Pengalaman Di Hotel Bangi-Putrajaya

Pengalaman Di Hotel Bangi-Putrajaya | Uikkk... Macam tak percaya je aku berpeluang bercuti dan tidur di sebuah hotel yang bertaraf 5 bintang ni. Kalau dulu hotel ni dikenali sebagai Hotel Equatorial Bangi tapi kini ia telah bertukar nama kepada Hotel Bangi-Putrajaya.

Pengalaman Di Hotel Bangi-Putrajaya
Hotel Bangi-Putrajaya

Sebelum aku kongsikan pengalaman menginap di Hotel Bangi-Putrajaya ni, terlebih dahulu aku nak ucap terima kasih kat Projek Travel sebab bagi aku peluang untuk tidur kat sini. Kira bercuti sambil kerja la ni. hahaha.. Jadi aku, Mekonie dan Ahmad Fauzi Aryaan pun mengesot mengharungi onak jem di petang Jumaat untuk sampai ke sini. Tapi bila sampai ke sini, wow... cantiknya hotel ni. Hilang semua penat jem bagai. Tak sabar nak tengok apa yang ada kat hotel ni... *dramatik tak?? hehe* 

Pengalaman Di Hotel Bangi-Putrajaya
Hotel Bangi-Putrajaya yang dulu dikenali sebagai Hotel Equatorial Bangi

Pengalaman Di Hotel Bangi-Putrajaya
Lobi Hotel Bangi-Putrajaya yang cantik

Bilik Di Hotel Bangi-Putrajaya


Kami check in kat sini lebih kurang pukul 8.00malam. Lepas check in, terus ke bilik untuk bersiap sebab lepas ni kami akan makan malam di Restoran Kazumi. Aku dan mekonie dapat duduk sebilik di Bilik Premier Family di Level 1. Manakala Ahmad Fauzi Aryaan pulak dapat Bilik Premier di Level 7.

Pengalaman Di Hotel Bangi-Putrajaya
Ni la Mekonie @ my roomate

Haaaa... ni la bilik kami. Besar tau.. boleh golek-golek limanamploh kali... Dah nama pun Premier Family, kena la besar kan. Bilik ni boleh muat 4 orang sebab ada 2 katil queen. Selain tu ada juga disediakan sofa 1 seater, meja study atau meja kerja dan ruang bersolek dengan 2 cermin yang besar. Jadi takde la nak berebut kan. *masalah biasa orang perempuan kalau nak bersiap.. hehe*

Pengalaman Di Hotel Bangi-Putrajaya
Katil kami, sorang satu

Pengalaman Di Hotel Bangi-Putrajaya
ruang yang ringkas dan selesa

Pengalaman Di Hotel Bangi-Putrajaya
kemudahan meja untuk kita membuat kerja dan untuk bersolek

Selain tu, macam biasa la pihak hotel mesti ada sediakan perkakasan untuk bancuh air. Jadi takde la kehausan kan. Kat bawah kabinet tu pun ada mini fridge. Boleh simpan stok air sejuk.

Pengalaman Di Hotel Bangi-Putrajaya
Perkakasan untuk membancuh air

Ha, kat bawah ni ruang untuk sangkut baju dan juga laci untuk simpan barang-barang kita. Almaklum la, kalau datang satu family mesti banyak yang dihangkutkan. Tak muat??? jangan risau, kat bawah TV pun ada lagi ruang untuk letak beg.

Korang nampak apa yang aku nampak?? Iyeee... iron. Ha, dalam bilik ni ada iron. Jarang aku jumpa bilik hotel yang ada iron. Tapi kat sini ada. Orang pompuan ni memang tak boleh berpisah dengan iron. Ada yang siap beli traveller iron untuk mudah dibawa ke mana-mana. So, kalau korang pilih bilik ni, tak payah bawak iron sendiri dah. Kalau bilik lain, tak pasti la pulak. Tapi korang boleh je tanya receptionist masa booking tu.

Pengalaman Di Hotel Bangi-Putrajaya
Almari simple dan praktikal

Bilik air kat sini pun besar tau. Sangat selesa nak mandi or membuang hajat.. hehe... Tapi takde bathtub la. Kalau bilik Premier yang Ahmad Fauzi Aryaan duduk ada bathtub. Tungler orang tu, fefeling duyung dalam kolam... hahaha

Pengalaman Di Hotel Bangi-Putrajaya
Bilik mandi

Pengalaman Di Hotel Bangi-Putrajaya
Bilik air

Dah tengok bilik kami, mesti korang nak tengok bilik-bilik lain kan. Okey, kat bawah ni aku senaraikan jenis bilik yang ada di Hotel Bangi-Putrajaya ni untuk rujukan korang. Mana la tau kan sok lusa nak mai sini.. hehe

