Hampapai Lauk Orang Banjar

Hola semua,

Mentang-mentang la cuti, asyik hapdet pasal makanan je kan
Ate, nak buat camner, nama pun cuti, dok kat umah je kan.

Hari ni, aku nak share satu jenis lauk  iaitu
Hampapai

Korang tau tak apa itu hampapai???
Hampapai ialah sejenis lauk orang Banjar yang dibuat dari kulit cempedak dan dijerukkan
daripada kulit tu dibuang, baik kita makan kan...
 

Cara-cara nak jerukkan kulit cempedak (hampapai)

  • Kupas kulit cempedak dan bersihkan
  • potong kulit cempedak kepada saiz yang lebih kecil
  • masukkan dalam balang seperti dibawah
  • taburkan garam dan masukkan air
  • tutup bekas rapat2 dan biarkan selama 2-3hari

Hampapai yang telah dijerukkan
Hampapai yang telah dijerukkan

Cara-cara nak masak hampapai

  • ambil beberapa keping hampapai yang dah dijerukkan
  • perahkan airnya dah basuh sedikit untuk kurangkan rasa masin
  • potong hampapai dalam bentuk dadu bersama cili dan bawang *tak bubuh pun tak pe
  • goreng dalam minyak yang panas
  • bila dah garing dan kekuningan, boleh la diangkat dan dihidangkan dengan nasi panas

Hampapai digoreng
Hampapai digoreng

hampapai
Hampapai yang telah siap digoreng tapi yang ni takde cili dan bawang


Selamat mencuba


p/s : lupa nak inform yang cempedak ni angin. so, sape2 yang ada angin tak digalakkan makan



إرسال تعليق

25 تعليقات

  1. macam2 kan... kreatif... smp kulit makan lagi... :) rasa cam nk try je..,

    ردحذف
  2. akak, tak pernah tau la pasal makanan ni. First time dengar & tengok. rangup eh bila dah digoreng tu?? =)

    ردحذف
  3. @maria firdz boleh cuba... cuma kalau org yg tak tahan angin jgn makan la sbb cempedak ni angin

    ردحذف
  4. @baby comel ye la sbb lauk ni org banjar je yang buat. yup dia boleh jadi rangup tapi kena hati2 sbb nanti hangit. tp kitaorg suka separa rangup

    ردحذف
  5. seriously x pernah rasa... tapi bila baca entry ni cam teringin jer nak rasa...

    ردحذف
  6. Waah..sangat menarik..tak pernah cuba. unik sangat.

    ردحذف
  7. hmmm...baru tahu kulit cempedak boleh buat camni...info yg menarik ni...

    ردحذف
  8. 1st time dengar nih! mebi rasanya lebey kurang lobak asin kut?

    ردحذف
  9. mmg pelik

    mohon ko bwk satu ke uma ppp

    kite mkn sme2 ehh

    ردحذف
  10. org Banjar ni makanan pelik2... siyes tak pernah tau pun... ingat mkn camtu jek... kena mkn dgn nasik gak ke?

    ردحذف
  11. SERIUS,INI FIRST TIME KAK BUI DGR KULIT CEMPEDAK BOLEH DIMAKAN...

    ردحذف
  12. @Farah Waheda Wahid rasanya masin2 sket... tapi mmg membuka selera

    ردحذف
  13. @Hatimi Tahirruddin yeke?? tapi bagi kitorg mmg dah biasa makan.. :)

    ردحذف
  14. @elise eijal nak kata lebih kurang tu tak tau ler sbb rasa pun dah lain cuma masin2 tu maybe sama la kot

    ردحذف
  15. @Iffah Afeefah kat kpg ada la... kat sini takde...huhu

    ردحذف
  16. @potia casadelarossa yeke pelik??? maybe sbb tu la i pun pelik kot... haah, kena makan ngan nasi... kira ni lauk pembuka selera macam pekasam tu la..

    ردحذف
  17. @Bui Junaidi bukan setakat kulit, bijik cempedak pun kitorg makan sebenarnya... hihi

    ردحذف
  18. menariknye.... xpernah makan, sedap tak, rasa mcm ape ? keropok ke.. hehe. nm pn unik hampapai :D

    ردحذف
  19. first time baca pasal hampapai ni....

    ردحذف
  20. mmg sedap sgt.. kat johor kitaorg panggil mandai... mkn dgn nasi panas2 mmg sedap.!!!

    ردحذف
    الردود
    1. haah... ada yg panggil mandai... suka goreng garing sket..hehe

      حذف
    2. sedap ni, arwah nenek slalu masak dlu.tp nenek tumis dgn belacan pedas2, kami kecik2 pun makan.

      حذف
  21. kak tahu ke kalau ada restaurant di selangor yang jual makanan banjar?

    ردحذف