Wahh!! Tekun Mart di TBS Macam-Macam Ada | Assalamualaikum semua.. Sape sini selalu pergi Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang terletak di Bandar Tasik Selatan?? Ha, yang mana balik kampung naik bas tu mesti tak asing lagi kan dengan lokasi ni. Tapi orang macam sis yang balik kampung naik kereta ni pun selalu gak pergi ke sana tau. Eh, bukan sebab sis buat GRAB tapi sis selalu hantar kawan ke sana.
Baru-baru ni sis pergi la ke TBS nak hantar kawan. So, macam biasa la kami akan lepak dulu kat Level 4 untuk cari makan. Dalam banyak-banyak kedai kami tertarik dengan satu kedai serbaneka iaitu Tekun Mart. Sebelum ni tak pernah pulak nampak Tekun Mart ni jadi kami pun usha la untuk tengok apa yang ada kat sana.
Rupanya Tekun Mart ni dimiliki penuh oleh KOPERASI RAKAN TEKUN BERHAD dan ini merupakan cawangan pertama mereka di Malaysia. Maknanya is dimiliki sepenuhnya oleh usahawan bumiputera. Ni yang buat sis lagi teruja sebab time ni la nak support para usahawan kita kan. Terus sis dan kawan-kawan decide untuk makan kat sini.
Bila melangkah ke ruang dalam kedai tersusun pelbagai jenis produk barangan kering dan kebanyakannya adalah produk usahawan Bumiputera dan IKS. So jangan terkejut kat jumpa makanan ringan yang tak ada kat kedai serbaneka yang lain. Untuk mereka yang suka travel pula kat sini ada dijual produk makanan 'Ready to eat' macam Nasi Lemak segera, Asam Pedas, Nasi Goreng dan banyak lagi.
Wah!! Rupa-rupanya macam-macam ada tau kat Tekun Mart ni. Bukan hanya sekadar menjual barang-barang kering malah ada juga hot food station yang menjual pelbagai jenis makanan panas. Ha, pada mereka yang nak naik bas tu boleh la alas perut dulu kat sini. Ye la, ada setengah orang tak nak makan berat sebab takut nanti perut meragam dalam bas. Jadi boleh la pilih untuk makan di Tekun Mart ni ye.
Memandangkan kami datang ramai, maka kami order setiap orang lain-lain menu supaya kita orang dapat sama-sama merasa. Bijak tak?? hehe, Tu la yang dinamakan sharing is caring. Lagipun makan ramai-ramai ni lebih meriah kannn.. ha, ni antara menu yang kami order :
✔ ODEN - RM2/ stick
✔ Jagung susu/cheese - RM3.50
✔ Pau - RM1 - RM1.80
✔ Spaghetti - RM6
✔ Dim Sum (6pcs) - RM5
✔ Meatball/chickenball - RM6
✔ Thai Red Tea/Thai Green Tea - RM3
✔ Aiskrim Kon Vanilla – RM1.50
✔ Aiskrim Kon Coklat – RM2.00
✔ Aiskrim Kon Vanilla + Coklat – RM1.80
Ha, dalam banyak-banyak ni sis paling suka Oden sebab oden kat sini halal tau. Mereka menggunakan 100% menggunakan produk muslim dan kita boleh makan tanpa ragu-ragu. Lagi satu sis suka kuah tomyam nya yang nak kata pekat tak pekat, nak kata cair tak cair. Senang kata kena la dengan tekak sis. Tapi awas, agak pedas sikit ye.. Bagi yang tak makan pedas boleh la pilih kuah sup.
Amacam, terliur tak tengok oden ni? ha, kalau korang tak berkesempatan nak datang ke Tekun Mart TBS tetapi teringin nak menikmati oden terutama di majlis-majlis keramaian boleh la buat tempahan dengan mereka ye. Ya, mereka ada ambil tempahan tau. Ha, bayangkan majlis korang siap ada oden lagi. Mesti seronok para tetamu menikmati oden panas-panas.
