Resepi Ketam Bercili Bersama Telur

Resepi Ketam Bercili Bersama Telur | Aku memang penggemar ketam. Kalau jumpa ketam yang fresh, mesti nak beli. Kebetulan Jumaat lepas pergi ke Mydin ada jual ketam dan nampak fresh je. Apalagi, terus beli. Dalam hati sedap ni buat Ketam Bercili Bersama Telur.

Resepi Ketam Bercili Bersama Telur







Setelah berperang kat dapur, *mood berperang ada lagi ni gara-gara Pertempuran Laser Tag Blogger Di Laser Warzone* akhirnya siap aku masak ketam ni. Tak caya? Tengok gambar kat atas tu... nampak sedap kan...nyum nyum.. Kalau korang nak cuba, meh aku kongsi resepi ngan korang. Tapi ni cara aku masak la ekk. Kalau korang nak modified resepi ni pun boleh. ikut selera masing-masing.

Resepi Ketam Bercili Bersama Telur


Bahan-Bahan :

  • 3 Ekor ketam (di cuci dan di belah 2) 
  • 1 Ulas bawang besar (untuk dikisar) 
  • 3 Ulas bawang putih (untuk dikisar) 
  • 1 Biji tomato (untuk dikisar) 
  • 3 Biji cili merah (untuk dikisar) 
  • 1 Batang serai (dititik) 
  • 1 Sudu sos tiram 
  • 3 Sudu sos cili 
  • 1 biji telur ayam (di pukul) 
  • Sedikit serbuk kari 
  • Garam untuk perasa


Cara-Cara Masak :

  • Mula-mula gaulkan ketam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit kemudian digoreng sehingga masak. Ketepikan.
  • Panaskan minyak kemudian tumiskan serai bersama bahan kisar sehingga pecah minyaknya.
  • Bila dah pecah minyak, masukkan sos tiram dan sos cili. Tambah sedikit air. Masukkan sedikit serbuk kari dan garam secukup rasa.
  • Bila menggelegak, masukkan ketam yang dah digoreng tadi dan gaul hingga sebati.
  • Bila dah sebati, angkat ketam sahaja. Kuah tinggalkan dulu untuk dimasukkan telur.
  • Masukkan telur dan kacau agar telur tak bergentel dan sekata dalam kuah.
  • Tutup api dan tuangkan kuah ke atas ketam.
  • Tabur daun sup dan hidangkan.

Senang kan, yang aku kata sampai berperang tu, tipu je. Kasi dramatik sket. Ok la, nak pi makan ketam. SELAMAT MENCUBA...


Post a Comment

22 Comments

  1. Arrghhh sedapnyaa kak! Kalau hostel ena ni ada dapur, lama dah ena bertukang follow resepi akk ni.. dah lama mengidam ketam.. T_T

    ReplyDelete
  2. As salam,

    azney singgah jenjalan sini :)


    xoxo,
    azneyshamsuddin

    ReplyDelete
  3. Informasi yang bermanfa'at, terutama bagi mereka yang suka masak-masakan ... Kalau saya pribadi sukanya hanya memakan saja ... :)
    Salam kenal dari Indonesia ...

    ReplyDelete
  4. zizie penggemar seafood... so tempting... huhu...

    ReplyDelete
  5. wah.. mantap nih.. mau coba buat ah..

    Kunjungi balik mbak http://si-k4ncil.blogspot.co.id/

    ReplyDelete
  6. sepertinya enak.. delicious..

    i love android, multiapk.net is a site about android.. if u like information about new apk and game find there.

    ReplyDelete
  7. sedap ye, baru masak hari tu

    ReplyDelete