Susu Kambing BARAKA Sedap Dan Berkhasiat | Korang pernah minum susu kambing? Kalau tak pernah, korang kena cuba Susu Kambing BARAKA sebab ia sangat sedap dan berkhasiat. Nak tau sebabnya? korang kena baca entri ni sampai habis...
Produk Susu Kambing Baraka
Produk susu kambing BARAKA adalah hasil keluaran dari Mozac Medicare Sdn Bhd (MMC). Untuk pengetahuan korang, MMC ni adalah gabungan dan perkongsian dari beberapa orang bekas pelajar (Alumni) Sekolah Menengah Sains Muzafffar Syah Melaka (MOZAC). Mereka lah yang membuat kajian dan mengevolusikan susu kambing tanpa bau hamis dan tak ada langsung rasa kambing macam susu kambing yang lain. Malah mereka menjadikan susu ni bertambah sedap dan juga terdapat dalam pelbagai perisa. Susu kambing BARAKA ni ada 4 perisa. Susu kambing BARAKA Asli, susu kambing BARAKA Coklat, susu kambing BARAKA Strawberi dan susu kambing BARAKA Kologen. Jadi tak ada la kita fobia nak minum susu kambing BARAKA ni.
Khasiat Susu Kambing Baraka
Kalau korang nak tau susu kambing ni mempunyai molekul struktur yang hampir sama dengan susu ibu. Ini menjadikan susu kambing sangat berkhasiat. Lagipun Susu Kambing BARAKA didatangkan khas dari Netherlands, dimana Netherlands adalah salah sebuah negara pengeluar termaju dalam penghasilan susu kambing. Susu Kambing BARAKA diperkaya dengan Prebiotik Inulin. Ini dapat menolong penghadaman dan penyerapan khasiat susu kambing secara lebih efektif dan berkesan. Disamping itu Susu Kambing BARAKA mempunyai komposisi kalsium 4 kali lebih tinggi daripada susu lain yang berada dipasaran.
Susu kambing Baraka segera dengan Kolagen pula baik untuk wanita bagi mengekalkan keremajaan dan kecantikan semula jadi. Ia boleh :
- Menghilangkan kedutan dan anti-penuaan kulit
- Memutihkan dan menghilangkan tompokan warna pada kulit
- Memberi keanjalan dan kelembutan pada kulit
- Melembapkan serta memelihara sel-sel kulit
Berikut antara fakta nutrisi dan ramuan Susu kambing BARAKA bagi setiap perisa untuk rujukan dan panduan.
Susu kambing BARAKA Asli
Fakta Nutrisi :
Saiz sajian : 31 gm
Purata komposisi Setiap 100g Setiap sajian 31 gm
Tenaga 441 kcal 110.25 kcal
Protein 4.5 g 1.13 g
Lemak 14.3 g 2.86 g
Karbohidrat 73.4 g 18.35 g
Kelembapan 4.00 g –
Kalsium 893.07 mg 276.9 mg
Ramuan :
Krimer bukan tenusu, Maltodekstrin, Susu kambing skim, Kalsium, Inulin (serat sumber tumbuhan).
Susu kambing BARAKA Coklat
Fakta Nutrisi :
Saiz sajian : 25 gm
Purata komposisi Setiap 100g Setiap sajian 31 gm
Tenaga 443 kcal 110.8kcal
Protein 9.2 g 2.3 g
Lemak 13.6 g 3.4 g
Karbohidrat 70.9 g 17.7 g
Fiber 2.2g 0.6g
Kalsium 768 mg 192 mg
Ramuan :
Susu Kambing Skim, Maltodekstrin ,Krimer bukan tenusu, Kalsium, Serbuk Koko, Malt, Inulin (serat sumber tumbuhan) dan DHA.
