Hola semua,
nak share satu cerita yang saya dapat dari Facebook
sedih sangat
sob sob sob
KISAH BENARSaya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya
tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.
Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif.
Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.
Dipetik dari pengalaman seorang guru yang dedikasi.
27 Comments
terasa giler baca entry nih...suatu perkongsian yang sangat2 bagus...mohon kebenaran untuk dikongsikan juga eh...
ReplyDeleteSEDIHNYA CERITA NI..KESIAN SUNGGUH BUDAK TU..TP BAGUS TINDAKAN CIKGU TU,BOLEH JADI CONTOH KEPADA GURU2 LAIN..PELAJAR2 BERMASALAH NI KDG2 KITA KENA SIASAT MENGAPA MEREKA BERMASALAH..SLLNYA STUDENT BERMASALAH MMG DTG DR KELUARGA SUSAH....
ReplyDelete@therosputih boleh jer...kat facebook pun ada tulis untuk di share... mmg sedih bila baca. andai kata cite ni tipu pun tp tetap mampu mengalirkan air mata..
ReplyDelete@Bui Junaidi haah...w/pun susah tp sikap mak budak tu pun harus dipuji. amat mementingkan pelajaran anak2 w/pun miskin...huhu
ReplyDeletesedih baca ini..setiap yang bermasalah..pasti ada puncanya kan
ReplyDeleterasa nak nangis je bace cerita ni. kesian budak tu. ada jugak orang yg lebih susah daripada kita...
ReplyDeleteNak mengalir air mata baca entry ni..
ReplyDeletebersyukur dgn apa yg kita ada kan..
msh ramai yg susah di luar sana:(
@puteri kasih sedih kan...budak tu sanggup je tahan kena rotan demi untuk belajar
ReplyDelete@Misz Fazie kan....insaf bila baca cite ni...
ReplyDeletesedihnya kak..menitis airmata ni.. :'(
ReplyDeletesedihnye bace entry nie , kesoan dye tetap nak pergi sekolah , baju dikongsibersama abgnye :(
ReplyDeletesedihnya :( berkongsi baju skolah :(
ReplyDelete@aTieYusof Family betul tu...tak sangkakan kat dalam KL ni masih ada kanak2 yg sebegini..
ReplyDelete@Mimie Najib akk pun sedih jugak...sob3x
ReplyDelete@Nur farahiza betul tu. sgt kagum dengan ibunya yg boleh mendidik anak hingga sanggup ke sekolah w/pun dipukul setiap hari...
ReplyDelete@D i n tak sangka kan masih ada yg semiskin macam ni...tp tak tau plak siapa dan di mana kanak2 tu tinggal
ReplyDeletedebu masuk mata... kejap nak buang -_-"..
ReplyDeletesama mcm crack ttiba byk debu masuk mata T.T
ReplyDelete@mr. kopi pasta coverline ye....sama cam crack
ReplyDeleteya Allah sedihnya baca kisah ni..bergenang air mata..
ReplyDeletesebagai bakal guru , CP akan amek cerita nih sebagai iktibar , papehaL pown sebelum bertindak , kena siasat dlu
ReplyDeletejom bace neh..
ReplyDeletehttp://kauakukitaaa.blogspot.com/2012/12/skuad-penyokong-bertuah.html
@CIK TOM sedih kan...
ReplyDelete@cweet pinky betul tu...semoga CP akan jadi pendidik yg berkaliber
ReplyDelete@Acik Riotaro ok...jom terjah
ReplyDeletesedihnyer bce neh..
ReplyDeletengis jgk.. sob..sob..
@Acik Riotaro jom nangis sesama....
ReplyDelete