Hola semua,
Pak John Steamboat & Yong Tao Foo | Promosi Buffet Ramadhan 2014 | Korang suka makan steamboat dan bbq?? Ha, meh sini aku nak promote kat korang semua satu tempat makan yang best. Kat sini korang boleh makan semua makanan yang tersedia (tabik spring la kalau korang boleh cuba semua makanan) sebab terdapat lebih 100 pilihan bahan yong tao foo dan bahan untuk grill. Jangan risau, walaupun restoren ini dalam proses pengiktirafan sijil halal kerana baru beroperasi lebih kurang 7 bulan, namun sumber bahan mentah adalah dari pembekal yang telah mempunyai sijil halal.
|
Pak John Steamboat & Yong Tao Foo |
|
Pilihan bahan yong tao foo untuk steamboat dan grill |
Steamboat & BBQ
Kat Pak John Steamboat & Yong Tao Foo, antara bahan utama yang istimewa adalah kepingan daging lembu, daging kambing, itik dan abalone. Bahan-bahan ni boleh dimasak secara steamboat ataupun grill. Sedap tau tambah lagi bila dicicah dengan sos istimewa yang disediakan iaitu sos thai, sos hijau, sos tau foo dan juga sos pedas.
|
Cantikkan susunan kepingan daging ni |
|
kepingan abalone |
|
kepingan itik |
|
hirisan kambing |
|
hirisan lembu |
|
Sos thai, sos hijau, sos tau foo dan juga sos pedas |
Untuk steamboat, kat sini ada beberapa pilihan sup iaitu tom yam, sup stok tulang lembu, sup berempah kari, sup ayam, sup miso dan sup udang. Ha, korang kena cuba yang sup udang tu sebab sedap tau terutama bila segala jenis bahan dah masuk, perghhhh....
|
sup stok tulang lembu |
|
sup udang |
Menu Buffet
Selain steamboat dan grill, ada juga menu buffet yang disediakan untuk pelanggan. jadi sementara tunggu makanan masak, boleh la makan yang dah siap masak ni dulu yek... hehe
Untuk pencuci mulut, pun macam-macam ada. Ada waffle, marshmellow, chocolate fountain, aiskrim.. kanak-kanak mesti suka kan. Soft drink plak boleh refill ye..
Promosi Buffet Ramadhan 2014
Sempena bulan Ramadhan yang akan tiba tak lama lagi, Pak John Steamboat &
Yong Tao Foo turut membuat Promosi Buffet Ramadhan 2014 dengan
penambahan beberapa menu khas. Antaranya ayam perisa coke yang mana
diperap bersama air coke sebelum di masak, pulut berintikan sambal udang
yang dikukus di dalam daun teratai, dimsum berintikan telur ikan dan
macam-macam lagi. Harga untuk buffet Ramadhan ni hanyalah dengan harga RM39++. Bagi
kanak-kanak bawah 8 tahun pulak percuma okey... best tak??
|
Menu tambahan khas untuk buffet Ramadhan |
|
Nasi Goreng Tomato |
|
Ayam perisa coke |
|
dim sum berinti telur ikan |
|
Pulut bersama sambal XO dalam daun teratai |
|
Rendang daging |
|
Rendang Ayam |
|
Tempura |
|
Bubur Ramadhan |
Pak John Steamboat & Yong Tao Foo
|
Pak John Steamboat & Yong Tao Foo | Promosi Buffet Ramadhan 2014 |
Kalau korang berminat nak makan kat sini atau berbuka puasa, meh sini nak habaq info pasal Restoren
Pak John Steamboat & Yong Tao Foo ni.
Waktu operasi : 10.00 pagi – 11.00 malam ( BUFET RAMADHAN bermula 6.30petang hingga 11 malam )
Laman web :
http://www.pakjohn.com/index.html
Facebook :
https://www.facebook.com/pakjohn.ytf
Tel : 03-7733 3913 / 018-386 3139
Alamat : Ecurve Mutiara Damansara :
Lot LG-13A & LG-15,
Lower Ground Floor, Ecurve.
No 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara
47810 Petaling Jaya Selangor.
(*ada juga cawangan di Wangsa Walk*)
0 Comments