Pelbagai Menu Menarik Di U-Cafe Wangsa Walk | Sape pernah datang ke U-Cafe sebelum ni pasti setuju dengan aku kan. Terbukti pada Sabtu lepas, aku dan beberapa orang blogger telah berpeluang merasai pelbagai menu yang menarik di U-Cafe Wangsa Walk. Semuanya sedap-sedap tau.
|
Menu baru di U-Cafe Wangsa Walk |
Honestly ini pertama kali aku makan kat sini. Lokasi cafe ni sangat mudah nak cari kerana ia terletak di pintu masuk
Pusat Membeli Belah Wangsa Walk. Terima kasih kepada Jamar kerana ajak aku datang untuk mencuba pelbagai menu yang ditawarkan di sini. Tambahan pula pihak U-Cafe memperkenalkan menu baru yang sedap dan murah. Nak tau ape istimewa menu ni? haaaa.... jeng jeng jeng.... sila baca lagi ekk. *awas, entri ni penuh dengan gambar makanan..haha*
|
Jonathan wakil dari U-Cafe menerangkan mengenai menu baru |
Nasi Kukus Rempah Chicken
Pihak U-cafe Wangsa Walk telah memperkenalkan menu baru iaitu Nasi Kukus Rempah Chicken (Ala, nasi kukus ayam berempah la kan). Aku pasti korang mesti kata berlambak kot orang jual nasi kukus ayam berempah ni. So, apa bezanya yang dijual kat sini kan. Ha, ni la nak habaq kat hampa semua (mai dah loghat utagha..haha). Kalau nak tau, nasi kukus kat sini akan dihidang panas-panas dan ayamnya pula diperap dengan pelbagai bahan dan digoreng garing. Korang kena makan skali dengan kriuk kriuk dia tu tau. Sedap dan yang penting harga dia sangat murah okey. Hanya RM3.00 sahaja. Tapi hanya dijual pada waktu lunch ekk, pukul 12pm-2pm... Eh, lupa plak. Korang jangan risau tengok sambal yang melimpah tu sebab sambal tu tak pedas sangat pun.
|
Nasi Kukus Rempah Chicken |
|
Bahan-bahan untuk perap ayam |
|
Ayam berempah panas dan kriuk kriuk yang rangup |
|
Nasi kukus panas |
|
Sambal ni kurang pedas ye. So, jangan risau |
|
Set Nasi Kukus Rempah Chicken berharga RM3 sahaja |
|
Masing-masing sabar menunggu giliran untuk dapatkan Nasi Kukus Rempah Chicken |
|
Promosi Menu Baru Di U-Cafe Wangsa Walk |
Menu Menarik Di U-Cafe Wangsa Walk
Selain dari nasi kukus rempah chicken, kami jugak dapat merasa beberapa menu lain di U-Cafe ni. Banyak giler menu kat sini. Dari menu
pembuka selera, salad, menu utama (hidangan timur dan barat), pencuci mulut dan minuman. Menu ni disediakan sempena
Bulan Ramadhan nanti. Nampaknya hari ni kena skip la diet. haha...
Appetizer
|
Hidangan Bufet untuk pembuka selera (Appetizer) |
|
Kurma & kerabu sayuran bersama isi ikan |
|
Belacan Chicken Boxing |
|
Seafood Platter |
|
Combo Platter |
Salad
|
Deconstructed Caesar Salad |
Spaghetti
|
Italian Beef Carbonara with Egg Yolk |
|
Spaghetti Aglio-Olio With Sea Scallop |
Western Food
|
Sticky Grilled Premium Lamb Rack |
|
Signature Combo Mixed Grilled |
Rice
|
Flying Fish Rice With Soy Sauce |
|
Fried Asparagus with prawn |
|
Egg Yolk Butter Chicken & Vegetable in Yam Basket Rice |
|
Nasi Bonjori |
|
Nasi Lemak |
|
Thai Style Pan Grilled Chicken Chop Rice With Green Curry |
|
Bangkok Jazz Crab Meat Fried Rice in Lotus Leaf |
Noodles
|
Fried Vermicelli With Sambal Sauce & Mussel |
|
Penang Char Kueh Teow |
|
Penang Curry Laksa |
|
Assam Laksa With Sardine Fish |
U-Cafe Wangsa Walk
Fuhhhh... amacam? Menarik tak menu-menu kat sini? Terima kasih sekali lagi kepada pihak U-cafe dan rakan-rakan blogger yang happening giler. Puas hati betul makan kat sini sampai kekenyangan kami dibuatnya...hihi..*Maaf kalau ada yang tak sempat tegur, iols ni pemalu sikit orangnyer..tapi kalau dah kenai, huha huha tak hengat dunia....hehe*
|
Rakan blogger yang hadir (Kredit : jmr23.com) |
Oh ya, pihak U-Cafe juga menyediakan khidmat untuk kendalikan majlis hari jadi atau apa-apa sahaja majlis yang korang nak buat kat sini. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, korang boleh hubungi Rachel : 019-3133668.
|
Ukiran tembikai (untuk tempahan majlis) |
|
buffet untuk appetizer (untuk tempahan majlis) |
Kalau korang datang ke area Wangsa Maju, boleh singgah di U-Cafe dan mencuba Pelbagai Menu Menarik Di U-Cafe Wangsa Walk. Jangan risau, harga kat sini tak la terlalu mahal. Ruang di dalam cafe pun cantik dan selesa.
Alamat :
U-Cafe Wangsa Walk
GL-06 Wangsa Walk, Wangsa Avenue,
No. 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel : 03-41319686
Lokasi U-Cafe Wangsa Walk
6 Comments
fuhh..terbaik..tgk gmbr makanan yg cun2 kt sini, terus bangkit selera pagi2 ni
ReplyDeletewahhh! cantiknya gambar!
ReplyDeletemeleleh air liur dok tengok gambo yang cantik ni. well done!
anyway, saya membalas kunjungan n done follow sini juga #515
Diari Seorang Mama
ucafe eh..nanti nak terjah lah
ReplyDeletekecurnya nengok... murah gila 3 hinggit je!!
ReplyDeleteomak ai, terliur gua
ReplyDeleteBuffet pun ada yea, hadoi memang menarik hati nak makan!
ReplyDelete