Avani Sepang Goldcoast Resort Dan Banghuris Homestay | Destinasi Menarik Di Sepang

Hola semua,

Avani Sepang Goldcoast Resort Dan Banghuris Homestay | Destinasi Menarik Di Sepang | Masih ingat tak korang tentang entri pengalaman pertama sebagai Sahabat Media Cuti Cuti 1Malaysia ? Kalau lupa sila klik ye. Masa tu kami semua dijemput ke Avani Sepang Goldcoast Resort untuk Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) bagi pelaksanaan Voluntourism Adoption Initiative : Program Pembersihan Dan Pengindahan Pantai Bagan Lalang, Sepang. Selepas tu, kami juga dibawa ke Banghuris Homestay dan pelbagai aktiviti menarik disediakan.


Avani Sepang Goldcoast Resort


Bila menjejakkan kaki ke Avani Sepang Goldcoast Resort, wowww... memang cantik. Dari anjung lobi, kelihatan deretan vila mewah yang dibina di atas air. Kesemua 392 buah vila ini membentuk pokok kelapa sawit jika dilihat dari udara. Sebenarnya nama resort ni adalah Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa tapi sekarang dalam proses penjenamaan semula kepada Avani Sepang Goldcoast Resort. So, kalau sebut Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa memang ramai yang tahu kan. Bagi sesiapa yang berminat untuk bercuti bersama keluarga atau yang tersayang, boleh layari laman web http://www.goldenpalmtree.com atau http://www.avanihotels.com/sepang/ untuk maklumat lanjut.

Gambar villa laut mewah yang sempat aku ambil sebelum majlis bermula :

Avani Sepang Goldcoast Resort Dan Banghuris Homestay | Destinasi Menarik Di Sepang
Avani Sepang Goldcoast Resort

Avani Sepang Goldcoast Resort Dan Banghuris Homestay | Destinasi Menarik Di Sepang
Avani Sepang Goldcoast Resort

Avani Sepang Goldcoast Resort Dan Banghuris Homestay | Destinasi Menarik Di Sepang
Avani Sepang Goldcoast Resort


Banghuris Homestay


Setelah selesai majlis di Avani Sepang Goldcoast Resort, kami bertolak ke satu lagi destinasi iaitu Banghuris Homestay. Perjalanan yang memakan masa lebih kurang setengah jam ni membawa kami ke kawasan kampung dan ladang kelapa sawit. Setibanya di Banghuris Homestay, kami disambut dengan paluan kompang.. perghh, rasa cam pengantin plak. Siap bunga manggar lagi.. hehe. Tapi tumpuan kami lebih kepada kelapa muda yang terhidang di atas meja. Apa lagi, masing-masing beratur tunggu giliran kelapa dibelah dengan muka kehausan sebab cuaca yang agak panas. Selain itu, kami juga dihidangkan dengan mee sup, pengat ubi dan tempe goreng. Masa makan, kami dihidangkan pulak dengan durian kampung. fuhh... memang kekenyangan la.

Avani Sepang Goldcoast Resort Dan Banghuris Homestay | Destinasi Menarik Di Sepang
Banghuris Homestay

Avani Sepang Goldcoast Resort Dan Banghuris Homestay | Destinasi Menarik Di Sepang
Panas-panas minum air kelapa...fuh, lega

Avani Sepang Goldcoast Resort Dan Banghuris Homestay | Destinasi Menarik Di Sepang
pekena pulak mee sup
 
Sambil makan, kami dihiburkan dengan live band oleh kakitangan Banghuris Homestay. Walaupun veteran, tapi suara memang meletops. Artis Iqwal juga turut menyumbangkan lagu untuk kami diikuti beberapa rakan sahabat media yang berbakat besar.

Avani Sepang Goldcoast Resort Dan Banghuris Homestay | Destinasi Menarik Di Sepang
Ewal mendendangkan lagu

Habis makan, terpandang meja-meja lain. Nape banyak yang kosong? mana semua pergi? La, rupa-rupanya masing-masing dah melekat kat kolam memancing ikan. Patut pun.. hehe.. apa lagi, cam menarik je. Teringin gak nak cuba memancing, tapi ikan plak tak sudi nak mancing kite..ehh...hehe. 

Avani Sepang Goldcoast Resort Dan Banghuris Homestay | Destinasi Menarik Di Sepang
Memancing pun kena posing tau

Selepas itu, kami dibawa ke kebun getah untuk demonstrasi cara-cara menoreh getah dan memproses getah keping. Apalagi, ramai la yang nak mencuba. Masing-masing cuba menoreh tak kurang jugak ada yang dah macam nak menebang pokok getah tu...hehe..
 
Avani Sepang Goldcoast Resort Dan Banghuris Homestay | Destinasi Menarik Di Sepang
Demo menoreh getah

Avani Sepang Goldcoast Resort Dan Banghuris Homestay | Destinasi Menarik Di Sepang
Demo proses getah keping

Walaupun Banghuris Homestay terletak jauh dalam kawasan ladang kelapa sawit, sape kata tak boleh nak feeling-feeling oversea? Ha, jangan tak tau. Ada satu kawasan ladang buluh yang memang cantik ala-ala kat Korea atau Jepun. Buat photoshoot memang cantik kawasan ni. Rugi la kalau sape datang sini tak mengabadikan gambar di ladang pokok buluh ni.

Avani Sepang Goldcoast Resort Dan Banghuris Homestay | Destinasi Menarik Di Sepang
Ladang pokok buluh

Avani Sepang Goldcoast Resort Dan Banghuris Homestay | Destinasi Menarik Di Sepang
kredit to Potia Casadelarossa

Sesiapa yang berminat untuk datang ke Banghuris Homestay, boleh la hubungi :

    Banghuris Homestay
    Jalan Tailong
    Kg. Hulu Chuchoh
    43950 SG.Pelek
    Sepang Selangor

    Phone: 03-31421019
    Email: banghuris_homestay@yahoo.com

Ini la antara pengalaman aku sepanjang program Sahabat Media Cuti Cuti 1Malaysia ke Avani Sepang Goldcoast Resort Dan Banghuris Homestay. Harap lepas ni banyak lagi program dapat aku sertai. 




Post a Comment

4 Comments

  1. kawasan ladang buluh memang awesome la..

    p/s : kalau terkene selumbau sapu ke rambut je.. sharing is caring.. :)

    ReplyDelete
  2. cantiknya kak tmpat tu.. :)

    *lama tak singgah sini kan..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete