Tower 2 Annex First World Hotel Genting Highlands

Tower 2 Annex First World Hotel Genting Highlands | Seumur hidup pernah la tiga atau empat kali pergi ke Genting Highlands tapi tak pernah stay sana. Selalu pergi pagi balik malam. Baru-baru ni dapat peluang untuk review bilik baru di Tower 2 Annex First World Hotel bersama beberapa orang blogger lain, aku terus setuju. Merasa la pengalaman tidur dalam bilik yang sejuk kan..hihi

Tower 2 Annex First World Hotel
Tower 2 Annex First World Hotel

Tower 2 Annex Di First World Hotel Genting Highlands


Tower 2 Annex Di First World Hotel Genting Highlands telah dibuka dan beberapa bilik telah ditambah untuk menampung kedatangan pengunjung yang semakin ramai. Tambahan pula Taman Tema yang baru dijangka akan mula beroperasi pada tahun 2016. Memang bertambah-tambah happening la Genting Highlands nanti.

Tower 2 Annex First World Hotel
Lobi First World Hotel

Masa mula-mula melangkah ke lobi First World Hotel, terpegun tengok betapa ramainya pengunjung yang baru sampai. Padahal bukan time cuti sekolah malahan bulan puasa pulak tu. Cuba bayangkan jika time cuti sekolah. Mau sesak lobi tu. Tapi jangan risau, pihak pengurusan First World Hotel dah sediakan satu sistem Self Chek In Kiosk. Jadi mudah la kita nak Check In dan Check Out.

Tower 2 Annex First World Hotel
Self Check In Kiosk

Self Check In Kiosk


Sistem Self Check In Kiosk ini sangat mudah digunakan. Hanya 2 minit je dah siap. Sistem e-kiosk ini tampil dengan dua bahasa iaitu English dan Chinese. Jumlah mesin Check In ini ada 29 biji semuanya, 23 biji di lobi Tower 1 dan 6 biji di lobi Tower 2 Annex. Manakala mesin Check out pula ada 15 biji di Tower 1 dan Tower 2, 4 biji di Tower 2 Annex. Mesin ni hanya untuk sesiapa yang dah buat pre-paid advance booking dengan cara memasukkan membership cards, Mykad ataupun passport.

Tower 2 Annex First World Hotel
Kami diajar cara menggunakan mesin E-kiosk

Tower 2 Annex First World Hotel
Mesin Check In Tower 1

Tower 2 Annex First World Hotel
Mesin Check Out Tower 2

Tower 2 Annex First World Hotel
Mesin Check In Tower 2 Annex

Tower 2 Annex First World Hotel
Mesin Check Out Tower 2 Annex

Lobi Tower 2 Annex


Melangkah je ke lobi Tower 2 Annex First World Hotel bagai melangkah ke era baru. Menampilkan seni rekabentuk moden dan kontemporari, memang simple tapi menarik. Dekat lobi ni ada kaunter penyambut tetamu, cafe, dan sebanyak 48 buah kerusi untuk pengunjung duduk dan berbual ataupun untuk bersosial. Di lobi ini juga pengunjung boleh melayari internet menggunakan perkhidmatan wifi yang disediakan.

Tower 2 Annex First World Hotel
Lobi Tower 2 Annex

Tower 2 Annex First World Hotel
Kaunter Penyambut Tetamu Tower 2 Annex

Tower 2 Annex First World Hotel
Cafe Terminal 2 X, Tower 2 Annex

Bilik Di Tower 2 Annex


Tower 2 Annex First World Hotel
Ni ler bilik iolss... XYZ Deluxe Room

Dekat Tower 2 Annex ni ada 1286 jumlah bilik baru yang terdiri dari 2 jenis iaitu XYZ Deluxe Room dan XYZ Deluxe Triple Room. Personally suka sangat colour dalam bilik ni iaitu Lime Green. Ruang bilik juga simple tapi functional. Memang selesa untuk kita menginap.

1. XYZ Deluxe Room

Tower 2 Annex First World Hotel
XYZ Deluxe Room

Tower 2 Annex First World Hotel
XYZ Deluxe Room

2. XYZ Deluxe Triple Room

Tower 2 Annex First World Hotel
XYZ Deluxe Triple Room

Tower 2 Annex First World Hotel
XYZ Deluxe Triple Room

Oh ye, bilik kat sini mempunyai toilet yg terpisah dari tempat mandi tau. Jadi boleh la kita menggunakan kedua-dua bahagian ni serentak.

Tower 2 Annex First World Hotel
Tandas

Selain tu, kat dalam bilik ni ada juga disediakan 32" flat screen tv, telefon, mini fridge, kettle, hair dryer, international socket dan USB power point. Ada juga peti besi untuk kegunaan sesiapa yang bawa barang berharga atau pun duit yang banyak. 

Tower 2 Annex First World Hotel
Kemudahan dalam bilik hotel

Bilik Di Tower 1 dan Tower 2


Kami juga dibawa melihat bilik-bilik lain di Tower 1 dan Tower 2. Ada Standard Room, Deluxe Room, Deluxe Triple Room, Superior Deluxe Room dan World Club.

1. Standard Room

Tower 2 Annex First World Hotel
Standard Room

2. Deluxe Room

Tower 2 Annex First World Hotel
Deluxe Room

3. Deluxe Triple Room

Tower 2 Annex First World Hotel
Deluxe Triple Room

4. Superior Deluxe Room

Tower 2 Annex First World Hotel
Superior Deluxe Room

Tower 2 Annex First World Hotel
Superior Deluxe Room

5. World Club

Tower 2 Annex First World Hotel
World Club

Tower 2 Annex First World Hotel
World Club

Tower 2 Annex First World Hotel
World Club

Tower 2 Annex First World Hotel
World Club

Tower 2 Annex First World Hotel
World Club

Tower 2 Annex First World Hotel
World Club

Sekali sekala melepaskan penat bekerja dengan pergi bercuti ke Genting Highlands memang menyeronokkan. Terima kasih kepada pihak Resort World Genting kerana sudi menjemput kami ke sini. Pengalaman pertama tidur di Genting Highlands tau. hehe... Bagi sesiapa yang nak datang ke sini dan menginap di First World Hotel atau hotel-hotel yang lain boleh rujuk






Post a Comment

13 Comments

  1. perghh...seriously mcm bst kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kalau 20th Century Fox Theme Park dah siap mesti penuh hotel ni

      Delete
  2. Mak aih terbaiknye facilities die

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengunjung ramai, so kena la upgrade facilities jugak

      Delete
  3. Perghhhhh smart giler hotelnya.. Tengok dobi hotel ni pun dah tahu bilik dia macam mana.. Nanti pergi genting nak stay hotel ni

    ReplyDelete
  4. salam hi hmmm jump kat teater smlm tu x smpat plak nk bkenalan sgt sy sebok ngn abg remy!! hahahahha sorry btw this is a total differ look of the previous 1st world, mmg nmpka perubahan moden nya lbh kemas n urban! that kiosk is brilliant sbb cuti mmg selalu pack gilerrrrrrr lobby nye ! thnks for sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... sama la... bukan senang nak jumpa abg remy kan... takpe, next event leh jumpa

      Delete
  5. Nk tanya sikit.. klu nk check in tak kesah ker nk check in di tower 1 atau tower 2

    ReplyDelete
    Replies
    1. booking utk tower mana? sbb setiap tower ada mesin self check in ni

      Delete
  6. standart room blh x tdo 4 org?

    ReplyDelete