HARI 1 : SELAMAT DATANG KE PULAU BELITUNG, INDONESIA

HARI 1 : SELAMAT DATANG KE PULAU BELITUNG, INDONESIA | Assalamualaikum semua.. Rasa macam tak percaya je bila dapat panggilan untuk pergi bercuti ke Pulau Belitung, Indonesia. Mula-mula tu duk fikir gak nak pergi ke tak sebab masih ada banyak kerja tertunggak yang perlu dilangsaikan. Tapi bila fikir balik, bila lagi kan. Kalau nak pergi sendiri memang tak la kan. So, alang-alang ada geng ni aku pun accept la.

Hari 1 : Selamat Datang Ke Pulau Belitung, Indonesia
Bagai tak percaya dapat jejak kaki ke Pulau Belitung

Walaupun aku sorang je perempuan dari Kuala Lumpur sebab partner in crime aku iaitu Kak Min terpaksa tarik diri sebab faktor kesihatan tapi tu bukan penghalang. Takpe, aku kan seorang sistur yang berhalkum (haha, gelaran ni kengkawan yang bagi) so takde hal la. Lagipun ada 4 abam bodyguard yang akan turut pergi bersama. Oh ya, lupa nak bagitau. Penerbangan ke Pulau Belitung kena naik dari Changi Airport so kami yang dari KL ni kena pergi ke sana la.

Hari 1 : Selamat Datang Ke Pulau Belitung, Indonesia
My bodyguards #teamKL

Tanggal 8 Disember 2018, masing-masing mengangkut beg dan bertemu di Terminal Bersepadu Selatan. Ha, time ni berjumpa la dengan #teamKL yang lain iaitu Ady Soleh, Suhaimi, Amad dan Ejoy. Kami ambil bas dari KL pukul 11.59 malam tapi maybe jalan jem bas kami delay. Dalam pukul 12.45 pagi baru bas kami sampai. Masa tu masing-masing dah ngantuk. Naik aje bas, terus lebur. Sedar-sedar dah sampai Stesen Bas Larkin dah. Masa tu pukul 4.50 pagi. Eh, hai warga Johor Bahru..

Hari 1 : Selamat Datang Ke Pulau Belitung, Indonesia
Muka mengantuk tapi tetap kena selfie yee.. wajibbb

Dari Stesen Bas Larkin kami akan mengambil bas untuk ke Changi Airport pulak. Tapi sebelum tu kami akan berjumpa dan berkumpul bersama-sama dengan geng blogger JDT. First time ni nak jumpa diorang semua. Tapi kalau kat sosial media ada juga yang dah kenal. Tapi takpe, tu bukan penghalang untuk kita pergi bercuti bersama ye. Ha, time ni la nak mengeratkan perhubungan silaturrahim. Serius aku cakap, ini la untungnya jadi blogger. Dapat kenal ramai orang..

Hari 1 : Selamat Datang Ke Pulau Belitung, Indonesia
Segar sikit bila dapat breakfast.. lapiaqqq ooii

Lebih kurang pukul 9 pagi semua dah berkumpul. Haish, time ni malu-malu kucing lagi. Maklum la first time jumpa kan. Dah la dengan muka tak mandinya.. hahaha, shhhh.. ni rahsia kite tau.. cuci muka je kat KFC masa breakfast tadi. Kahkah.. kira halal la ekk.. Yang penting sekarang dah tak sabar nak ke Pulau Belitung. So, kami pun memulakan perjalanan untuk menuju ke Changi Airport.

