Cantik Dan Sihat Dengan Produk Mika Series | Sebut aje pasal produk kecantikan dan kesihatan, ada banyak jenama di pasaran sekarang kan. Mana taknya, semua orang nak cantik dan sihat kan. Disebabkan permintaan yang tinggi, tu sebab ramai yang menceburi bidang perniagaan ni. Haishhh... pening nak pilih mana satu kan. Yang tu orang kata elok, yang ni pun elok. Tapi yang penting kena sesuai dengan diri kita dan juga tepuk dada tanya poket.. hehe
|
Produk Mika Series |
Produk Mika Series
Ni nak habaq mai, sorang lagi artis tanahair iaitu Zoey Rahman juga memilih untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan ni. Memiliki wajah yang awet muda, mesti korang tak sangka dengan umur Zoey ni. Aku sendiri pun ingat umur dia dalam awal dua puluhan je tapi rupanya tak jauh beza ngan umur aku. Jadi disebabkan ramai yang nak tau rahsia Zoey, dia pun berkongsi tentang produk yang digunakannya sekaligus menjadikannya sebagai satu perniagaan. oooo... patut la awet muda.
Produk yang dimaksudkan adalah produk Mika Series. Produk ni sesuai untuk lelaki dan wanita. So, mudah la kan, boleh share husband & wife. hehe. Setakat ni ada beberapa jenis barangan di bawah produk Mika Series seperti Mika Bright, Mika Lipz, Mika Black Mask CoolMax, Mika Whitening, Real Hair Eye Brow Serum.
|
Zoey Rahman dan Produk Mika Series |
|
Zoey Rahman memberi penerangan mengenai Produk Mika Series |
Mika Lipz dari Mika Series
Produk pertama yang aku nak cerita ialah Mika Lipz, salah satu produk Mika Series untuk melembabkan bibir. Produk ini sesuai untuk lelaki dan perempuan ye. Ha, jangan pulak ada lelaki yang malu nak guna. Ni bukan lipstick bang, ni pelembab bibir la. Kegunaan Mika Lipz ni adalah untuk membaiki tekstur bibir, merawat bibir kering dan merekah, mencerahkan bibir secara semulajadi. Jadi, untuk abang-abang yang ada masalah bibir gelap, boleh la nak cerahkan bibir. Produk ni juga sesuai untuk korang yang ada masalah bibir sensitif.
Mika Lipz diperbuat dari bahan semulajadi seperti Argan oil, Sweet Almond oil, Avocado oil, Mint Oil, Mini HA, Bees Wax, dan Natural Tech Vaseline. Cara guna Mika Lipz, hanya tenyeh je kat bibir secara sekata. Mudah kan... hehe
|
Mika Lipz |
Mika Black Mask CoolMax Dari Mika Series
Produk yang kedua pula amat sesuai untuk korang-korang yang ada masalah white heads dan black heads. Nama produk ni Mika Black Mask CoolMax dari Mika Series. Mika Black Mask CoolMax ni merupakan gel mask yang berwarna hitam dan mampu untuk membuka liang pori untuk membuang sel-sel kulit mati. Ia juga mempunyai ciri-ciri penghidratan yang membuat kulit jadi sihat dan berseri.
Cara guna Mika Black Mask CoolMax ni senang je, korang cuci dulu muka bagi bersih. Kemudian sapu gel ni kat muka dan ratakan. Hati-hati jangan sampai terkena kening, anak rambut, mata dan mulut ye. Lepas tu biarkan ia kering selama 20-25 minit. Bila dah kering, tarik perlahan-lahan dari bawah ke atas. Ha, masa tu korang boleh nampak segala white heads dan black heads akan ikut terkeluar dan melekat di mask tu. Jangan lupa lap muka lepas tu dengan cleansing wipe.
|
Mika Black Mask CoolMax |
Mika Bright Dari Mika Series
Sape nak kekal langsing, sihat, cergas, cerah dan bergaya?? Angkat tiaq!!!... haha.. Aku rasa mesti semua nak kan. Jadi produk ketiga ni memang sesuai untuk korang semua. Mika Bright dari Mika Series ni mengandungi 100% bahan semulajadi yang berkualiti tinggi dan tergolong dalam makanan sunnah seperti kurma, madu, habbatus sauda, delima, anggur hitam, acai berry, guarana, green tea serta pati sarang burung.
Perghhh, memang terbaekkk la bahan-bahan dia. Patutla banyak khasiat Mika Bright ni. Boleh membina sistem ketahanan badan, mengimbangkan berat badan, mengekalkan keremajaan dan banyak lagi. Patut la Zoey pun awet muda. Nak jadi cam dia gak la. hehehe....
Cara makan Mika Bright ni senang je. Tak perlu sukat dan tak perlu bancuh. Hanya koyak dan minum. Senang kan. 1 sachet untuk pagi sebelum sarapan dan 1 sachet malam sebelum tidur. Lepas tu boleh la tido dengan tenang.
|
Mika Bright |
Testimoni Mika Series
Setakat ni aku dah cuba 3 barangan dari produk
Mika Series ni. Memang best especially
Mika lipz. Kesannya boleh nampak sekali pakai je. Bibir jadi lembap dan nampak segar. Tak payah dah pakai lipstik sebab dia akan mencerahkan bibir mengikut warna darah.
Mika Black Mask CoolMax pulak baru sekali pakai je tapi memang tanggal la
white head kat hidung tu. Kalau pakai secara berterusan mesti muka jadi bersih dan bebas
white head...hehe. Untuk
Mika Bright pulak, selepas pengambilan selama seminggu, badan rasa ringan je. Kalau biasa nak naik tangga 5 tingkat rasa mengah tapi sekarang laju je naik. Tup tup sampai atas dah. Almaklum la, rumah takde lift. huhu...
|
Bibir berseri walaupun tak pakai lipstik, hanya guna Mika Lipz sahaja |
|
Nampak tak kesan degil yang terpacak-pacak akibat penangan Mika Black Mask CoolMax tu? |
|
Rutin harian minum mika bright setiap pagi dan malam |
Testimoni ni dari apa yang aku alami sendiri bila pakai produk ni. Lain orang mungkin berbeza kesannya. Tapi tak salah kan kalau nak cuba. Mana tau produk Mika Series ni sesuai dengan kulit korang. So, kalau korang nak cuba guna produk ni, boleh riki-riki kat bawah :
|
testimoni produk Mika Series |
9 Comments
bagus jgk nih..Satu set ade semua..hehe..nak awet muda jgk..haha
ReplyDeletehaa.... sesuai untuk lelaki dan wanita tau
DeleteDik bee omeyyy
ReplyDeleteyaya lagi omeyyy ^_^
Deletethankz share ...
ReplyDeletesama2 awk
Deleteuuuuu makin shantik
ReplyDeleteMask tu pakai macam mana? nampak mcm ada letak kapas ke kain?
ReplyDeletemask tu just sapu je kat muka secara rata. pastu biar kering lebih kurang 20-25 minit. dah kering, cabut mask tu dari bawah ke atas. then bersihkan muka dengan cleasing wipe. Agaknya yang awk kata kapas tu cleansing wipe tu la.
Delete