Keputusan Anugerah Juara Lagu Ke 27

 Hola semua,


Anugerah Juara Lagu ke 27 telahpun melabuhkan tirainya
Masing-masing telah pun mempamerkan kreativiti dan 
bakat masing2 untuk membawakan lagu

Berikut adalah pendapat peribadi sy mengenai setiap persembahan
Sila jangan sentap yek..

1) Hafiz & Adira, Ombak Rindu - kurang chemistry, maybe sebab diorg ada kisah silam. So, lagu tu tak berapa nak menyengat masa persembahan

2) Shila Amzah, Patah Seribu - Persembahan Shila best tapi intro terlalu panjang

3) Amy & Hazama, Simetri - Lagu kedengaran agak serabut & persembahan terlalu ramai org. Siap ada aksi pergaduhan sampai ada yang jatuh

4) Azlan & The Typewriter, Idola - Vokal Azlan yang mantap memang x dapt dinafikan

5) Stacy, Pelangi Senja - Wah, backdrop persembahan menarik dengan konsep jeti tepi laut tapi vokal Stacy malam ni agak tergelincir sket...

6) Bedroom Sanctuary, Lagu - Persembahan yang simple, lagu pun sweet jer. Gimik comel, freeze & mulut ternganga..hihi

7) Amir Jahari, Tanpamu - Persembahan yang ceria & happening. Ramai pemuzik jemputan

8) Black& RJ, Teman Pengganti - Mood bertukar sedih dengan alunan merdu suara  Black. Rapper pengganti pun boleh tahan...mmg best la

9) Aizat, Terukir Di Bintang - Walaupun hanya penyanyi gantian tapi Aizat tetap memberikan persembahan yang mantap berkonsepkan ala2 Itali..mmg old skool...

10) Hafiz, Ku Akui - Sekali lagi Hafiz mempersembahkan lagu solonya.. vokal macam biasa la, mantap.

11) Mojo, Andai Ku Bercinta Lagi - Actually, lagu ni best, vokal pun ok cuma ada something yang tak kena dengan penyanyi nya Aweera. Mungkin kerana dia kerap berjalan & membelakangkan penonton yg membuatkan sy rasa tak selesa..

12) Jimmy Palikat & One Nation Emcee, Anak Kampung - Satu-satunya persembahan Pop Etnik yang meriah dengan kebudayaan Sarawak Sabah .

Berikut adalah keputusan bagi 
Anugerah Juara Lagu ke 27

Persembahan Terbaik --> Black & RJ - Teman Pengganti
Vokal Terbaik --> Hafiz - Ku Akui
Tempat Ketiga --> Hafiz - Ku Akui
Tempat Kedua --> Azlan & The Typewriter - Idola


Juara Anugerah Juara Lagu ke 27 --> Yuna/Aizat - Terukir Di Bintang



P/s : Sy target Black & RJ, Teman Pengganti tapi Aizat, Terukir Di Bintang yang menang.. korang plak mcm mane?




إرسال تعليق

14 تعليقات

  1. ingatkan jimmy la menang td...persembahan diorg nampak agak ok cuma yang org jawa dgr radio tu je menyibuk...

    tapi yg paling sy suka td hafiz dgn ajai la...mmg feel...

    ردحذف
  2. @Hatimi Tahirruddin hafiz tu kalau nyanyi mmg sedap.. boleh meremang tengkuk..tp x mustahil jugak kan kalu tiba2 jimmy yg menang coz juri tu pilih bukan berdasarkan sedap ke tak sedap lagu tu

    ردحذف
  3. CP lak memg dari dlu suke konsep lagu yuna .. hehehe...

    ردحذف
  4. @cweet pinky yeke... tp aizat nyanyi pun sempoi gak

    ردحذف
  5. Hehe almost stuju dgn juri ni.hihi.. tp jap kebudayaan srwk ke sbh tu ? Ke cmpo2? Hee pe puun yes terukir d bintang terrrrbaikkk ! Adore veghi much lgu tu :D

    ردحذف
  6. @Mar Haini Abdul Rahim haah yek... tapi nampak cam ada sarawak jugak ...maybe campur kot...

    ردحذف
  7. Terukir di bintang dlm top 3 list yang saya agak boleh menang tapi yang first macam bee jugak harap sgt teman pengganti menang...but still puas dgn keputusan juri..

    ردحذف
  8. dalam bnyak2, tertarik dgn persembahan aizat..walaupun bukan lagu dia.. memang menarik.. then anak kmpung.. :)

    akk, sy click2 yang ada disini ye.. :)

    ردحذف
  9. lirik lagu yuna memang sedap... ni pertandingan antara komposer, bukan pertandingan nyanyian...
    tak dinafikan hafiz mmg best suara dia, tp mungkin tak boleh nak challange lirik dan melodi yuna kot... tu yg sy faham la mengenai pertandingan ni...

    ردحذف
  10. @Zee Suhaini yup...act mmg ok aizat nyanyi. cuma masa tgk semua persembahan, sgt suka performance black

    ردحذف
  11. @Mimie Najib thanks awk... mesti awk tertarik ngan mug merah kan

    ردحذف
  12. @Cik Muda haah, betul tu.. hafiz dari segi teknikal (picthing, breathing dll) mmg terbaik. tp juara ttp tengok dari segi lagu.. x kisah sape yg nyanyi... tu sebb kadang2 AJL punya result yg lepas2 cam agak tergezutt sket...

    ردحذف
  13. HA,AH KAN,INTRO SHILA TU TLALU PJG DAN NAMPAK MERAPU..

    STACY PULAK NAMPAK 'GUMUKS'

    ردحذف
  14. Ku akui mmg hebat mereka2 semua terutama si hafiz.. Aizat best of the best malam tu. Sangat bersahaja + sungguh menggoda + tak tertahan kalbu melihatnya.. Rasa nk pinjam misai nipis tu hehehe

    ردحذف