Hola semua,
Ayooo... Jerebu menyerang lagi
Kali ni agak teruk juga sampai ada tempat yg diisytihar darurat
So, kita kena sentiasa mengambil langkah pencegahan
supaya kesihatan terjamin
sumber gambar : google |
Berikut adalah antara Kesan Pada Kesihatan
semasa jerebu melanda
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu :
• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.
Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya korang mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.
Pencegahan penyakit akibat jerebu, ikutilah nasihat ini
- Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
- Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
- Penutup hidung dan mulut ( mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.
- Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
- Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.
- Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
- Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki kenderaan anda.
- Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak ( sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
- Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya ,mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar dari kawasan tersebut.
sumber : infosihat.gov.my
p/s : sama-sama kita menjaga kesihatan terutama kepada
yang berisiko tinggi mendapat penyakit.. :)
6 Comments
Mohon suparman tu kurangkan aktiviti terbang-terband dia ek.. hahahha kbai
ReplyDeleteHaha kesian superman
ReplyDeletehahaha lawak pulak tgk mr. superman tu tercungap2 guna alat pernafasan. semput kemain.
ReplyDeletejaga diri ye akak..
ReplyDeletesuper hero pon serender, apatah lagi kita...
ReplyDeletedikbee...dah hujan dah sekrang ni :)
ReplyDelete