ Perdana"


Macam yang aku sebut kat atas tadi, sambil-sambil makan, Pengurus Besar Hotel iaitu En Taha dan staff-staff hotel turut berkongsi mengenai hidangan istimewa sempena Buffet Ramadhan nanti. Dengan berkonsepkan Iftar "Ramadan Bazaar @ Perdana", sebanyak lebih kurang 188 jenis makanan terpilih dari Malaysia, Arab, Indonesia dan Thailand akan dihidangkan. Wow, bestnyer mesti sedap...

Antara menu yang bakal ada nanti adalah Kambing panggang, Kari Kambing Gearbox, Sup Merah Tulang Rawan, Kari Kepala Ikan, Gulai Ayam Kampong Sumatera, Masak Lemak Daging Salai Pucuk Ubi. Menu baru untuk tahun ni ada Kibas panggang, Ayam Tempayan, Murtabak, Rendang Kerang dengan Daun Pegaga dan Kebab Ayam.

Korang juga kena cuba menu Sup Torpedo, Sup tulang rawan, bubur lambuk daging Rusa, Nasi Mendy, Lamb and Chicken Mendy, Fried Chinese Beef Stick, Kari Sotong dengan nenas, Masak Lemak perut dengan rebung, dalcha sayur dengan tulang kambing, Lo Hon Chai dan juga pelbagai jenis desserts termasuk kuih muih tradisional Kelantan. Fuhhhh.... Awat la hotel ni jauh nun di sana. Kalau tak, boleh makan selalu kat sini.


Harga Buffet Ramadhan Hotel Perdana Kota Bharu 2016

Promosi Early Bird 16-30 April 2016 :
RM60 nett dewasa 
RM30 nett kanak-kanak ( 4-12 tahun)

Harga biasa :
RM78 nett dewasa
RM39 nett kanak-kanak ( 4-12 tahun)

Tempahan untuk Korporate atau group :
RM65 nett (minimum 50 org)

Tempahan untuk syarikat anjurkan iftar bersama anak-anak yatim :
RM55 nett untuk seorang anak-anak yatim (minimum 100 org)

*RM1 akan disumbangkan ke rumah kebajikan yang terpilih dengan setiap pembelian.

So, korang-korang yang ada kat sana, jangan lepaskan peluang ni. Murah kot makan buffet kat hotel dengan harga tu. Siap boleh menyumbang kepada rumah kebajikan lagi. Sama-sama kita tingkatkan amalan di bulan Ramadhan ni. Untuk maklumat lanjut mengenai Buffet Ramadhan 2016 Hotel Perdana Kota Bharu boleh hubungi :

Alamat :

Hotel Perdana Kota Bharu
Jalan Mahmood
15200 Kota Bharu
Kelantan, Malaysia

Telefon :
T: +609-7458888
F: +609-748 8855

Email :
Email : sales@hotelperdanakotabharu.com
reservations@hotelperdanakotabharu.com

Website

Facebook :

Instagram :
#hotelperdana
#hotelperdanakotabharu



Post a Comment

5 Comments

  1. ramai jugak ckp nasi kerabu hotel perdana tu best

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi saya sedap tang sambal dengan daging tu... terbaikkk

      Delete
  2. Mak aih menarikny menu. Tinggi plak abc tu 😂

    ReplyDelete
  3. Kena makan dgn tangan baru best

    ReplyDelete