Hola semua,
Salebration Explorace 2014 | Meriah Di Sunway Pyramid | Pada 15 Mac 2014, satu pertandingan
Salebration Explorace 2014 telah diadakan di Sunway Pyramid. Pertandingan anjuran Tourism Malaysia dan Sunway Pyramid ini bersempena Majlis Pelancaran
1Malaysia Grand Prix Sale 2014.
 |
Salebration Explorace 2014 |
Seawal pukul 8.00 pagi, ramai para peserta mula berkumpul dan mendaftar. Ada di antara peserta terdiri daripada blogger, ramai jugak la yang datang. Kami mendaftar di hadapan Bubba Gump Shrimp Co. Restaurant sebelum bersarapan di restoren tersebut. Makanan tengah hari kami pun disediakan oleh pihak Bubba Gump Shrimp Co. Restaurant...mmmmm, sedap makanan yang disediakan.
 |
Bubba Gump Shrimp Co. Restaurant |
 |
Hidangan enak untuk para tetamu dan peserta |
Salebration Explorace 2014
Pertandingan ni ala-ala 'treasure hunt' sebenarnya tapi dalam kompleks membeli belah. Ha, kelas kau... sambil cari klue, sambil cuci mata. Mana tau ada sale 100% diskaun (hahaha... ada ke??). Kami perlu bergerak dalam kumpulan. Satu kumpulan terdiri dari 5 orang. Tapi kumpulan aku special sikit. Ahli kitaorg lebih dari 5 orang, tapi tak disqualified hokey... Mana tak nya, masing-masing bawak bodyguard. ehh...hehe. Tapi walaupun ramai, tetap tak menang, soalan susah gilerrrr.... tak tercapai dek akal mencari jawapan. Heppp, bukan semua salah ekk, ada jugak jawapan yang betul cuma tak cukup 0.0001 point jek ngan pemenang (ha, ni aku tipu.....wakakakaka).
 |
Ucapan aluan dari En Ramzi, Head of Shopping Secretariat |
 |
Antara peserta yang khusyuk mendengar ucapan |
 |
Poning dah kami mencari jawapan..huhu |
 |
Pemenang tempat ketiga |
 |
Pemenang tempat kedua |
 |
Juara (fuyoooo, terror la.. tahniah) |
 |
Juara Dihati (nak jugak kan menang.. kumpulan paling havoc..hehe) - kredit : Eddy |
|
Pelancaran 1Malaysia Grand Prix Sale 2014
Selesai pertandingan Salebration Explorace 2014, kami pergi ke pentas di mana Majlis Pelancaran 1Malaysia Grand Prix Sale 2014 berlangsung. Pelancaran 1Malaysia Grand Prix Sale iaitu Karnival jualan ‘shop till you drop’ apabila tiba
bulan Mac setiap tahun bersempena dengan Petronas Malaysia Formula 1 Grand Prix. Acara yang diadakan di LG2 Orange Concourse, Sunway Pyramid ini dirasmikan oleh Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Seri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan Malaysia. Selepas itu, persembahan dari artis jemputan Farhan, Man Kidal, pertunjukan fesyen dan persembahan tarian dari penari-penari yang berpakaian unik. Memang sangat meriah.
 |
Pentas 1MGPS |
 |
Pengacara Majlis - Dato' Mahadzir Lokman |
 |
Tan Sri Dr Jeffrey Cheah |
 |
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Seri Abdul Aziz |
 |
Farhan dan Man Kidal |
 |
Farhan |
 |
Pertunjukan fesyen batik dari Butik Pink Jambu |
 |
Pertunjukan fesyen batik dari Butik Pink Jambu |
 |
Pertunjukan fesyen dari PUMA |
 |
Barisan peserta persembahan |
 |
Persembahan penutup |
Kemeriahan berterusan pada keesokkan harinya di mana ramai artis-artis tempatan hadir untuk menghiburkan peminat (nantikan entri seterusnya).
1 Comments
Krik krik krik...
ReplyDeleteWaaaaa sronot beronot2 kan..
Thank you dikbee bcoz sudi mlyn kerenah peserta cilik. Ekekeke..
Team paling havoc kan kan kan.. ✌