An Evening With Romanian Radio National Orchestra

Hola semua,

An Evening With Romanian Radio National Orchestra | Seumur hidup, tak pernah terpikir pun untuk menjejakkan kaki ke Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur. Ye la, biasa persembahan di sini semua bertaraf antarabangsa. Tapi bila ada yang mengajak, why not kan, boleh jadi salah satu kenangan dalam hidup...hehe

An Evening With Romanian Radio National Orchestra
Tiket konsert An Evening With Romanian Radio National Orchestra

An Evening With Romanian Radio National Orchestra
Sebelum konsert, selfie ngan tiket dulu


An Evening With Romanian Radio National Orchestra


Konsert 'An Evening With Romanian Radio National Orchestra' yang berlangsung selama dua jam ini menyaksikan penonton bakal dibuai dengan pemuzik Romanian Radio National Orchestra yang membuat persembahan di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur. Konsert ini juga disiarkan menerusi TV2 pada 13 September 2014

Tujuan konsert ini adalah bersempena penghargaan khas sempena 7th World Summit on Media for Children (WSMC) yang menyaksikan Kuala Lumpur menjadi hos kepada sidang tersebut dari 8 hingga 10 September 2014. Konsert ini diketuai oleh konduktor Romania, Maestro Tiberiu Soare dan konduktor Malaysia Maestro Leonard Yeap. Selain itu, konsert ini juga turut menampilkan

P.I. Tchaikovsky: Swan Lake Suite op 20a,
L. Yeap: Concertino Rancak Bertemu - untuk dua biola (violin solo: Yap Yen & Jae Sern),
J.Boyle (arr . By Luqman Aziz): Jauh-Jauh (suara solo: Syafinaz Selamat),
P.de Sarasate: Gypsy Airs OP. 20,
G. Dinicu: Ciocarlia (biola Solo: Gabriel Croitoru),
R.Strauss: Burlesk (piano Solo: Horia Mihail),
G. Enescu: Romania Rhapsody nr. 1 dalam op A. 11.

p/s : Memandangkan peraturan dalam dewan Filharmonik ni ketat, terpaksalah snap kat TV aje... hehe.

An Evening With Romanian Radio National Orchestra

An Evening With Romanian Radio National Orchestra

An Evening With Romanian Radio National Orchestra

An Evening With Romanian Radio National Orchestra


Rakaman persembahan ini berlangsung pada 9 September lalu dan diterbitkan oleh Nor Khuzaimah ‘Oja’ Abd Aziz, Unit Hiburan TV RTM. Turut hadir menyaksikan persembahan hebat ini YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Chek, Menteri Komunikasi dan Multimedia.

An Evening With Romanian Radio National Orchestra
Bergambar bersama YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Chek, Menteri Komunikasi dan Multimedia
kredit photo : khai

An Evening With Romanian Radio National Orchestra
Geng #memekmukapenari

An Evening With Romanian Radio National Orchestra
Blogger di An Evening With Romanian Radio National Orchestra

Terima kasih kepada Cik Paris Ashiqin, Destination Malaysia dan Kedutaan Romania yang sudi menjemput kami ke konsert yang mengkagumkan ini. Persembahan mereka amat bertenaga dengan alunan muzik yang mengasikkan. Tak lupa juga nyanyian Syafinaz yang begitu lantang dan nyaring... wow.... meremang...



Post a Comment

6 Comments

  1. Kalau orang dah minat memang layan dengar muzik orkestra ni kan Cik Ruby

    Saya kalau dengar mata jadi layu.

    Mengantuk.

    Tak boleh dengar lama lama.

    ReplyDelete
  2. saya pun takde experience lagi, tengok okestra dan tengok teater. dedua teringin nak pegi.

    www.mynutriqueen.com

    ReplyDelete
  3. Teringin nak g msuk teater. Tp nie okestra kan? Xpnh g tp kalo ada yg nak bwk best juga tue! Hihi

    www.ourlovebonding.com

    ReplyDelete
  4. Akak x pernah masuk lagi...teringin nk masukntah bila la kan...

    ReplyDelete
  5. Seronoknyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee ...

    ReplyDelete