Hola semua,
Mentang-mentang la cuti, asyik hapdet pasal makanan je kan
Ate, nak buat camner, nama pun cuti, dok kat umah je kan.
Hari ni, aku nak share satu jenis lauk iaitu
Hampapai
Korang tau tak apa itu hampapai???
Hampapai ialah sejenis lauk orang Banjar yang dibuat dari kulit cempedak dan dijerukkan
daripada kulit tu dibuang, baik kita makan kan...
Cara-cara nak jerukkan kulit cempedak (hampapai)
- Kupas kulit cempedak dan bersihkan
- potong kulit cempedak kepada saiz yang lebih kecil
- masukkan dalam balang seperti dibawah
- taburkan garam dan masukkan air
- tutup bekas rapat2 dan biarkan selama 2-3hari
![]() |
Hampapai yang telah dijerukkan |
Cara-cara nak masak hampapai
- ambil beberapa keping hampapai yang dah dijerukkan
- perahkan airnya dah basuh sedikit untuk kurangkan rasa masin
- potong hampapai dalam bentuk dadu bersama cili dan bawang *tak bubuh pun tak pe
- goreng dalam minyak yang panas
- bila dah garing dan kekuningan, boleh la diangkat dan dihidangkan dengan nasi panas
![]() |
Hampapai digoreng |
![]() |
Hampapai yang telah siap digoreng tapi yang ni takde cili dan bawang |
Selamat mencuba
p/s : lupa nak inform yang cempedak ni angin. so, sape2 yang ada angin tak digalakkan makan
25 تعليقات
macam2 kan... kreatif... smp kulit makan lagi... :) rasa cam nk try je..,
ردحذفakak, tak pernah tau la pasal makanan ni. First time dengar & tengok. rangup eh bila dah digoreng tu?? =)
ردحذف@maria firdz boleh cuba... cuma kalau org yg tak tahan angin jgn makan la sbb cempedak ni angin
ردحذف@baby comel ye la sbb lauk ni org banjar je yang buat. yup dia boleh jadi rangup tapi kena hati2 sbb nanti hangit. tp kitaorg suka separa rangup
ردحذفseriously x pernah rasa... tapi bila baca entry ni cam teringin jer nak rasa...
ردحذفWaah..sangat menarik..tak pernah cuba. unik sangat.
ردحذفhmmm...baru tahu kulit cempedak boleh buat camni...info yg menarik ni...
ردحذف1st time dengar nih! mebi rasanya lebey kurang lobak asin kut?
ردحذفmmg pelik
ردحذفmohon ko bwk satu ke uma ppp
kite mkn sme2 ehh
org Banjar ni makanan pelik2... siyes tak pernah tau pun... ingat mkn camtu jek... kena mkn dgn nasik gak ke?
ردحذفSERIUS,INI FIRST TIME KAK BUI DGR KULIT CEMPEDAK BOLEH DIMAKAN...
ردحذف@Farah Waheda Wahid rasanya masin2 sket... tapi mmg membuka selera
ردحذف@Nurul Aini lepas ni boleh la cuba...hihi
ردحذف@Hatimi Tahirruddin yeke?? tapi bagi kitorg mmg dah biasa makan.. :)
ردحذف@elise eijal nak kata lebih kurang tu tak tau ler sbb rasa pun dah lain cuma masin2 tu maybe sama la kot
ردحذف@Iffah Afeefah kat kpg ada la... kat sini takde...huhu
ردحذف@potia casadelarossa yeke pelik??? maybe sbb tu la i pun pelik kot... haah, kena makan ngan nasi... kira ni lauk pembuka selera macam pekasam tu la..
ردحذف@Bui Junaidi bukan setakat kulit, bijik cempedak pun kitorg makan sebenarnya... hihi
ردحذفmenariknye.... xpernah makan, sedap tak, rasa mcm ape ? keropok ke.. hehe. nm pn unik hampapai :D
ردحذفfirst time baca pasal hampapai ni....
ردحذفowh cam tu ke? nnt bwk blh? hikhik
ردحذفmmg sedap sgt.. kat johor kitaorg panggil mandai... mkn dgn nasi panas2 mmg sedap.!!!
ردحذفhaah... ada yg panggil mandai... suka goreng garing sket..hehe
حذفsedap ni, arwah nenek slalu masak dlu.tp nenek tumis dgn belacan pedas2, kami kecik2 pun makan.
حذفkak tahu ke kalau ada restaurant di selangor yang jual makanan banjar?
ردحذف