Hola semua,
Maybe ramai yang dah baca mengenai kes rumah banglo
yang runtuh di shah alam petang semalam kan.
Tapi berita yang paling menyedihkan, projek tu adalah projek kawan saya..
Saya amat bersimpati dengan beliau bila mendapat berita ini.
Beliau begitu lemah dan hampir nak pengsan tambahan pula
kejadian tersebut telah meragut nyawa seseorang.
Bayangkan la segala idea & penat lelah yg ditabur selama ini berderai begitu sahaja.
Semuanya angkara sikap pihak tertentu yang 'buat kerja cincai untuk mendapat keuntungan'.
Nasib baik beliau mendapat client yg begitu memahami dan tidak cepat melatah.
Alhamdulillah, hari ini beliau sudah boleh menerima ujian yang telah diturunkan kepada nya
dan masih menunggu hasil siasatan mengenai punca kejadian tersebut.
Kepada sahabatku, jangan putus asa, mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini..
Teruskan usaha & curahkan idea.
Jangan sia-siakan bakat yang ada.
Muka depan Akhbar Berita Harian |
p/s : Menurut akhbar, proses ubah suai & bahagian yang runtuh dipercayai untuk
dijadikan bilik solat tapi apa yang diberitahu oleh kawan saya lain pula
...mmm...tah la
6 Comments
Ohh..ye ke. sedihnya..Harap beliau tabah.
ReplyDelete@Nurul Aini harap2 gitu la. Benda nak jadi, bukan kita minta..
ReplyDeletedugaan ,hope beliau tak putus asa lepas nih ..
ReplyDelete@Cik Ain yup...harap2 begitu juga
ReplyDeletehuhu kesiann kan .. seksyen 7 dkt dgn tmpat keje mak saya .. >< bwk bersabar..
ReplyDelete@Princess Syazliyana tu la, nasib baik dia masih ok...
ReplyDelete