Buffet Lunch Di Coffee Terrace Genting Highlands | Sekali lagi aku berpeluang pergi ke Genting Highlands untuk menyaksikan persembahan Comedian Magician by ‘Misfit Magician’ Ed Alonzo. Selain tu ada juga lawatan ke salah satu tempat tarikan pelancong di Genting Highlands iaitu Chin Swee Temple dengan geng-geng blogger yang lain
Bila sampai di Genting Highlands, dah tengah hari, jadi kami pun isi perut dulu sebelum meneruskan aktiviti bersama PR RWGenting. Kali ni makan tengah hari kami berkonsepkan Buffet Lunch di Coffee Terrace Genting Highlands. Geng blogger yang lain mungkin ada yang dah pernah makan kat sini tapi aku first time. So, jakun sket la bila masuk sini.. hehee
Ruang di dalam Coffee Terrace Genting Highlands ni besar dan luas. Meja-meja kat dalam ni pun banyak. Ada meja untuk 4 orang hingga meja bulat untuk 10 orang pun ada. Jadi, sangat selesa kalau nak makan dengan family ataupun rakan-rakan. Suasana dan dekorasi dalam ruang Coffee Terrace ni pun just nice, tenang dan bersih.
Untuk Buffet Lunch Di Coffee Terrace Genting Highlands ni, ada 4 bahagian makanan iaitu Flavors of Malaysia, Western, Chinese food dan bahagian Appetizers & Desserts. Hidangan secara buffet, so boleh la amik seberapa yang mampu asalkan jangan membazir ye.. hihi
Disebabkan ramai orang, ni je yang mampu aku amik gambar. Bukan apa, kesian pulak orang beratur nak amik makanan, aku pulak dok sebuk tayang kamera. Takpe la.. ni pun dah cukup untuk kakak tayang kat blog. Selebihnya, kalau korang mai Genting Highlands, boleh la mai makan kat sini...
Banyak kan makanan.. kalau amik sikit-sikit, lama-lama penuh jugak satu meja. Tak caya?? ha ni contoh meja sebelah. Penuh oooo meja diorang. Macam-macam ada... Haishhh... Lapar pulak rasa bila tengok meja depa ni.
Haaa....gambar kat bawah ni pulak, makanan yang aku amik. Biasa la.. time kat situ amik makanan ala-ala orang diet. Bila balik, menyesal pulak tak amik banyak. adessss....
Sempena cuti sekolah hujung tahun ni mesti ramai yang datang ke Genting Highlands kan. So, kalau korang mencari-cari tempat makan best kat Genting Highlands, boleh la korang mai singgah makan kat sini. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk kat bawah ni :
Lokasi :
Lobby Floor, Genting Grand
Waktu Operasi :
Buffet Breakfast
7.00am hingga 10.30am
Buffet Lunch
12.00pm hinggaa 2.30pm
Buffet Dinner
5.00pm hingga 9.30pm
Harga :
Sebarang promosi atau harga terkini boleh rujuk di : www.rwgenting.com
4 Comments
hehe stalking kat sni plak ahhahah gmbo cantik! ok dah de meatball ikea dh xyah g ikea dh la hahahha
ReplyDeleteDekat ke ngan Ikea Cheras??
Deletewahhh tengok gambar makanan nya cam teruja jew... makannnnnn nyum nyum
ReplyDeletemmg byk makanan tp tu la, amik sikit je time tu... huhu
Delete