Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2015 | Tahun ni aku berkesempatan untuk datang ke Bangi Golf Resort untuk merasai keenakan Buffet Ramadhan 2015. Maklum la, kan tak lama lagi dah nak puasa kan. Kalau korang nak tau, pihak Bangi Golf Resort Restaurant (BGR) menawarkan pelbagai jenis sajian istimewa sehingga 200 pilihan tau.
Bangi Golf Resort |
Buffet Ramadhan ini bermula dari 21 Jun 2015 hingga 15 Julai 2015. Harga?? Jangan risau sebab kat sini harganya cuma RM55 untuk dewasa dan RM27 untuk kanak-kanak. MURAH kan. Berbaloi-baloi. Pasal isu halal pun korang tak perlu risau sebab BGR telah menerima perakuan Sijil Halal dari JAKIM (Klik SINI dan cari BGR).
Kehadiran rakan-rakan blogger di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2015 .. meriah sangat |
Cooking Showcase
Tahun ni di stesen Cooking Showcase, BGR akan menghidangkan kambing bakar.. nyum nyum my favourite tau. Meleleh air liur tengok seekor kambing digolek atas bara api dan dihidangkan sos istimewa, sup kambing mamak dan roti. Memang boleh merecik peluh hirup sup panas-panas. Okey, kalau ada yang tak makan kambing, ada juga satey daging dan ayam, kuey teow goreng dan mee goreng mamak yang digoreng panas kat situ juga.
Kambing Bakar |
Sup Kambing Mamak |
Roti, bawang goreng dan daun sup untuk sup kambing mamak |
Western Appetizer
Untuk stesen Western Appetizer plak ada disajikan hidangan sentuhan gastronomi istimewa iaitu Krim Ayam Salai dengan Bawang Focaccia Panggang dan Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma. Ada juga menu barat yang lain seperti Beef Lasagna, Grilled Boneless Chicken With Creamy Mushroom Sauce With Oven Roasted Potato, Cheesy Vegetable Baked, Assorted Rolls With Portioned Butter dan lain-lain. (perghhh.. berbelit lidah nak menyebut. Nak taip pun kena check 2x takut typo.. hehe)
Sous Vide Eggs With Mushroom Espuma |
Sous Vide Eggs With Mushroom Espuma ni telur separuh masak sebenarnya |
Assorted Rolls With Portioned Butter |
Grilled Boneless Chicken With Creamy Mushroom Sauce With Oven Roasted Potato |
Beef Lasagna |
Cheesy Vegetable Baked |
Menu Utama Tempatan Dan Masakan Timur
Untuk menu makanan utama, satu sudut disediakan khas untuk sajian tempatan dan masakan timur. Ada nasi lemak, lontong, mee rebus, kerabu, lemang dan lauk pauk yang sedap dan enak. Nak tau ape antara lauknya, korang scroll je ke bawah ekk... hehe
Fish Fillet With Lemongrass Sauce |
Butter Prawns |
Teriyaki Chicken |
Black Pepper Beef |
Lemang |
Rendang Daging Tiak Minyak |
Lontong |
Nasi impit untuk lontong |
Sambal Sotong Kembang |
Ayam Masak Ros |
Bahan untuk mee rebus |
Mee Rebus |
Kerabu ayam |
Kerabu sayur |
Kerabu daging |
Ulam-ulaman dan sambal belacan |
Buah-buahan |
Ukiran buah tembikai.. cantik |
Live Station
Untuk sudut live station plak, memang banyak sangat terhidang juadah manis. Bayangkan pelbagai jenis kuih-muih, puding, agar-agar, kek yang berwarna warni disusun rapi atas pinggan. Rambang mata nak pilih mana satu. Nasib baik dipotong kecil-kecil. So, korang boleh rasa serba sikit untuk semua jenis manisan. Takde la membazirkan.. hehe
Juadah manis untuk pencuci mulut |
Pastri |
Tarikan Lain Sempena Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2015
Tahun ni BGR memperkenalkan konsep ruang dapur terbuka. Korang boleh tengok sendiri aksi-aksi panas chef BGR menyediakan hidangan (bukan aksi terlampau yang tooottttt ekk.. haha). Masa ni la korang boleh tengok skill chef menyediakan makanan. Ewahhh...
Selain tu, kita juga akan dihiburkan dengan alunan muzik melayu tradisional. Sambil makan sambil dengar lagu ni mampu buat selera naik tau... mana tak nyer, dok ralit suap tengok-tengok abis sepinggan (aku ler tu..hehe).
Persembahan alunan muzik melayu tradisional |
Kemudahan Di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2015
Dari segi kemudahan pulak, jangan risau sebab kat sini sangat selesa untuk pengunjung. Ruang makan juga luas. Kemudahan surau pun ada tersedia untuk lelaki dan perempuan. Dari segi tempat letak kereta juga pihak BGR menyediakan sebanyak 800 tempat letak kereta percuma. Jimat kan. Dah la harga buffet murah, parking pun percuma. So, apalagi bulan ramadhan ni boleh la ajak keluarga, kawan-kawan atau satu pejabat ke sini.
Ruang dewan yang luas |
Eh, sebelum terjah sila buat reservation dulu ekk. Karang ada yang bersila atas lantai. Korang boleh rujuk maklumat kat bawah kalau nak datang sini.
TEMPAHAN : Pn. Luliy Shalwani di talian 0162678284 / 0169645544 atau email bgrrestaurant@gmail.com.
LOKASI :Bangi Golf Resort Restaurant Sdn. BhdNo.1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor.Telephone :03-8925 3728; 03-8210 0265Fax :03-8925 3727; 03-8925 3726E-mail:bgb.bangigolf@gmail.comKooerdinat GPS :2.95716N, 101.76518E
2 Comments
owhhhh yang ini tak sempat update lagi...ngeh ngeh ngeh....
ReplyDeletesama la, rini baru sempat hapdate
Delete