AFY Haniff Penyelesaian Masalah Serangga Di Rumah

AFY Haniff Penyelesaian Masalah Serangga Di Rumah | Sejak peristiwa malam tu aku memang tak lena dah tido malam. Mana taknya terbayang-bayang lagi jari jemarinya yang merayap kat kaki aku.. weiiii....seram oooo... kalau korang nak tau peristiwa apa, boleh baca kat SINI. Ha, lepas godek-godek kat google pasal masalah yang sama, aku jumpa website ni Serai Wangi Afy Haniff. Rupanya kat sini ada banyak produk yang boleh dipilih untuk menghalau serangga atau makhluk perosak macam hencik lipas tu... Apalagi, aku pun cuba la pakai produk ni. 

Produk Serai Wangi Afy Haniff


AFY Haniff Penyelesaian Masalah Serangga Di Rumah



Kalau korang nak tau, produk Afy Haniff ni dihasilkan dari Serai Wangi (Citronella Grass) atau dalam nama saintifikya, Cymbopogon Nardus yang merupakan tumbuhan renek dan merumpun yang hidup secara berkumpulan. Oooo... patut la wangi jek. Tak macam bau produk pembunuh serangga yang lain. Sesak nafas dibuatnya. Lagipun produk serai wangi ni tak bahaya, jadi tak perlu la risau dan ragu-ragu bila nak guna. Jangan pi telan udah la ekk.. hehe..

Senarai Produk Afy Haniff Di Pasaran


Pelbagai jenis produk Afy Haniff yang ada di pasaran. Korang pilih je yang mana satu yang sesuai dengan masalah yang korang hadapi. Tapi kalau korang nak beli semua pun boleh je... kannn... Ok, kat sini aku nak kongsi antara produk yang dikeluarkan oleh Afy Haniff. Semua produk ni aku dah guna. Tambah lagi masa raya haritu. Siap bawak balik kampung tau. Banyak kegunaan produk ni.

Pekatan Herba Serai Afy Haniff


AFY Haniff Penyelesaian Masalah Serangga Di Rumah

AFY Haniff Penyelesaian Masalah Serangga Di Rumah

Gambar kat atas ni produk pekatan herba Serai Wangi. Produk ni ada dua saiz iaitu botol 900ml dan botol 500ml. Masa raya tu hari mak guna untuk bersihkan dapur. Maklum la, raya kan banyak lauk pauk yang dimasak. Jadinya, kena la cuci bagi bersih sebelum hencik semut, hencik lipas dan hencik tikus datang bertandang. Nak guna pun senang, tuangkan sedikit pekatan herba serai wangi ke dalam baldi berisi air dan lepas tu boleh la guna mop dan kain untuk lap lantai dan dapur. 

Serai Wangi Afy Haniff Sprayer 


AFY Haniff Penyelesaian Masalah Serangga Di Rumah

Kalau guna Serai Wangi Afy Haniff Sprayer pulak lebih senang sebab kita tak perlu nak bancuh dah pekatan herba Serai Wangi dengan air. Hanya spray je kat permukaan yang kita nak dan lap dengan kain. Senang kan. Tapi kalau untuk permukaan lantai kena la pakai pekatan herba Serai Wangi jugak. Takkan nak spray, ye dakk...

Serai Wangi Afy Haniff Pelita


AFY Haniff Penyelesaian Masalah Serangga Di Rumah

AFY Haniff Penyelesaian Masalah Serangga Di Rumah

AFY Haniff Penyelesaian Masalah Serangga Di Rumah

Gambar atas ni pulak produk Serai Wangi Afy Haniff Pelita. Yang ni la aku guna kat rumah untuk menyelesaikan perhitungan aku dengan hencik lipas. Sejak guna produk ni, bayang lipas pun tak nampak. Alhamdulillah, tak ade la fobia nak tido dah. Masa kat kampung pun kami guna bila hidang makanan. Jadi takde la lalat datang hinggap kat makanan. Cara nak guna produk ni, masukkan cecair Serai Wangi Afy Haniff Pelita dalam bekas berisi air, masukkan pelampung dan sumbu, biarkan sekejap baru cucuh api. Selain menghindarkan serangga, produk ni juga menghasilkan bau yang wangi. 

Serai Wangi Afy Haniff Anti Lipas


AFY Haniff Penyelesaian Masalah Serangga Di Rumah

Selain dari guna Serai Wangi Afy Haniff Pelita, aku juga guna produk Serai Wangi Afy Haniff Anti Lipas untuk menghalau hencik lipas. Aku letak di laluan atau port-port kegemaran hencik lipas ni bertandang. Seketul kat bawah sinki, seketul lagi kat dalam kabinet. Ha, jangan harap la ko nak menyorok ekk kat dalam tu. hahahaha

Serai Wangi Afy Haniff Anti Tikus


AFY Haniff Penyelesaian Masalah Serangga Di Rumah

Alhamdulillah setakat ni takde lagi hadapi masalah hencik tikus ni kat rumah. Tapi kat kampung memang masalah besar. Kalau malam jangan la tinggalkan sisa makanan kat dapur, confirm esok pagi bersepah. Jadi, masa raya tu balik bagi produk ni kat mak dan mak letak kat laluan hencik tikus tu masuk. Esoknya takde dah bersepah sisa makanan, maknanya hencik tikus tak masuk la tu. Mak kata nasib baik ada produk Afy Haniff... hehe

Serai Wangi Afy Haniff Hanging Insect Repellant


AFY Haniff Penyelesaian Masalah Serangga Di Rumah

Produk yang ni comel kan. Serai Wangi Afy Haniff Hanging Insect Repellant ni boleh jadi pewangi sekaligus menghalau serangga jugak. Cara nak guna buka aje penutup botol, tanggalkan penyumbat dalam botol, tutup semula penutup botol dan terbalikkan seketika. Ha, lepas tu dah boleh gantung dah kat mana-mana yang kita suka. Aku gantung kat dalam kereta sebab dalam kereta tu segala jenis makhluk pun ada. Lepas seminggu, tak ada dah makhluk-makhluk tu. Dah pindah agaknya.. hehe

Lokasi Jualan Produk Afy Haniff


AFY Haniff Penyelesaian Masalah Serangga Di Rumah

Oh ya, asyik dok cerita je pasal produk ni, mesti korang tertanya-tanya mana nak beli kan. Ha, kat bawah ni ada senarai utama outlet yang menjual produk Afy Haniff ni. sebenarnya ada banyak lagi tapi tak larat la nak senaraikan semua. Total dekat 980 outlet seluruh Malaysia termasuk Sabah.

Ni antara tempat-tempat yang ada jual produk serai wangi Afy Haniff :

1) Giant
2) Mydin 
3) Tesco
4) Jaya Grocer
5) Econsave
6) Family Store
7) Kipmart
8) Songmart
9) Mercato
10) Sam's Groceria 

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Afy Haniff ni korang boleh rujuk

Website : http://seraiwangi.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/pages/AFY-HANIFF-BENA-BEKAL/
Instagram : https://instagram.com/afyhaniff_official/



Post a Comment

3 Comments

  1. serai wangi memang bagus..Yanie pernah guna Serai Wangi Afy Haniff Sprayer . memang best

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la, rupanya mak kat kpg dah lama pakai sbb nampak botol kosong kat dapur...hehe

      Delete
  2. kat kedai selalu pakai halau lalat

    ReplyDelete