Susu kambing BARAKA Strawberi
Fakta Nutrisi :
Saiz sajian : 25 gm
Purata komposisi Setiap 100g Setiap sajian 31 gm
Tenaga 458 kcal 114.5kcal
Protein 3.8 g 0.95 g
Lemak 19.6 g 4.75 g
Karbohidrat 68.0 g 17 g
Fiber 2.2g 1.85g
Kalsium 768 mg 192 mg
Ramuan :
Susu Kambing Skim, Maltodekstrin ,Krimer bukan tenusu, Kalsium, Serbuk Strawberi, Inulin (serat sumber tumbuhan) dan DHA.
Susu kambing BARAKA Kologen
Fakta Nutrisi :
Saiz sajian : 25 gm
Purata komposisi Setiap 100g Setiap sajian 31 gm
Tenaga 471 kcal 117.8kcal
Protein 4.8 g 1.2 g
Lemak 18.7 g 4.7 g
Karbohidrat 70.8 g 17.7 g
Fiber 7.5 g 1.9g
Kalsium 768 mg 192 mg
Ramuan :
Susu kambing skim, Maltodekstrin, Krimer bukan tenusu, Kalsium, Serbuk Strawberi, Inulin (serat sumber tumbuhan) dan Kolagen.
Cara Minum Susu Kambing Baraka
Masa Majlis Sepetang Bersama Blogger Bersama Susu Kambing BARAKA baru-baru ni, kami dapat merasai sendiri keenakan Susu kambing BARAKA ni. Masa minum tu memang tak terasa langsung macam susu kambing biasa. Bau hamis pun tak ada. Tambah sedap pulak bila rasa yang strawberi dan coklat.
Kami juga diajar cara untuk bancuh susu kambing BARAKA ni. Masukkan 3 skup Susu Kambing BARAKA ke dalam cawan. Tambahkan 180 ml air suam dengan segera. Kacau sehingga sebati. Nak lagi sedap, simpan dalam peti sejuk sebelum minum. Uuurmmm... sedap.
Produk Lain BARAKA
Kalau korang tak boleh minum susu kambing, korang boleh makan ice cream dan ice blended susu kambing BARAKA. Yang ni aku yakin korang mesti boleh makan, Walaupun dalam bentuk ice cream atau ice blended, tapi khasiat dia masih sama. Cuma buat masa ni kiosk ice cream BARAKA hanya ada di Melaka International Bowling Centre MITC Air Keroh Melaka. Tapi jangan risau, beberapa outlet akan mula beroperasi di cawangan Giant di seluruh negara tak lama lagi.
Selain tu, BARAKA juga mengeluarkan BARAKA Beauty Drink produk minuman strawberi kolagen sebagai alternative kepada orang yang mementingkan kesihatan dan kecantikan tetapi mempunyai masa yang terhad untuk bersenam. Minuman BARAKA Beauty Drink ini diformulasi dari marine kolagen disamping serat anggur, amat sesuai bagi yang ingin menurunkan berat badan.
Pasaran Susu Kambing Baraka
Korang jangan ragu-ragu untuk mendapatkan produk susu kambing BARAKA kerana semua produk ini mendapat Pensijilan Halal daripada JAKIM Malaysia dan mempunyai sijil MeSTI daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Kini produk Susu Kambing BARAKA (650 gram) boleh dapati di seluruh rangkaian Pasaraya GIANT, Cold Storage dan juga Merchato di Semenanjung Malaysia. Sementara bagi produk pek pengenalan (375 gram) ianya di jual secara talian (online) di facebook dan instagram.
Untuk menghubungi atau pertanyaan lanjut tentang Produk Susu Kambing BARAKA sila rujuk butiran di bawah:
Whatapps di talian 018-3267978
Telepon : 03-51037657
4 Comments
tengok mcam sedap...hurmmm..boleh cuba nie.😀😀
ReplyDeletesy suka strawberi... sedap
Deletewahhh...mcm sdp jer...
ReplyDeletehaah... yang strawberi sedap
Delete