Hari 1 : Selamat Datang Ke Pulau Belitung, Indonesia
Antara blogger JDT yang sampai awal

Dari Larkin kami naik bas CausewayLink untuk ke CIQ JB. Bila dah melepasi CIQ JB, kami perlu mencari bas lain pula untuk ke Changi Airport. Kami memilih bas TranStar. Bas ni akan berhenti di CIQ Woodlands dan kita perlu turun untuk proses cop passport. Then after that kena naik balik bas yang sama. Time kat sini agak kritikal sket sebab masa kat Woodlands CIQ orang ramai dan mengambil masa yang agak lama untuk melepasi imigresen. Bila semua dah lepas, bas yang kami naik tadi dah pergi so kami kena tunggu next bas. Tapi tah kenapa, lambat pulak bas sampai. Jadi kami pun tersadai di Woodlands CIQ lebih kurang 2 jam lebih. Haishh, sampai nak terpejam la mata menunggu bas dek kerana tak cukup tidur malam tadi. Tapi ada hikmah jugak, dapat la kami jumpa wakil MTN Getaways iaitu Cik Faizun. Dia la yang uruskan trip kami tapi sayang dia tak dapat join sebab ada hal lain.. alaaaaa sob sob..

Hari 1 : Selamat Datang Ke Pulau Belitung, Indonesia
Ni bas dari Larkin ke CIQ JB

Hari 1 : Selamat Datang Ke Pulau Belitung, Indonesia
Ni pulak bas dari CIQ JB ke Changi Airport

Ok, dipendekkan cerita dalam pukul 2.30pm kami pun sampai kat Changi Airport. Bila dah selesai Check-In baru la masing-masing menarik nafas lega. Ye la, risau jugak terlepas flight kan. Kang babai Belitung hello Singapore pulak. hehe.. So, sesambil menunggu boarding kami pun berehat dan isi perut yang sejak tadi berdangdut. Ada juga yang bersiar-siar dalam kawasan airport ni sebab lawa giler suasana kat sini. Siap ada pameran Harry Potter dan ada taman rama-rama gitu.

Hari 1 : Selamat Datang Ke Pulau Belitung, Indonesia
Dah sampai Changi Airport terus Check-In Luggage

Hari 1 : Selamat Datang Ke Pulau Belitung, Indonesia
Yeayy.. dah dapat Boarding Pass

Hari 1 : Selamat Datang Ke Pulau Belitung, Indonesia
Lepak minum dulu kat Changi Airport

Tepat jam 5.00pm kami pun boarding. Kami menaiki penerbangan Garuda Indonesia. Walaupun kapal terbang kami agak kecil tapi selesa tau. Masa penerbangan pun tak terasa sangat gegaran. Nasib kami juga baik kerana cuaca elok dan paling best sebab dapat tengok sunset dari atas flight. Subhanallah, indahnya ciptaan Allah s.w.t. Setelah mengharung penerbangan dalam sejam lebih akhirya sayup-sayup di bawah kelihatan Pulau Belitung. Cantikkk sangatt..

Hari 1 : Selamat Datang Ke Pulau Belitung, Indonesia
Dah get ready nak departure

Hari 1 : Selamat Datang Ke Pulau Belitung, Indonesia
Ruang dalam kapal terbang Garuda Indonesia

Hari 1 : Selamat Datang Ke Pulau Belitung, Indonesia
Subhanallah, dapat tengok sunset. cantikkkk

Alhamdulillah, lebih kurang pukul 7.00pm kami semua selamat mendarat di H.A.S. Hanandjoeddin International Airport. Yeahh, setelah mengharungi seharian perjalanan akhirnya kami berjaya menjejakkan kaki ke bumi Belitung. Selamat datang ke Pulau Belitung, Indonesia. Macam tak percaya je. Kami disambut oleh tour guide dari MTN Getaways yang akan menemani sepanjang perjalanan kami selama 4 hari di Pulau Belitung. Nama tour guide kami tu Mbak Oty dan Heri.

Hari 1 : Selamat Datang Ke Pulau Belitung, Indonesia
Yeayy.. dah selamat mendarat. Welcome to Belitung

Untuk malam hari pertama ni kami hanya akan makan malam dan lepas tu terus check-in di hotel. Kami makan malam di Raja Seafood Belitung, Tanjung Pandan. Masa tu mata dah layu dah tapi bila sebut pasal makan terus cerah bijik mata. Tambahan pula kami dihidangkan dengan seafood. Memang favourite la. Ada ketam, ikan, isi ayam, acar buah dan juga sup fishball. Masakan orang Belitung ni lebih kurang je dengan masakan kita cuma tawar sedikit. Air teh pula dihidangkan tanpa gula. So, jangan terkejut la ye tapi bagus juga untuk kesihatan. hehe

