Pengalaman Menginap Di Dorsett Grand Subang | Assalamualaikum semua.. Baru-baru ni aku telah menghabiskan masa hujung minggu bersama rakan-rakan tersayang di Dorsett Grand Subang. Dah lama rasanya tak join staycation sejak masing-masing busy dan juga kerana bulan puasa. Jadi bila ada peluang macam ni mesti la aku say "Yes" kan.. Oh ya, kenapa pilih Dorsett Grand Subang?? Ini kerana kami nak merasai sendiri pengalaman menginap di hotel bertaraf 5 bintang ini sempena promosi menarik iaitu #Dorsett26Hours dan #Dorsett3Wishes. Nak tau lebih lanjut mengenai promosi ni?? ha, meh sambung baca..
Promosi Dorsett 26 Jam dan Dorsett 3 Wishes
Kebiasaannya hotel telah menetapkan waktu Check-In dan Check-Out kan. Maknanya kalau kita sampai lambat pun tetap kena check-out pada masa ditetapkan. Kadang-kala rasa tak adil pulak sebab kita tetap bayar harga penuh walaupun sampai lambat. Jadi bila Dorsett Grand Subang menawarkan penginapan 26 jam ni memang berbaloi weii..
Nak lagi best time Check-In dan Check-Out adalah flexsible asalkan tidak lebih 26 jam dan tertakluk kepada kekosongan bilik. Contohnya la kalau kita sampai dan check-in pukul 8 malam (in case flight delay ke atau sangkut jem ke kannn) maknanya kita akan check-out pukul 10 malam keesokannya. Ha, nampak tak betapa berbaloinya bila stay kat sini tapi nak dapatkan promosi 26 jam ni ada syaratnya iaitu :
✔ Tempahan mestilah melalui laman web rasmi hotel
✔ Tempahan mestilah dibuat 72 jam sebelum tarikh penginapan
Serius cakap inilah pertama kali aku jumpa hotel yang menawarkan promosi sebegini. Tu yang seronok tu sebab ini bermakna kami ada lebihan masa untuk bersantai sebelum check out keesokannya. Kalau korang nak tau lebih lanjut mengenai #Dorsett26Hours boleh klik link di bawah :
Dorsett Grand Subang Penuhi 3 Permintaan
I can show you the world 🎵🎶
Shining, shimmering, splendid 🎵🎶
Tell me, princess, now when did 🎵🎶
You last let your heart decide? 🎵🎶
Sekarang ni kecoh kat pawagam mengenai filem Aladdin yang meletop-letop tu sampai ada yang kata bestnya kalau Aladdin tu betul-betul wujud supaya dapat tunaikan permintaan. Ha, tak payah la nak tunggu Aladdin tu muncul, memang sampai tumbuh tanduk pun takkan muncul punya. Tapi di Dorsett Grand Subang, mereka akan menunaikan permintaan korang ala-ala macam Aladdin tu..
Ha, yang ni kisah benar yaaa... bukan dongeng. Bagi pelanggan yang membuat tempahan melalui online boleh membuat 3 permintaan dari 6 pilihan. Antara pilihan yang ada adalah :
🎇 PERCUMA - Sarapan untuk 2 orang di Terazza Brasserie (Daily)
🎇 PERCUMA - Upgrade bilik ke Bilik Deluxe setiap penginapan
🎇 PERCUMA - Perkhidmatan Menggosok 2 pcs pakaian setiap penginapan
🎇 PERCUMA - 1 Dorsett Mocktail dari pukul 5 petang - 8 malam untuk 2 orang di Piano Lounge
🎇 PERCUMA - 1 canister Dorsett Signature Cookies setiap penginapan
🎇 PERCUMA - Perkhidmatan isian Minibar setiap penginapan (minimum 2 malam menginap)
So, cuba teka apa 3 wishes yang aku pilih masa aku menginap di Dorsett Grand Subang ni?? Tadaaa.. rujuk gambar kat bawah ni. Hehe, thank you so much Dorsett Grand Subang sebab tunaikan permintan iols ye.. yayyy.. Sape nak rasa layanan hebat macam ni boleh la book bilik di Dorsett Grand Subang. Promosi ni sah dari 1 April 2019 sehingga 31 Disember 2021 tau..
