Kalau mai restoran Thai, tak de tomyam memang bukan makanan Thai la ekk. Harusss la ada kat sini. Isi dia pun siap asing dari kuah. Jadi takde la kembang dalam periuk kan. Korang boleh pilih nak bubuh isi-isi ni mengikut citarasa masing-masing. Tomyam ni boleh dimakan dengan meehoon, kuey teow atau mee kuning ataupun nak hirup gitu aje panas-panas.
 |
Isi-isi untuk tomyam |
Gerai Ikan Bakar
 |
Gerai ikan bakar |
Kat gerai ikan bakar ni ada ikan keli dan juga satay bersama nasi impit... wahhhhh, aku ni pantang tengok satay. favourite tuuuu.... hehe
 |
Ikan bakar, satay dan nasi impit |
Aneka Kuih Muih dan Pemanis Mulut
 |
Aneka kuih muih tradisional |
 |
Popia goreng dan samosa |
 |
Bubur dan pulut mangga |
Kat sini korang boleh makan pelbagai jenis kuih muih tradisional, bubur, pulut mangga dan buah-buahan. Haaaa... sebut pasal pulut mangga, kalau korang mai sini, korang kena rasa tau. Dengaq kata memang sedap. Sedih tau tak dapat rasa hari tu. Mana taknya, laku macam pisang goreng panas. Asal pelayan tambah je habis, tambah je habis. Ni pun pinjam pinggan orang sebelah untuk ambik gambar... huhu
 |
Pulut mangga |
 |
Pemanis mulut |
 |
Bahan-bahan untuk Mieng Kham |
Lagi satu makanan kat sini yang korang kena cuba iaitu Mieng Kham. Tengok macam daun sireh je kan tapi tu sebenarnya daun kadok. Letak bahan-bahan yang ada dalam mangkuk kat tepi tu dan sira dengan sos kat tengah tu. Pastu lipat dan ngapp dalam mulut... nyum nyum nyum... kunyah sampai habis. hehe... mesti korang nak tau rasa ape kan. kalau nak tau, kena datang sini dan rasa sendiri.
 |
Mieng kham |
 |
Pelbagai jenis kerabu |
Pelbagai jenis kerabu pun ada kat sini. Ada kerabu mangga Thai, kerabu ayam cincang, somtam @ kerabu betik muda. Kerabu memang femes sebagai makanan Thai.
 |
Berbuka Di CHAKRI PALACE Suria KLCC |
Dah tengok kan ape ada kat sini.. hehe... So, kalau korang bercadang nak
Berbuka Di CHAKRI PALACE Suria KLCC ni, korang boleh tempah di
berbuka.chakri.com.my. Harga boleh rujuk kat situ ye. Bagi yang tak tau tempat, restoran ni dalam KLCC. Ada juga beberapa cawangan lain. Sila rujuk bawah ni. Selamat berpuasa semua.
Alamat :
IMPERIAL CHAKRI PALACE SURIA KLCC
Lot 417B, Level 4, Suria KLCC
50088 Kuala Lumpur
Tel : 03-2382 7788
Fax : 03-23820269
Outlet lain:
CHAKRI PALACE PAVILION
Level 4 Connrction, Pavilion KL
55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-21431141
Fax :03-21441141
E-mail : cp.pavilion@chakri.com.my
CHAKRI EXPRESS
Lot G85, Ground Floor, Alamanda Shopping Centre
Jalan Alamanda, Precint 1, 62000 Putrajaya
Tel : 03-8890 1616
Fax : 03-8890 1717
3 تعليقات
Nampak menu makanan semuanya menyelerakan...
ردحذفkalau sape yang suka makanan ala thai, boleh datang sini dan kena makan pulut mangga ngan mieng kham tu.. hihi
حذفMenyelerakan..
ردحذفSelamat menyambut bulan ramadhan jom banyakkan amal ibadah yee. :)
Jemput singgah di blog yer..