1. Deluxe Room


Pengalaman Di Hotel Bangi-Putrajaya
Deluxe room

Keluasan bilik : 36 sq.m
Pilihan katil : 1 King size bed atau 2 single beds (Twins) atau 2 adjoining single beds (Hollywood Twins)
Harga bermula dari : RM185 nett (tertakluk terma dan syarat)

2. Premier Room


Pengalaman Di Hotel Bangi-Putrajaya
Premier room

Keluasan bilik : 42 sq.m
Pilihan katil : 1 King size bed atau 2 single beds (Twins) atau 2 adjoining single beds (Hollywood Twins)
Harga bermula dari : RM220 nett 

3. Premier Family


Pengalaman Di Hotel Bangi-Putrajaya
Premier Family room

Keluasan bilik : 38 sq.m
Pilihan katil : 2 Queen size beds
Harga bermula dari : RM280 nett 

4. Palm Suite


Pengalaman Di Hotel Bangi-Putrajaya
Palm Suite (kredit : hotelbangi-putrajaya.com)

Pengalaman Di Hotel Bangi-Putrajaya
Palm Suite (kredit : hotelbangi-putrajaya.com)

Keluasan bilik : 72 sq.m
Pilihan katil : 1 King size bed
Kelainan : Ruang tamu dan bilik yang berasingan
Harga bermula dari : RM350 nett 

5. Pool Suite


Pengalaman Di Hotel Bangi-Putrajaya
Pool Suite (kredit : hotelbangi-putrajaya.com)

Pengalaman Di Hotel Bangi-Putrajaya
Pool Suite (kredit : hotelbangi-putrajaya.com)

Keluasan bilik : 72 sq.m
Pilihan katil : 1 King size bed
Kelainan : Ruang tamu dan bilik yang berasingan
Harga bermula dari : RM440 nett 


Kemudahan Di Hotel Bangi-Putrajaya


Next day lepas sarapan pagi, perut pun dah kenyang, apa kata kita jalan-jalan dan pusing satu hotel untuk tengok apa yang ada kat sini. Ye la, malam tadi check in dah lewat. Kelam kabut nak dinner pulak tu. Jadi, tak sempat nak tengok kawasan sekeliling. Ha, skang meh akak belanjer apa yang akak nampak dan jumpa kat sini. Jangan kata kakak tak payung ekk... hehe

1. Function Room


Pengalaman Di Hotel Bangi-Putrajaya
Function room

Kat sini ada beberapa buah function room yang boleh digunakan untuk sebarang mesyuarat, seminar, bengkel atau majlis tertutup. Dalam bilik ni pun ada disediakan facilities seperti wifi, screen, projector, microfon dan AV system. So, mudah la nak buat meeting atau conference kan.

2. The Gym


The Gym merupakan tempat untuk pengunjung keep fit dan rilex sepanjang percutian dan menginap di Hotel Bangi-Putrajaya ni. The Gym hanya untuk pengunjung dewasa sahaja. 

Waktu operasi The Gym : 7.00am hingga 10.00pm

Antara kemudahan yang ada dalam The Gym adalah seperti :

  1. Gymnasium
  2. Sauna & Jacuzzi
  3. Steam-bath
  4. Massage & Body Treatment
  5. Outdoor Tennis Court
  6. Indoor Squash Court

Pengalaman Di Hotel Bangi-Putrajaya
kemudahan gymnasium

The Gym di Hotel Bangi-Putrajaya ada menyediakan kemudahan gymnasium untuk pengunjung kat sini tau. Ha, untuk abang-abang dan kakak-kakak sado, jangan risau. bercuti pun still boleh workout lagi. Banyak juga peralatan kat dalam ni. Jangan tanya jenis peralatan ni sebab aku pun tak tau nama-nama dia.. hahaha...

Pengalaman Di Hotel Bangi-Putrajaya
Indoor squash court

Kalau korang pandai main squash, boleh main kat indoor squash court ni. Mana tau boleh tercungkil bakat yang terpendam dan gantikan Dato' Nicol Anne David.. hehe

Pengalaman Di Hotel Bangi-Putrajaya
Massage & body treatment

Kalau badan penat, sakit-sakit atau nak membetulkan urat-urat yang tersimpul, meh datang ke bilik massage & body treatment ni. Tapi malangnya masa kami mai ni tak dak plak orang nak massage kan... hehe

Pengalaman Di Hotel Bangi-Putrajaya
Sauna room

Ni pulak bilik sauna. Bukak je pintu terus terasa bahang dari arang tu. Ada juga bilik steam-bath. Ni kalau duduk kat dalam tu mau gugur peluh jantan.. hahahaha.

