Hola semua,
Pakej Pelayaran Star Cruise Bersama Pak Nil |
Pakej Pelayaran Star Cruise Bersama Pak Nil | Pakej Pelayaran Muslim | Selepas kejayaan mengadakan Pakej Percutian Muslim Star Cruises bersama peminatnya pada tahun lepas, Datuk Aznil Hj Nawawi atau lebih dikenali dengan Pak Nil sekali lagi melancarkan pakej pelayarannya bersama peminat.
Kapal Mewah Star Cruise |
Sambutan hebat daripada peminat yang menyertai percutian bersama Pak Nil pada 2013 memberikan satu tiupan semangat kepada Pak Nil untuk mengadakan percutian bersama peminatnya pada 6 April – 9 April 2014 ini dari Penang - Langkawi - Phuket - Penang menggunakan kapal pelayaran SuperStar Libra.
Pelayaran anjuran Star Cruises, Malaysian Harmony Tour & Travel Sdn Bhd dan Santai Travel merupakan satu usaha untuk memperkenalkan percutian di atas kapal di samping mempromosi pakej percutian bersama peminat Pak Nil sekali gus sebagai satu penghargaan kepada semua peminat Pak Nil yang telah menyokong kerjaya beliau sepanjang lebih 24 tahun penglibatan beliau sebagai penggiat seni.
Menurut Pengarah Urusan Malaysian Harmony Tours and Travel, Encik Cooper Huang percutian di atas kapal merupakan satu percutian yang ideal dan mudah.
“Bercuti atas kapal ini sebenar amat menyenangkan. Setelah daftar masuk, tidak perlu lagi tukar hotel atau bilik seperti percutian normal. Makanan dihidangkan empat kali sehari. Semuanya telah termasuk dalam pakej yang telah dibayar. Tiada caj tambahan diperlukan,” kata Encik Cooper Huang.
Pak Nil |
Sementara itu menurut Datuk Aznil Hj Nawawi, orang ramai patut mencuba percutian atas kapal ini dan membuang tanggapan negatif mengenai percutian ini.
“Menerusi pakej pelayaran bersama Kapal Superstar Libra ini, anda tidak perlu rasa was-was untuk menjamu selera kerana kapal ini dilengkapi dengan sebuah restoran makanan halal yang telah menerima sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Selain itu kapal Superstar Libra baru-baru ini telah dinaiktaraf dan diubahsuai untuk memberikan keselesaan yang baru kepada semua penumpang,”katanya.
SuperStar Libra milik Star Cruise (kredit : silenceblogz.com) |
SuperStar Libra adalah barisan kapal mewah milik Star Cruise, peneraju utama pelayaran di Asia Pasifik yang turut berpangkalan di Kuala Lumpur. Direka bagi memenuhi keperluan penumpang yang inginkan percutian di tengah lautan dengan suasana lebih tenang dan lengkap dengan pelbagai kemudahan. Ia adalah resort eksklusif yang terapung di laut lepas di samping hiburan serta aktiviti rekreasi serta layanan mesra kru bertaraf Asia yang menyeronokkan. Terdapat enam jenis kabin yang ditawarkan mengikut cita rasa penumpang iaitu Executive Suite, Junior Suite, Deluxe Oceanview Stateroom, Oceanview Stateroom with Window, Oceanview Stateroom with Porthole serta Inside Stateroom.
Mengenai aktiviti di SuperStar Libra, kapal mewah itu menawarkan hiburan dari semasa ke semasa bergantung kepada had umur pelancong. Kanak-kanak berpeluang mempelajari seni dan kraf seperti membuat origami, deko kek cawan serta lukisan wajah.
Hiburan malam dengan barisan penghibur adalah kru kapal manakala jemputan istimewa penyanyi dan penari dari luar negara seperti Shelly Dartez dan Westley Stevens. Persembahan itu di adakan di Stardust Lounge dengan beberapa tema seperti Show Time (Ultimate 80’s) menampilkan persembahan ala 80-an.Jika gemarkan suasana santai diiringi alunan suara ‘liveband’, lokasinya di Galaxy of the Stars dengan pelbagai muzik terbaru.
Pemandangan di Deck 9 SuperStar Libra |
Di ruang atas yang terbuka, ia menempatkan beberapa restoran berbayar bersama pusat kecergasan, spa serta lounge. Ia turut mempunyai salun rambut dan kecantikan, perpustakaan mini, pusat kesihatan, galeri foto serta pusat penjagaan kanak-kanak dari satu hingga empat tahun dan lima hingga 12 tahun dengan bayaran antara RM10 hingga RM15.
Bagi semua para peminat Pak Nil yang berminat untuk merasai pengalaman percutian pelayaran bersama beliau, harga yang ditawarkan mengikut pilihan kabin pula adalah dari serendah RM1,199.00 sehingga lebih kurang RM1,399, tidak termasuk harga tiket bas pergi balik dari Berjaya Times Square sebanyak RM130.00.
kepada yang berminat boleh berhubung terus kepada pihak
Malaysian Harmony Tour & Travel Sdn Bhd :
Tel : 03-2142 9266
2 Comments
Fuiyoooo, best la kak. Terigin sgt kot tapi aima dh sibuk nk kawin dah time tu kak
ReplyDeletekami tak dapat cuti masa ini, tak dapat join, mesti bestkan dapat gosip-gosip dengan Pak Nil, kirim salam pada Pak Nil nanti ya.
ReplyDelete