 |
Perkhidmatan Tren ETS ke Ipoh |
Railway Tourism | Pengalaman Menaiki Tren ETS ke Ipoh | Seumur hidup, aku tak pernah naik keretapi untuk pulang ke kampung (Perak). Bila pihak
Railway Tourism Association Malaysia menjemput pihak
Sahabat Media untuk merasai sendiri
pengalaman menaiki perkhidmatan tren ETS ke Ipoh, satu peluang yang tak mungkin dilepaskan... yeahhh...
 |
Suasana di dalam koc |
"Perkhidmatan tren ETS adalah perkhidmatan terbaharu yang diperkenalkan oleh KTMB. Sebagai memperkenalkan perkhidmatan premium ini, maka ETS akan memastikan anda selesa dan selamat didalam perjalanan ke destinasi pilihan anda dalam masa yang sesingkat mungkin. Pada masa ini, terdapat tiga kelas perkhidmatan telah diperkenalkan.
Perjalanan dengan ETS membolehkan anda untuk menikmati kehijauan pemandangan yang menarik di sepanjang perjalanan. Anda juga dapat mengejar masa untuk ke tempat kerja disamping membaca dan berehat.
Kami juga sedang bekerjasama dengan pengusaha pengangkutan lain untuk perjalanan anda yang selancar mungkin, dengan menyediakan penyambungan yang cekap ke lapangan terbang, pusat membeli belah utama, dan tempat-tempat yang menarik."
Sebenarnya tujuan kami Sahabat Media dijemput menaiki tren ETS ni ada bertujuan mempromosikan Pelancaran Brosur Pakej Pelancongan Keretapi yang diadakan di Stesen KTMB Ipoh. Turut serta dalam rombongan ini adalah YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abd Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Aku rasa amat bertuah kerana berpeluang berjumpa dengan beliau dan dapat merasa masuk ke bahagian 'pilot'. Bukan senang nak tengok abang pilot mengendalikan tren yang berkelajuan mencecah 145km/j... Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan lah...hehe
 |
YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abd Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia |
 |
Pengalaman memasuki bahagian 'pilot' |
Sepanjang perjalanan selama 2 jam ke Ipoh, kami dihidangkan dengan makanan iaitu spaghetti dan nasi goreng. Terima kasih ye, kenyang kami petang tu... hehe.
 |
Spaghetti |
 |
Nasi goreng |
Selain itu, terdapat juga kemudahan-kemudahan lain di dalam tren ETS seperti:
- Soket Kuasa : Setiap tempat duduk ada, mudah untuk pengguna gadjet menggunakannya.
- Tandas : Kemudahan tandas di koc B & E, menggunakan teknik vakum moden dan mesra pengguna terutama OKU
- F & B : Terdapat bar di koc C untuk menikmati makanan dan minuman ringan dengan harga yg berpatutan
- LED TV : Mempamerkan berita terkini mengenai KTMB dan menayangkan filem cereka menarik untuk tontonan anda.
- CCTV : Koc yang sentiasa dipantau rapi dan berterusan melalui sistem CCTV untuk memastikan perjalanan selamat dan selesa.
- Rak Bagasi : Tempat letak beg dengan selamat dan mudah digunakan.
Berikut sedikit info mengenai jadual perjalanan Perkhidmatan ETS dan jadual tambang (sila klik untuk tumbesaran gambar) :
Majlis Pelancaran Brosur Pakej Pelancongan Keretapi
Lebih kurang pukul 8.30 malam, kami tiba di Stesen KTMB Ipoh. Kami disambut dengan paluan kompang dan demonstrasi silat. Sidang media bersama YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abd Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia juga diadakan di situ.
 |
Sambutan di Stesen Keretapi KTMB Ipoh |
 |
Sidang media bersama YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abd Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia |
Selesai sidang media, kami sekali lagi dijamu makan malam di stesen keretapi KTMB Ipoh. Selepas makan malam, acara Pelancaran Brosur Pakej Pelancongan Keretapi pun bermula. Persembahan penari kebudayaan membuka tirai ikuti dengan ucapan perasmian oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abd Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Selain itu, kami juga dihiburkan dengan penyanyi terkenal tanahair yang didatangkan khas malam itu seperti Ronnie (HyperAct), Sheeda, Najwa Latif, Mus (May) dan ramai lagi.
 |
YB Dato’ Seri Mohamed Nazri di Majlis Pelancaran Brosur Pakej Pelancongan Keretapi |
|
|
|
|
|
|
|
|
 |
Persembahan pembuka tirai |
 |
Ucapan perasmian oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia |
 |
Acara Perasmian Pelancaran Brosur Pakej Pelancongan Keretapi
|
 |
Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan bergambar bersama artis jemputan |
Majlis selesai lebih kurang pukul 12 malam dan kami pun bergerak ke homestay yang telah disediakan untuk aturcara seterusnya pada keesokkan hari. Fuhhh... satu perjalanan yang panjang tapi menarik. ikuti kisah seterusnya yang pasti akan aku kongsikan dalam next entri... adios... :)
19 تعليقات
yuhoo!
ردحذفthis is the 1st experience for me too. next time going to short getaway without a hectic driving!
nice to meet u !
yup.. mudah nak travel kalau xnak drive.. hehe, nice to meet u too
حذفNasi Goreng dia sedap ... serius.
ردحذفbetulll... sedap
حذفbest2.. tambah2 p ngn korang smuaa... :D
ردحذفrindu time tu kannn
حذفselalu naik ETS kalau balik Tg.Malim dari kl central.. hikhikhik
ردحذفmesti kejap je dah sampai kan
حذفOooo... dpt masuk kat tmpt pilot... huhuhu... non hajak... tak aciiii...
ردحذفkebetulan je sbb duk depan
حذفika dh lebih 10 kali naik ets nie tp tak penah plak dpt masuk tempat pilot . hahaha
ردحذفkan bagus kalau ada ETS dari johor ke kl sentral :(
ردحذفProgram yang unik. Saya pasti ia adala trip yang best.
ردحذفbiasa naik ets ipoh ke kl sentral ke seremban..tapi bila sampai kl kena tukar ke komuter untuk ke seremban...pengakuan utama kalau nak balik ke kl...sebab stesen bas ipoh jauh...huhuhu
ردحذفseronok gila bila dapat join trip ramai2 camni
ردحذفrindu nak havoc dalam ets haha
ردحذفSyoknya dapat naik ETS. KTMB patut wujudkan banyak idea macam ni
ردحذفThis is an amazing post I seen on account of offer it. It is genuinely what I expected to see trust in future you will continue in sharing such an awesome post. visit website
ردحذفtq
حذف