D'Kayangan Steamboat & BBQ | Majlis Iftar Ramadhan 2015 Bersama Anak Yatim

D'Kayangan Steamboat & BBQ | Majlis Iftar Ramadhan 2015 Bersama Anak Yatim | Bila masuk bulan Ramadhan ni rezeki tak putus-putus datang. Kali ni aku mendapat jemputan dari Blogger MekOnie untuk Majlis Iftar Ramadhan 2015 Bersama Anak Yatim Rumah Amal Al-Firdaus dan Rumah Amal Kasih Bestari di D'Kayangan Steamboat & BBQ Seksyen 13 Shah Alam.

D'Kayangan Steamboat & BBQ | Majlis Iftar Ramadhan 2015 Bersama Anak Yatim

Majlis Iftar Ramadhan 2015 Bersama Anak Yatim


Masa adik-adik ni tiba, semua orang teruja sebab mereka sangat comelllll.... dengan baju melayu dan jubah sedondon, alahai rasa nak cubit-cubit je. Tapi apakan daya, mereka ini insan istimewa yang tabah. Kecik-kecik dah kehilangan ibu bapa. So, tak boleh nak buli-buli tau... 

D'Kayangan Steamboat & BBQ | Majlis Iftar Ramadhan 2015 Bersama Anak Yatim

D'Kayangan Steamboat & BBQ | Majlis Iftar Ramadhan 2015 Bersama Anak Yatim

D'Kayangan Steamboat & BBQ | Majlis Iftar Ramadhan 2015 Bersama Anak Yatim

Comel tak? Comel tak? Comel kan. Behave je mereka menunggu waktu berbuka. Tak dapat bayangkan kalau aku berada di tempat mereka. Ni yang rasa nak balik kampung dan berbuka ngan family ni... huwaaaa... tacing kejap...

D'Kayangan Steamboat & BBQ | Majlis Iftar Ramadhan 2015 Bersama Anak Yatim

Tak lengkap majlis iftar kalau takde pemberian duit raya kan. Excited sungguh anak-anak ni dapat duit raya. Macam-macam aksi dan gelagat masing-masing. Ada yang melompat keringan, ada yang terus bukak dan ada yang tengok sampul kawan-kawan. Sama je la isinya dik oi, cuma sampul je lain-lain... hehehe

D'Kayangan Steamboat & BBQ | Majlis Iftar Ramadhan 2015 Bersama Anak Yatim

D'Kayangan Steamboat & BBQ | Majlis Iftar Ramadhan 2015 Bersama Anak Yatim

Anak-anak yang berbaju sedondon biru dan ungu ni dari Rumah Amal Al-Firdaus manakala yang berbaju merah dari Rumah Amal Kasih Bestari.

D'Kayangan Steamboat & BBQ | Majlis Iftar Ramadhan 2015 Bersama Anak Yatim

D'Kayangan Steamboat & BBQ | Majlis Iftar Ramadhan 2015 Bersama Anak Yatim

Wakil dari Rumah Amal Al-Firdaus dan Rumah Amal Kasih Bestari juga turut mendapat cenderahati dari pihak D'Kayangan Steamboat & BBQ sebagai tanda penghargaan.

D'Kayangan Steamboat & BBQ | Majlis Iftar Ramadhan 2015 Bersama Anak Yatim

D'Kayangan Steamboat & BBQ | Majlis Iftar Ramadhan 2015 Bersama Anak Yatim

Lepas menjamu selera, kami dihidangkan beberapa buah lagu dari dua orang penyanyi iaitu Zara Ali dan Encik Mimpi. Kedua-dua penyanyi ni berbakat tau. Sedap suara diorang. Tak kenal?? eh, takkan tak kenal Encik Mimpi kot. Zara Ali pula penyanyi baru yang sering menyanyi cover lagu kumpulan Sakura Band. Korang boleh usha video diorang kat Youtube.

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan @ Seksyen 13, Shah Alam

Ini bukan kali pertama aku berbuka puasa di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan @ Seksyen 13, Shah Alam. Kalau tak silap, 2 tahun lepas pun ada datang sini. Cuma time tu dengan kawan-kawan ofis. 

D'Kayangan Steamboat & BBQ | Majlis Iftar Ramadhan 2015 Bersama Anak Yatim

D'Kayangan Steamboat & BBQ | Majlis Iftar Ramadhan 2015 Bersama Anak Yatim

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan ada dua bahagian. Satu bahagian tertutup dan satu bahagian luar. Di bahagan luar selesa sikit untuk operasi bakar membakar kan. Ada pelbagai bahan mentah yang disediakan untuk steamboat atau grill. Ada seafood, ayam, daging, bebola, dan juga mee. Sup untuk steamboat pulak korang boleh pilih sama ada tomyam atau sup ayam.

D'Kayangan Steamboat & BBQ | Majlis Iftar Ramadhan 2015 Bersama Anak Yatim

Selain tu, ada juga menu buffet. boleh la makan sambil-sambil tunggu steamboat dan grill kita masak. Haaa... kat sini ada nasi kebuli kambing tau. First time rasa nasi kebuli ni. Rasanya lebih kurang macam nasi beriani. Tapi yang best sebab makan ngan kambing bakar... adussss... febret iolss tu..

D'Kayangan Steamboat & BBQ | Majlis Iftar Ramadhan 2015 Bersama Anak Yatim

D'Kayangan Steamboat & BBQ | Majlis Iftar Ramadhan 2015 Bersama Anak Yatim


Kat sini ada juga dihidangkan pelbagai buah-buahan dan hidangan sampingan serta pemanis mulut. Ada juga sudut air minuman pelbagai warna. korang boleh tambah sesuka hati ye.

D'Kayangan Steamboat & BBQ | Majlis Iftar Ramadhan 2015 Bersama Anak Yatim

D'Kayangan Steamboat & BBQ | Majlis Iftar Ramadhan 2015 Bersama Anak Yatim

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Iftar Ramadhan 2015 Bersama Anak Yatim dari Rumah Amal Al-Firdaus dan Rumah Amal Kasih Bestari di D'Kayangan Steamboat & BBQ Seksyen 13 Shah Alam. Terima kasih yang tak terhingga kepada En Ariff serta pihak pengurusan D'Kayangan yang sudi menjemput kami (blogger) ke majlis ini. Ada rezeki kita jumpa lagi.

D'Kayangan Steamboat & BBQ | Majlis Iftar Ramadhan 2015 Bersama Anak Yatim

D'Kayangan Steamboat & BBQ | Majlis Iftar Ramadhan 2015 Bersama Anak Yatim

Oh ye, kalau korang bercadang nak berbuka puasa di D'Kayangan Steamboat & BBQ, boleh rujuk info kat bawah ni. Jangan lupa buat reservation dulu. Takut takde tempat nanti.

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Sri Acappella, 1, 
Jalan Lompat Tinggi 13/33, 
Seksyen 13, 
40100 Shah Alam, 
Selangor, Malaysia
Tel: +60 12-297 1091

Harga : RM48.00 (dewasa) |  RM24.00 (kanak-kanak 4-11 tahun)
*harga tidak termasuk GST 6%

Tarikh : 18 Jun 2015 hingga 16 Julai 2015
Waktu Operasi : 6.00pm hingga 12.00am





Post a Comment

1 Comments