Resepi Ketam Bercili Bersama Telur | Aku memang penggemar ketam. Kalau jumpa ketam yang fresh, mesti nak beli. Kebetulan Jumaat lepas pergi ke Mydin ada jual ketam dan nampak fresh je. Apalagi, terus beli. Dalam hati sedap ni buat Ketam Bercili Bersama Telur.
Setelah berperang kat dapur, *mood berperang ada lagi ni gara-gara Pertempuran Laser Tag Blogger Di Laser Warzone* akhirnya siap aku masak ketam ni. Tak caya? Tengok gambar kat atas tu... nampak sedap kan...nyum nyum.. Kalau korang nak cuba, meh aku kongsi resepi ngan korang. Tapi ni cara aku masak la ekk. Kalau korang nak modified resepi ni pun boleh. ikut selera masing-masing.
Resepi Ketam Bercili Bersama Telur
Bahan-Bahan :
- 3 Ekor ketam (di cuci dan di belah 2)
- 1 Ulas bawang besar (untuk dikisar)
- 3 Ulas bawang putih (untuk dikisar)
- 1 Biji tomato (untuk dikisar)
- 3 Biji cili merah (untuk dikisar)
- 1 Batang serai (dititik)
- 1 Sudu sos tiram
- 3 Sudu sos cili
- 1 biji telur ayam (di pukul)
- Sedikit serbuk kari
- Garam untuk perasa
Cara-Cara Masak :
- Mula-mula gaulkan ketam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit kemudian digoreng sehingga masak. Ketepikan.
- Panaskan minyak kemudian tumiskan serai bersama bahan kisar sehingga pecah minyaknya.
- Bila dah pecah minyak, masukkan sos tiram dan sos cili. Tambah sedikit air. Masukkan sedikit serbuk kari dan garam secukup rasa.
- Bila menggelegak, masukkan ketam yang dah digoreng tadi dan gaul hingga sebati.
- Bila dah sebati, angkat ketam sahaja. Kuah tinggalkan dulu untuk dimasukkan telur.
- Masukkan telur dan kacau agar telur tak bergentel dan sekata dalam kuah.
- Tutup api dan tuangkan kuah ke atas ketam.
- Tabur daun sup dan hidangkan.
Senang kan, yang aku kata sampai berperang tu, tipu je. Kasi dramatik sket. Ok la, nak pi makan ketam. SELAMAT MENCUBA...
22 تعليقات
Arrghhh sedapnyaa kak! Kalau hostel ena ni ada dapur, lama dah ena bertukang follow resepi akk ni.. dah lama mengidam ketam.. T_T
ردحذفnanti cuti leh la try masak..hehe
حذفAs salam,
ردحذفazney singgah jenjalan sini :)
xoxo,
azneyshamsuddin
hai azney... :)
حذفSedapnya...
ردحذفcuba la... hehe
حذفInformasi yang bermanfa'at, terutama bagi mereka yang suka masak-masakan ... Kalau saya pribadi sukanya hanya memakan saja ... :)
ردحذفSalam kenal dari Indonesia ...
salam kenal ya... :)
حذفterimakasih ... :)
حذفzizie penggemar seafood... so tempting... huhu...
ردحذفsama la... akk pun suka seafood
حذفsedap di pandang :D
ردحذفkenapa? tak makan ketam ke?
حذفwah.. mantap nih.. mau coba buat ah..
ردحذفKunjungi balik mbak http://si-k4ncil.blogspot.co.id/
kena coba tau
حذفsepertinya enak.. delicious..
ردحذفi love android, multiapk.net is a site about android.. if u like information about new apk and game find there.
enak banget
حذفsedap ye, baru masak hari tu
ردحذفsimple tp sedap kan
حذفNati dicoba:)
ردحذفJd penasaran
ردحذفJd penasaran aku
ردحذف