Hari 1 : Selamat Datang Ke Pulau Belitung, Indonesia
Singgah dinner di Raja Seafood Belitung

Hari 1 : Selamat Datang Ke Pulau Belitung, Indonesia
Muka lapar tapi sempat bergambar.. hehe

Hari 1 : Selamat Datang Ke Pulau Belitung, Indonesia
Menu kami malam ni.. ketam tu menggodaaaa

Selesai makan malam, masing-masing dah tak sabar nak jumpa katil. Maklum la, badan dah letih oiii... esok nak jenjalan pulak. Jadi malam ni kena tidur secukupnya dan charge balik energy. Kami check-in di Hotel La Lucia. Dengar kata hotel ni baru je dibuka. Patut la kelihatan lebih moden dan fasilitinya cukup cuma tiada kolam renang.

Hari 1 : Selamat Datang Ke Pulau Belitung, Indonesia
Ok dah sampai hotel..phewww

Aku dapat bilik di aras 6 kamar no 610. Roomate aku pulak seorang blogger dari Johor iaitu Farah Dinah atau blognya https://faradidi.blogspot.com. Hai awakk... nampaknya kita akan bersama selama 4 hari tau.. eh, lain macam jek bunyinya tapi serius Farah ni comel dan peramah orangnya. Bayangkan malam pertama pun dah ada kisah lucu. Mana taknya, tengah beriya nak rekod video ala2 nak masuk bilik, sekali pintu tertutup. Kad plak tertinggal kat dalam. Mujur la abang housekeeping ada kat bilik sebelah datang menyelamat.. fuhh, kalau tak tidur kat korridor la kami... hahaha, lucu tul.

Hari 1 : Selamat Datang Ke Pulau Belitung, Indonesia
Ni la bilik aku malam ni.. gambar roomate tak amik time ni sebab masing-masing dah penat.. hihi

Hari 1 : Selamat Datang Ke Pulau Belitung, Indonesia
Ok, katil dah memanggil.. sis tidur dulu yaaa

Ha, sebelum tidur nah aku belanja rupa bilik aku. Biliknya tidak la besar sangat tapi cukup selesa untuk kami berdua. Kemudahan dalam bilik pun lengkap kecuali tiada almari. Yang ada hanya penyangkut baju sahaja. So, pandai-pandai la ekk nak menyidai. Satu lagi soalan biasa orang perempuan pulak mesti tanya pasal iron kan. Ha, kat hotel ni ada disediakan iron, just minta je dari kaunter receptionist. Okla.. memandangkan hari dah lewat, izinkan untuk aku tidur dahulu. Nanti aku share pulak entri hari kedua untuk korang. Good night from Belitung with 💘.. adiosss..

Info perjalanan :

Terminal Bersepadu Selatan ➔ Larkin
Bas : Qistina Ekspress RM34.00

Larkin ➔ CIQ JB
Bas : CausewayLink RM3.30

CIQ JB ➔ Changi Airport
Bas : TranStar TS1 RM10.00

⬇⬇⬇⬇⬇⬇

~ PAKEJ BERCUTI KE BELITUNG ~
MTN Getaways Getting You There

No. Tel: +65 8531 3381
Email: admin@mtngetaways.com

Website:

Instagram:

Facebook:



Post a Comment

4 Comments

  1. Cepat masa berlalu kan, dah nak masuk 2 minggu berlalu kann..
    Rasa macam nak throwback aje laaa ..

    i is cannot move on hehehe..

    ReplyDelete
  2. Kita pun rasa nak throwback..tak habis2 throwback 😂

    ReplyDelete
  3. hahaha. pengalaman tak boleh dilupakan. sibuk nak merekod. kunci tertinggal di dalam. hahahaha

    ReplyDelete
  4. Bagusnya perkongsian ni kak! Lengkap! Terasa rindu dengan Belitung pula!

    ReplyDelete