Hola semua,
Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 | Warisan Masakan Lenggong | Hari kedua dalam Program Pelancongan Keretapi Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, kami Sahabat Media berpeluang pergi ke Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 sempena Pelancaran Buku Alam Dan Budaya Warisan Masakan Lenggong.
 |
Pelancaran Buku Alam Dan Budaya Warisan Masakan Lenggong |
Majlis ini diadakan di Dataran Lenggong, Perak selama 2 hari bermula 10 Januari 2014 hingga 11 Januari 2014. Menteri Pelancongan & Kebudayaan, Dato' Sri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abd Aziz telah dijemput untuk merasmikan pesta ini.
 |
Dato' Sri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abd Aziz menjamah hidangan tradisional Lenggong |
 |
Gerai gulai kemahang |
 |
Gerai kerabu umbut bayas |
 |
Gerai Kebebe |
 |
Gerai nasi dalam buluh |
 |
Ni bukan lemang tau, ni nasi dalam buluh |
Sebenarnya banyak lagi gerak yang ada di situ tapi oleh kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan dan masa yang agak lewat, byk gerai sudah habis makanan. Selain gerai makanan, ada juga gerai pameran, jualan kereta pun ada, pertandingan memasak makanan tradisional, kukur kelapa, pertandingan nasyid, pertandingan makan buah durian, pertandingan tumbuk sambal belacan, demo masakan dan banyak lagi...
 |
Pertandingan parut kelapa secara tradisional |
Amacam?? meriahkan... Sebanyak 19 buah kampung tau yang terlibat dalam pesta ni.. mesti la havoc kan. Terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama dalam menjayakan pesta ni. Selain perut kenyang, banyak juga info-info baru tentang makanan. Kalau tahun depan diadakan lagi pesta sebegini, moh kita terjah ramai-ramai... Adios
 |
Bergambar bersama kakak2 yang menyediakan makanan untuk kami.. terima kasih |
 |
Ole-ole untuk kami bawak balik... durian kau...hihi |
6 Comments
DB buat Farah terasa lapar pagi2 ni...heee...
ReplyDeleteLapaq la lalau teringat makanan kat sana hadoyai
ReplyDeletemeriahnya pesta makan2 tu..byk jenis yang first time SB dengar..
ReplyDeleteBanyaknya Makanan....Lapor Plk...
ReplyDeleteshafiqhashim.blogspot.com
pergh tgk makanan ni lapo plak
ReplyDeleteapa barang seketul durian..=)
ReplyDelete