HOTEL PERDANA KOTA BHARU KELANTAN | Assalamualaikum semua... Buat ape tu?? Bergelumang dengan selimut lagi ke? Haha, kalau iye sama la kita. Sedap pulak rasa golek-golek dalam selimut ni.. sejuk sebab subuh tadi hujan lebat. Tiba-tiba teringat plak Hotel Perdana Kota Bharu kat Kelantan. Kalau la dapat golek-golek atas katil kat sana kan best sebab bilik-bilik kat sana lawa-lawa belaka. Tambah-tambah yang Executive Wing, exclusive giler bilik-bilik kaat sana. Rugi rasa tak dapat menginap kat sana tapi apa kan daya, masa sangat mencemburui... cewahhh... ayat.. haha
Hotel Perdana Kota Bharu Kelantan |
Alkisah hari tu lepas balik dari Perhentian, pihak Hotel Perdana Kota Bharu Kelantan menjemput kami (Projek Travel) untuk menikmati Hi Tea dan berehat sementara menunggu flight waktu malam. Dalam hati seronoknya rasa sebab dah la ini pertama kali jejak kaki ke Negeri Kelantan, dapat pulak jemputan ke Hotel yang famous kat Kota Bharu ni. Yippieeee....
Kami disambut oleh Staff Hotel Perdana Kota Bharu |
Jadi bila tiba di Bandar Kota Bharu dari Jetty Kuala Besut, 2 buah kenderaan dari pihak hotel datang dan membawa kami ke Hotel Perdana Kota Bharu ni. Sampai aje kat hotel tu, terperanjat kami kerana ramai staff hotel termasuk Pengurus Besar Hotel sendiri iaitu En Taha dan Pengurus Komunikasi Pemasaran iaitu Pn Nik Adura Zuliana. Segannya rasa sebab masa tu kami kan baru balik dari pulau. Masing-masing pakai baju t-shirt ngan seluar tracksuit jek. Siap pakai selipar tu... opppsss.... ampunnnn... Nasib baik staff-staff kat sini sporting dan peramah. So, kurang la sikit rasa segan.. hehe
Pengurus Besar Hotel sendiri iaitu En Taha dan Pengurus Komunikasi Pemasaran iaitu Pn Nik Adura Zuliana |
First time masuk lobi hotel ni dah ternganga, cantikkk oiii lobi dia. Siap ada tangga yang berputar-putar tu. Lagi satu kalau pusing ke belah kiri kaunter, ada sudut yang sangat-sangat menarik. Kalau kita berdiri kat hujung, umpama tengok pantulan dalam cermin, padahal bukan wei... kagum giler dengan idea dan rekabentuk sudut ni.
Lepas dah masuk bilik, mandi tukar baju, mekap sket baru la rasa segar. Hilang penat bila tengok bilik hotel yang best ni. Rasa nak landing tido jek tapi tak boleh... no no no... karang mau terbabas plak sebab jap gi nak turun makan. Masa mandi pun aku dok tenung jek bathtub tu... Last-last pilih shower jek sebab cepat sket.. haha
Ruang lobi yang cantik dan tersusun rapi |
Kaunter di lobi |
Sudut menarik yang kelihatan seperti pantulan cermin |
Sudut ini juga kelihatan seperti pantulan cermin |
Selalu berdua dengan Mekonie tapi kali ni bertiga dengan Eyra |
Bilik kami, cantik kan |
Hotel Perdana Kota Bharu
Amacam? cun tak bilik yang aku duduk kat atas tu? Lawa kan. Kalau korang nak tau bilik-bilik kat sini semua lawa-lawa sebab hotel yang milik sepenuhnya Permodalan Nasional Berhad (PNB) ni dah buat transformasi dan perubahan sesuai dengan imej sebagai hotel di tengah-tengah bandar Kota Bharu. Lokasi hotel ni strategik giler sebab korang boleh jalan kaki je kalau nak ke Pusat Kebudayaan Kota Bharu, Bazar Tok Guru, shopping mall, bangunan-bangunan kerajaan (kalau ada urusan rasmi) dan yang paling best, dekat je dengan Stadium Sultan Muhammad IV (ala stadium Qu Puteh tu). so, senang la nak p tengok game bola sepak.
Bangunan Hotel Perdana Kota Bharu Kelantan |
Dari hotel boleh nampak Stadium Sultan Muhammad IV |
Kalau nak cerita dari segi dekorasi, aku suka dengan konsep hotel ni sebab memartabatkan ciri-ciri kemelayuan. Dalam hotel ni digantung lukisan-lukisan bermotifkan batik dan panel-panel kayu berukir memang memukau mata memandang. Susah nak cari hotel macam ni. Exclusive sangat sepadan dengan tarafnya sebagai hotel 5 bintang.
Lukisan bermotif batik yang cantik dan exclusive |
Ukiran kayu yang menampakkan ciri kemelayuan |
Kalau mai hotel, benda yang wajib kita survey mesti la bilik kan. Kat hotel ni ada 272 buah bilik yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti :
- Telefon
- Televisyen
- Minibar
- Kemudahan bancuh teh dan kopi
- Kemudahan iron untuk gosok baju
- Meja tulis
- Air conditioner (boleh adjust temperature)
- Bathtub
- Hair dryer
- Wifi
Memang selesa, bilik luas, tilam empuk, bilik air cantik, pucuk pangkal memang korang akan rasa tak mau balik la... (bestnya kalau dapat bermalam kat sini kan... huhu lagi sekali). Tak pela, aku share gambar je la. Mana tau korang boleh tidur kat sana untuk aku.. hehe (sila tag '@dikbee' kat instagram kalau korang mai sini tau). Oh ya, ada 2 kategori bilik kat sini iaitu Classic Wing dan Executive Wing.
Classic Wing - Premier
Classic Wing - Premier |
Classic Wing - Premier |
Classic Wing - Deluxe Classic
Classic Wing - Deluxe Classic |
Classic Wing - Deluxe Classic |
Superier Single
Superier Single |
Superier Single |
Executive Wing - Perdana Executive
Executive Wing - Perdana Executive |
Executive Wing - Perdana Executive |
Executive Wing - Presidential Suite
Executive Wing - Presidential Suite |
Executive Wing - Presidential Suite |
Executive Wing - The Royal Suite
Executive Wing - The Royal Suite |
Executive Wing - The Royal Suite |
Ha, korang nampak tak macam mana bilik kat sini? Mana aku tak meroyan sebab tak dapat bermalam kat sini. Tambah-tambah bilik yang The Royal Suite tu.. lawa giler.. Ni yang rasa nak kawen dengan anak raja ni.. Ada yang sudi tak?? haha..
Dari segi fasiliti pulak, kat hotel ni ada Secret Spa, Kedai butik batik iaitu Ruzz Gahara Boutique dan juga swimming pool. Budak-budak mesti suka kan swimming pool. Biasa kalau sampai hotel yang tu diorang akan tuju dulu.. seronot jadi kanak-kanak zaman sekarang. Aku kecik-kecik dulu mandi sungai jek..hehe. Selain tu, ada juga kemudahan dewan ballroom yang dilengkapi dengan sistem AV untuk majlis keraian seperti majlis kahwin dan seminar. Dewan Bunga Emas ini boleh memuatkan tetamu seramai 500 orang. Untuk majlis kecil-kecilan, ada juga bilik-bilik seminar disediakan untuk 80-100 orang. Pilih je mana satu yang berkenan di hati.. cewahh..
swimming pool |
Eh, aku tak cerita bab Hi Tea ekk... haaa.... sebenarnya aku nak cerita part makan-makan ni dalam next entri sekaligus nak promote pasal Buffet Ramadhan di Hotel Perdana Kota Bharu ni skali. Karang semua cerita kat sini, berjela pulak kan..hihi
Kenangan di Hotel Perdana Kota Bharu |
Gambar kenangan dengan staff Hotel Perdana Kota Bharu yang sporting dan peramah |
Lastly, aku nak ucap terima kasih sangat-sangat kat pihak Hotel Perdana Kota Bharu sebab sudi jemput kami Team Projek Travel ke sini. Kalau tak, memang tak merasa la aku jejak kaki ke sini. Lagipun ini la pertama kali aku jejak kaki ke Bumi Kelantan. So, sekarang tinggal negeri Sarawak je la yang belum aku pergi.. Hope one day sampai ke sana pulak. Aminnnn...
Sape-sape nak menginap di Hotel Perdana Kota Bharu, boleh rujuk kat sini untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai bilik dan juga harga. Mereka juga ada menydiakan pakej Perdana Trail di mana korang akan dibawa ke tempat-tempat bersejarah di sekitar Kota Bharu.
Alamat :
Hotel Perdana Kota Bharu
Jalan Mahmood
15200 Kota Bharu
Kelantan, Malaysia
Telefon :
T: +609.7458888
F: +609.748 8855
Email :
Email :
Email : sales@hotelperdanakotabharu.com
reservations@hotelperdanakotabharu.com
Website
Instagram :
#hotelperdana
#hotelperdanakotabharu
1 Comments
Bagus Hotel nya !!!
ReplyDelete