Berbuka Di CHAKRI PALACE Suria KLCC

Berbuka Di CHAKRI PALACE Suria KLCC | Nampaknya lagi sehari je kita akan menyambut ketibaan Bulan Ramadhan. Alhamdulillah, bertemu lagi dengan bulan yang penuh barakah ini. Jadi, sempena kedatangan bulan Ramadhan ni, aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua yang singgah blog ni especially yang tengah baca entri ni. Semoga bulan Ramadhan kali ini memberi seribu keberkatan kepada kita semua.

CHAKRI PALACE Suria KLCC


Biasanya bulan Ramadhan ni mesti ramai yang mencari-cari tempat untuk berbuka puasa kan. Ok, kat sini aku nak suggest korang berbuka di CHAKRI PALACE Suria KLCC, satu restoran yang menyediakan hidangan buffet Ala Thai. Aku dah cuba makanan kat sini.. sedap tau... Jom tengok makanan yang dihidangkan kat sini. 

Berbuka Di CHAKRI PALACE Suria KLCC
Imperial Chakri Palace Suria KLCC

Buffet Di CHAKRI PALACE Suria KLCC

Nasi Beriani

Berbuka Di CHAKRI PALACE Suria KLCC
Nasi Beriani

Nasi beriani ni banyak betui isi-isi kat dalam dia. Rempah dia pun memang terasa dan sedap tau. Korang boleh makan nasi beriani ni dengan pelbagai lauk macam kat bawah ni. Ada rendang tok, ayam kapitan, kambing masak kari hijau dan banyak lagi. Korang just scroll kat bawah ni.

Berbuka Di CHAKRI PALACE Suria KLCC
Rendang Daging Tok

Berbuka Di CHAKRI PALACE Suria KLCC
Ayam Kapitan

Berbuka Di CHAKRI PALACE Suria KLCC
Lamb in Thai green curry

Berbuka Di CHAKRI PALACE Suria KLCC
Pajeri Nanas

Berbuka Di CHAKRI PALACE Suria KLCC
Pajeri terung

Berbuka Di CHAKRI PALACE Suria KLCC
Butter prawn with salted egg

Berbuka Di CHAKRI PALACE Suria KLCC
Kiri : Fried sliced with Tiga Rasa Sause .. Kanan : Sauteed squid with garlic sauce

Berbuka Di CHAKRI PALACE Suria KLCC
Sos tiga rasa

Berbuka Di CHAKRI PALACE Suria KLCC
Kiri : Stir Fried Lala with tomyam paste .. Kanan : Sauteed Beancurd with minced chicken

Berbuka Di CHAKRI PALACE Suria KLCC
Stir Fried Mix Vegetables

Gerai Tomyam

Berbuka Di CHAKRI PALACE Suria KLCC
Gerai Tomyam

Kalau mai restoran Thai, tak de tomyam memang bukan makanan Thai la ekk. Harusss la ada kat sini. Isi dia pun siap asing dari kuah. Jadi takde la kembang dalam periuk kan. Korang boleh pilih nak bubuh isi-isi ni mengikut citarasa masing-masing. Tomyam ni boleh dimakan dengan meehoon, kuey teow atau mee kuning ataupun nak hirup gitu aje panas-panas.

Berbuka Di CHAKRI PALACE Suria KLCC
Isi-isi untuk tomyam

Gerai Ikan Bakar

Berbuka Di CHAKRI PALACE Suria KLCC
Gerai ikan bakar

Kat gerai ikan bakar ni ada ikan keli dan juga satay bersama nasi impit... wahhhhh, aku ni pantang tengok satay. favourite tuuuu.... hehe

Berbuka Di CHAKRI PALACE Suria KLCC
Ikan bakar, satay dan nasi impit

Aneka Kuih Muih dan Pemanis Mulut

Berbuka Di CHAKRI PALACE Suria KLCC
Aneka kuih muih tradisional

Berbuka Di CHAKRI PALACE Suria KLCC
Popia goreng dan samosa

Berbuka Di CHAKRI PALACE Suria KLCC
Bubur dan pulut mangga

Kat sini korang boleh makan pelbagai jenis kuih muih tradisional, bubur, pulut mangga dan buah-buahan. Haaaa... sebut pasal pulut mangga, kalau korang mai sini, korang kena rasa tau. Dengaq kata memang sedap. Sedih tau tak dapat rasa hari tu. Mana taknya, laku macam pisang goreng panas. Asal pelayan tambah je habis, tambah je habis. Ni pun pinjam pinggan orang sebelah untuk ambik gambar... huhu 

Berbuka Di CHAKRI PALACE Suria KLCC
Pulut mangga

Berbuka Di CHAKRI PALACE Suria KLCC
Pemanis mulut

Berbuka Di CHAKRI PALACE Suria KLCC
Bahan-bahan untuk Mieng Kham

Lagi satu makanan kat sini yang korang kena cuba iaitu Mieng Kham. Tengok macam daun sireh je kan tapi tu sebenarnya daun kadok. Letak bahan-bahan yang ada dalam mangkuk kat tepi tu dan sira dengan sos kat tengah tu. Pastu lipat dan ngapp dalam mulut... nyum nyum nyum... kunyah sampai habis. hehe... mesti korang nak tau rasa ape kan. kalau nak tau, kena datang sini dan rasa sendiri. 

Berbuka Di CHAKRI PALACE Suria KLCC
Mieng kham

Berbuka Di CHAKRI PALACE Suria KLCC
Pelbagai jenis kerabu

Pelbagai jenis kerabu pun ada kat sini. Ada kerabu mangga Thai, kerabu ayam cincang, somtam @ kerabu betik muda. Kerabu memang femes sebagai makanan Thai.

Berbuka Di CHAKRI PALACE Suria KLCC
Berbuka Di CHAKRI PALACE Suria KLCC

Dah tengok kan ape ada kat sini.. hehe... So, kalau korang bercadang nak Berbuka Di CHAKRI PALACE Suria KLCC ni, korang boleh tempah di berbuka.chakri.com.my. Harga boleh rujuk kat situ ye. Bagi yang tak tau tempat, restoran ni dalam KLCC. Ada juga beberapa cawangan lain. Sila rujuk bawah ni. Selamat berpuasa semua.

Alamat :

IMPERIAL CHAKRI PALACE SURIA KLCC
Lot 417B, Level 4, Suria KLCC
50088 Kuala Lumpur
Tel : 03-2382 7788
Fax : 03-23820269

Outlet lain:

CHAKRI PALACE PAVILION
Level 4 Connrction, Pavilion KL
55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-21431141
Fax :03-21441141
E-mail : cp.pavilion@chakri.com.my

CHAKRI EXPRESS
Lot G85, Ground Floor, Alamanda Shopping Centre
Jalan Alamanda, Precint 1, 62000 Putrajaya
Tel : 03-8890 1616
Fax : 03-8890 1717



Post a Comment

3 Comments

  1. Nampak menu makanan semuanya menyelerakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sape yang suka makanan ala thai, boleh datang sini dan kena makan pulut mangga ngan mieng kham tu.. hihi

      Delete
  2. Menyelerakan..
    Selamat menyambut bulan ramadhan jom banyakkan amal ibadah yee. :)
    Jemput singgah di blog yer..

    ReplyDelete