Pengalaman Di Hotel Bangi-Putrajaya
bilik persalinan

Pengalaman Di Hotel Bangi-Putrajaya
kemudahan locker berkunci

Bilik persalinan dan bilik mandi yang dilengkapi dengan kemudahan locker berkunci. So, korang tak payah risau nak tinggal beg. Insha Allah selamat.

3. Swimming Pool


Pengalaman Di Hotel Bangi-Putrajaya
Swimming pool

Haaa... yang ni mesti ramai yang suka. swimming pool. Kalau pi hotel, budak-budak mesti cari yang ni dulu. Silap-silap belum letak beg dah tarik mak abah pi sini. kannnn... Jangan risau, kolan renang kat sini ada khas untuk kanak-kanak. Jadi jangan risau ye. Gambar bawah ni view kolam renang Hotel Bangi-Putrajaya dari tingkat 7. Amacam, cantik tak kolam renang kat sini?

Pengalaman Di Hotel Bangi-Putrajaya
View kolam renang dari tingkat atas

4. Grand Ballroom


Pengalaman Di Hotel Bangi-Putrajaya
grand ballroom

Pengalaman Di Hotel Bangi-Putrajaya
Dewan yang sesuai untuk majlis kahwin atau majlis tertentu

Oh ya, kalau ada antara korang yang nak kawin dan mencari-cari tempat atau dewan. Boleh la cuba di Hotel Bangi-Putrajaya ni. Lokasi pun strategik dan tak jauh dari Pusat Bandar. Kat sini korang boleh pilih nak buat kat dewan ataupun kat taman. Kebetulan masa kami pi ritu ada orang dah book ballroom untuk majlis perkahwinan mereka sebelah malam. Jadi kami pun menjengah la sekejap tengok persediaan mereka. Cantik jugak hiasan yang mereka buat.

5. Salon dan Kiosk


Pengalaman Di Hotel Bangi-Putrajaya
Salon

Kat dalam hotel ni ada salon dan juga kiosk. So, kalau ada function dan tak sempat nak pi keluar bandar, boleh je buat kat sini. Nak cuci rambut pun boleh. Bestnya la kan. bercuti sambil merawat dan me'reward' diri sendiri... hehe

Pengalaman Di Hotel Bangi-Putrajaya
Kiosk

Kalau kelaparan nak makan benda-benda ringan boleh je beli kat kiosk sini. Kira macam kedai runcit la. Aku agak ada jugak jadi tumpuan budak-budak lepas mandi ni sebab nampak tong aiskrim... wakakakaka

Pengalaman Di Hotel Bangi-Putrajaya
Perkhidmatan Shuttle Bus

Pihak Hotel Bangi-Putrajaya juga ada menyediakan perkhidmatan shuttle bus tau. Kemudahan ni termasuk perkhidmatan ulang alik percuma setiap hari ke Kuala Lumpur, IOI baru City Mall , Putrajaya dan kawasan Bangi. Perghhh... seronok tu. Tak payah nak susah-susah bawak kereta. Ha, ni jadual bas yang diorang sediakan.

Pengalaman Di Hotel Bangi-PutrajayaPengalaman Di Hotel Bangi-Putrajaya


Pengalaman Di Hotel Bangi-Putrajaya
Kaunter di lobi

Haishhhh... panjang dah aku rasa entri ni. Ni belum lagi nak cerita bab makan kat sini. Aku rasa kalau cerita semua mau meletoppp laptop korang baca. Tak pa, bab makan aku cerita next entry noooo... 

Sebelum babai, aku nak cakap thank you very much sekali lagi kat Projek Travel sebab bagi aku peluang dok kat Hotel Bangi-Putrajaya yang bertaraf 5 Bintang. Memang pengalaman yang ohsem dapat tidur kat sini. Lagi satu, terima kasih juga kat pengurusan dan staff Hotel Bangi-Putrajaya yang sanggup melayan kerenah kami kat sini. Korang memang da best....

Jadi sapa-sapa nak bercuti tapi tak mau pi jauh-jauh, boleh ja datang sini. Jangan lupa buat reservation dulu ekk.

Alamat :
Hotel Bangi-Putrajaya
Off Persiaran Bandar,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor
Tel : 03-82102222
Fax : 03-82102888
Email: info@hotelbangi-putrajaya.com

WEBSITE  FACEBOOK   INSTAGRAM  TWITTER








Post a Comment

2 Comments

  1. Uww... Sangat best!! One of customer tempat keje eina.. Supply barang gym kat sini.. LIFE FITNESS.. Hehe..

    ReplyDelete