Pertempuran Laser Tag Blogger Di Laser Warzone | Masa sampai kat Laser Warzone Wangsa Walk ni, aku rasa nebes giler sampai tak lalu nak makan. Bayangkan Subway depan mata pun aku tak pandang. Mana tak nya, memikirkan kejap lagi nak bertarung main laser tag tu yang hilang selera makan. Terbayang dah laser tu kalau kena kat badan, adusss mesti berbirat macam main paintball. Tapi demi memenuhi jemputan geng-geng blogger dan pihak Laser Warzone, aku sahut jugak cabaran ni.. wehuuuu...
Pertempuran Laser Tag Blogger Di Laser Warzone @ Wangsa Walk
Laser Warzone The Ultimate Lasertag Challemge |
Pertempuran Laser Tag Blogger Di Laser Warzone @ Wangsa Walk. Mula-mula kami kena cabut undi dulu untuk tentukan team. Ha, baru la adil kan. Jumlah keseluruhan ada 6 team dan setiap team ada 6 ahli kumpulan. Aku dapat Team No 4. Sebelum bermain, kami diberi penerangan oleh pihak marshal mengenai cara nak guna senapang laser dan juga cara pemarkahan.
Kat dalam tu la kami bertempur |
Untuk pertempuran kami, masa bagi satu pertempuran lebih kurang 7 minit. Markah dikira melalui point tembakan iaitu 100 markah di dada, 80 markah di bahu dan 60 markah di belakang. Jumlah markah akan tertera di senapang masing-masing. Jika terkena tembakan, kita tak dikira mati, tapi kita akan dibekukan dari menembak selama 5 saat. Ha, lepas 5 saat baru boleh tembak orang balik. Ada dua kaedah iaitu setting untuk tembak jarak jauh dan setting untuk tembak jarak dekat. Tapi siyesly, bila dah main, lupa terus nak tukar setting. hehe..
Akiff palimh khusyuk dengar penerangan...hehe |
Fokus..fokuss.. kang salah tembak plak..hehe |
Pusingan pertama pertempuran adalah pusingan bebas, kira pusingan percubaan la. Dua team akan masuk sekali dan kami boleh tembak sesiapa sahaja. Fuhh... first game bertempur pun dah berpeluh-peluh. Hilang terus rasa nebes, lagipun tak sakit rupanya laser tag ni. Tak macam paintball. Tapi first game ni aku banyak menyorok sebab takut kena tembak... haha...
Bila masuk pusingan kedua, kali ni dah dikira markah mengikut team. Apalagi, semua dok pakat tembak depan-depan sebab nak markah tinggi. Siap main kejar-kejar kat dalam tu... seronok giler sampai tak sedar dah habis masa. Eh, korang jangan ikut cara kami main tau. sebenarnya kat Laser Warzone ni ada syarat-syarat dia. Kalau nak tau syarat tu sila baca banner Syarat Permainan Laser Tag di Laser Warzone kat bawah ni. *Syarat pertama kami dah langgar...kuikui*
Syarat Permainan Laser Tag di Laser Warzone |
Keputusan Bagi Pertempuran Laser Tag Blogger Di Laser Warzone :
- Tempat Pertama : Team 5
- Tempat Kedua : Team 4
- Tempat Ketiga : Team 3
- Tempat Keempat : Team 6
- Tempat Kelima : Team 2
- Tempat Keenam : Team 1
Hadiah bagi Pemenang Pertempuran Laser Tag Blogger Di Laser Warzone |
Yeayyy... Team 4 dapat tempat kedua. Tahniah kepada semua pemenang. Terima kasih jugak pada pihak Laser Warzone dan blogger Nadia Farahida sebab jemput kami main kat sini. Tak puas pulak rasa main. Nebes pun hilang sebab tak sakit pun rupanya. So, kalau korang nak rasa macam mana keseronokan main laser tag ni, boleh datang ke Laser Warzone. Memang best. Gerenti cuba sekali, nak datang berkali-kali. Harga pun berpatutan. Boleh tengok Harga Permainan Laser Tag Di Laser Warzone kat bawah ni.
Harga Permainan Laser Tag Di Laser Warzone |
Ha, murah kan. Apalagi, ajak la adik, kakak, abang atau keawan-kawan ke Laser Warzone. Lokasi setakat ni ada 3 tempat. Boleh tengok Lokasi Laser Warzone kat bawah ni... zassss
IOI Mall Puchong
Lot 3 et 3, 3rd Floor,
IOI Mall Puchong,
Jalan Puchong, Batu 9,
Bandar Puchong Jaya,
Puchong 47170,
Selangor.
Phone : 03-80701335
OR
E@Curve Damansara
Lot L1-93, E@Curve,
No 2. Jalan PJU 7/3,
Mutiara Damansara PJU 7,
47810 Selangor
Phone : 03-77331335
OR
Wangsa Walk
Lot 2-06A, Wangsa Walk Mall
wangsa Avenue,
No. 9, Jalan Wangsa Perdana 1,
Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur
Phone : 03-41310006
Korang juga boleh usha mereka di :
Instagram : @laserwarzone
Facebook : Laser Warzone
Website : Laser Warzone
8 Comments
hai
ReplyDeleteeh
DeleteMenariknya Auww <3
ReplyDeleteaaauummmm <3
DeleteBaru tahu asa permainan cmni.
ReplyDeleteni permainan moden ni. hehe
DeleteBaru kenal kat sini. Nampak gitu2 je masa kat wangsa walk tu. Hihi.
ReplyDeletetu la... nebes punya pasal tak sempat nak kenai sume org
Delete