Sila rujuk info di bawah untuk tempahan Oden :
Tel : 016-9645544 (Kak Wani)
Email : tekunmart@gmail.com
Perasan tak dalam gambar kat atas tu ada 2 pilihan corn in the cup ?? Ya, kat Tekun Mart ni ada jual Jagung susu dan Jagung Cheese tau. Sedap jugak rupanya bila jagung diletak cheese. Tapi kena makan time panas tau baru cheesenya melting. Selain tu air jagung tu juga memang pekat dan siap ada taburan jagung manis di atasnya.
Ok tu antara yang aku sempat rasa kat sini. Nampaknya next time kena datang lagi sebab banyak lagi pilihan yang ada kat sini. Jadi kalau korang datang ke TBS, meh la lepak dan makan kat Tekun Mart.. Jangan risau, ada kerusi meja kat depan kedai. So, boleh duduk kat situ dan makan.
Tekun Mart :
Level 4, Terminal Bersepadu Selatan
Waktu operasi :
7 pagi hingga 11 malam
(dibuka setiap hari)
Email : tekunmart@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/odenhalal
15 Comments
alah kita tak pernah lagi pergi kat TBS ni..tapi one day nak juga round2 sana..best plak tekun mart ni..mcm2 ada yg best semua halal n produk bumiputera..siap boleh makan kat situ..meriahkan
ReplyDeleteDua makanan je yang membuatkan saya rasa nak cuba makan. Oden dan cup corn! Nampak sangat sedap la. Lagipun halal kan. Tahniah tekun mart kerana mementingkan halal dalam penjualan makanan.
ReplyDeleteMacam-macam ada tu dah macam iklan TV lak wakakaka hehehe tapi memang kita suka pergi sini kerana banyak makanan yang halal dan selamat untuk kita cuba paling best ODEN nanti awak belanja kita ok...
ReplyDeletewow dah macam kedai dari jepun tu. bagus Tekun buka kedai macam ni dalam TBS sebab sebelum naik bas mesti orang nak isi perut kenyang-kenyang. nanti naik bas terus boleh tidur je. boleh la BBL singgah beli jagung manis nanti. fav tu
ReplyDeleteMacam macam ada kat Tekun Mart ni kan ala-ala family mart jugak. terliurnya tengok pelbagai menu kat Tekun Mart ni.
ReplyDeleteLepas ni kalau datang KL dah tahu kat mana nak singgah. Boleh isi perut dan beli jajan sebelum naik Bas.
ReplyDeleteBanyaknya makanan dan minuman yang boleh dapat dekat sini. Nak nak lagi ada oden. Nampak menyelerakan sangat. Lagi bagus sebab dieorang ni bumiputera kan?
ReplyDeleteDah nmpk oden dgn jagung, tetiba mengindam pulak. haha. dah bnyk org post pasal Tekun Mart ni. Boleh la try nnti insyallah. Tengah harap dia buka dkt Petaling Jaya, senang sikit nk singgah. hehe.
ReplyDeleteWahhh... ramai jugak share pasal Tekum Mart ni. Sekarang rasa nak try ke sana jugak. Tengok macam-macam dia sediakan. Hebatlah business bumiputera pun dah setanding dengan international punya.
ReplyDeletePernah juga naik bas dari TBS ke Penang. memang x perasan pun tekun mart ni. lepas ni boleh beli apa2 sebelum balik. oden tu selalu makan kalau kat family mart. makanan lain banyak & hrga pun murah je
ReplyDeleteAllau, sedapnyaa wakk..dhla tak pernah amkan oden..haishh..memng nak kene pergi ke apae ni..heheee
ReplyDeleteWow macam macam pun ada, i like to try their oden tomyam nampak pun dah terliur.
ReplyDeleteEhh dh ada kat tbs ke.. Senanglah sape2 yg tgh tggu bas kt situ leh isi perut kt sini sbb murah juga berbanding kedai lain kan... Wawa dulu selalu ke tbs kalau nk balik johor.. Sbb best area situ.. Hehe
ReplyDeleteThis Tekun mart looks a bit like Family Mart. Hmm...good then. We have more competition. That means we have more choices as well.
ReplyDeleteSis tak silap 2 kali ke TBS masa nak ke Hatyai. La ni tak dak nak travel kemana mana so tak dak lah ke sana lagi. Melepas le sis nak ke tekun mart. Suh lah depa bukak kat town kl ke..hehehe
ReplyDelete