🎇 PERCUMA - 1 canister Dorsett Signature Cookies setiap penginapan
🎇 PERCUMA - 1 Dorsett Mocktail dari pukul 5 petang - 8 malam
untuk 2 orang di Piano Lounge
🎇 PERCUMA - Perkhidmatan isian Minibar setiap penginapan
(minimum 2 malam menginap)
Bilik Penginapan Di Dorsett Grand Subang
Ok, aku dah kongsikan mengenai promosi penginapan selama 26 jam dan Dorsett 3 Wishes. So, meh aku kongsikan pengalaman sepanjang Staycation aku di Dorsett Grand Subang. Macam biasa aku bercuti bersama rakan-rakan blogger. Kebetulan pulak Mawardi pun datang dari kampung so, seronok la nak membawang kan. hehe
Setelah Check-In, aku pun menuju ke bilik. Bilik aku jenis Deluxe Room dan macam biasa roomate aku tak lain tak bukan Mekonie la. Wah, besar bilik kami ni. Memang selesa. Bilik air pun besar dan siap ada bathtub lagi. Kemudahan dalam bilik memang lengkap dan yang penting ingat tak kami dapat percuma isian minibar, ya maknanya kami ada stok makanan kalau lapar dan dahaga. yayyy ..
Dim Sum Sedap Di Restaurant The Emperor
Kalau datang ke Dorsett Grand Subang, aku suggest korang kena makan di sebuah restoran muslim-friendly iaitu The Emperor. Kat sini menghidangkan Dim Sum yang sedap dan yang penting dim sum kat sini adalah homemade tau. Rata-rata rakan-rakan yang datang sekali pun memuji keenakan dim sum kat sini. Tak cukup?? jangan risau, kat sini pun ada menghidangkan nasi dan juga lauk pauk chinese style. Memang puas hati makan kat sini.
Lunch Di The Emperor |
Kalau datang Dorsett wajib cuba dim sum kat sini.. sedappp |
Menu masakan cina pun ada.. sedap jugakkkk |
Dinner dan Breakfast Di Terazza Brasserie
Kalau bab dinner dan breakfast jangan risau, di Dorsett Grand Subang ni ada menyediakan buffet yang lengkap. Untuk Dinner ada pelabagai menu dari pembuka selera, menu utama sampai la pencuci mulut. Ha, kambing dengan satay pun ada tau. Kalau untuk breakfast pula macam biasa la ada roti, nasi, pelbagai jenis salad, telur dan macam-macam lagi. Aku pasti korang takkan kelaparan kalau stay di Dorsett Grand Subang.
Dinner di Terazza Brasserie |
Keesokan pagi breakfast pun kat sini |
Ni baru 2-3 menu, ada banyak lagi tauu |
Pembuka selera dan dessert pun banyak pilihan |
Ha, kambing golek pun ada tau |
Kemudahan Gym dan Swimming Pool
Alhamdulillah kenyangggg.. tah berapa round makan pun tak tau la. Nampaknya kena la exercise bagi turun lemak. Memandangkan time untuk Check-out lambat lagi maka sempat la nak exercise. Haa, mana satu nak pilih, berenang ke atau pergi ke gym?? Kalau nak kedua-duanya pun boleh sebab kedua-dua kemudahan ni ada disediakan di sini.
Fokus-fokus, kasi gugur lemak.. hehe |
Kemudahan gym untuk exercise |
Siapa lagi menggoda?? sis ke kolam tu?? |
Cantik kolam renang kat sini |
Ha nampak tak betapa bestnya bila dapat stay kat hotel selama 26 jam. Ya, macam-macam sempat dilakukan sebelum check-out. So, kalau korang nak keriangan yang berganda boleh memilih Dorsett Grand Subang sebagai lokasi penginapan untuk percutian akan datang. Memang berbaloi tau..
Maklumat lanjut boleh rujuk di :
https://www.dorsetthotels.com
https://www.dorsetthotels.com
2 Comments
Lawanya gambar-gambar akak tu! Lama sangat tak singgah ke Dorsett ni. Rindu semua jugak. Btw unik ya kempen 3 wishes tu!
ReplyDeleteberbaloi nampaknya stay kat sini ye:-)
ReplyDelete