Cara Semak Dan Bayar Kompaun DBKL | Dapat panggilan dari kampung, katanya surat cinta dari DBKL dah sampai. Adusssss... sejak bila aku bercinta ngan DBKL ni?? Dah la gitu, kena amik kat pejabat pos plak tu. Jadi mak aku kena pi amik ngan cousin aku. Tak pasal-pasal dah kecoh satu family. DIKBEE dapat SURAT SAMAN / KOMPAUN DBKL... hahaha...
Bila pikir-pikir balik, bila pulak aku kena saman. Rupanya tahun 2013 punya. Ni mesti kes lupa nak bayar tu sebab DBKL hantar surat cinta manja-manja suh bayar. Sorry la DBKL, ambe banyak makan semut ni. Tu sebab lupa nak bayar.. hehe
Sebenarnya, boleh je nak semak saman / kompaun DBKL ni secara online. Nak bayar terus pun boleh. Tak payah nak pergi DBKL, tempuh jem, cari parking, amik nombor, nak menunggu lagi. Dah... tak payah susah-susah, guna je cara mudah, senang dan cepat iaitu pembayaran secara online di MYEG.COM.MY Sesuai untuk orang macam aku ni yang susah nak keluar time office hour. Nak tau macam mana?? Memandangkan aku baru guna khidmat ni, meh aku share kat sini.
Cara Semak Kompaun DBKL Menggunakan MYEG
1. Mula-mula pi kat website ni : www.myeg.com.my . Pastikan register dulu baru boleh Login. Tak susah pun nak register, isi je maklumat yang diperluka kat SINI.
2. Dah register, sila Login dan paparan kat atas ni akan keluar. Pilih Logo Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
3. Pilih 'Semak/Bayar Kesalahan/Kompaun'
5. Masukkan no kad pengenalan dan no pendaftaran kenderaan
6. Tadaaaa... keluar lah senarai saman
(kalau ada la.... kalau takde, tahniah ekk sebab tiada mempunyai kesalahan dengan DBKL)
Cara Bayar Kompaun DBKL Menggunakan MYEG
Alang-alang dah keluar senarai tu, apa kata bayar je terus. Tapi syarat dia kena ada online banking la. Kalau takdak, kena menapak pi kaunter la jugak untuk bayar secara manual. Cara nak bayar kompaun DBKL secara online :
1. Pilih senarai saman yang nak dibayar dan klik 'Submit/Hantar'
2. Jumlah pembayaran akan dipaparkan dan klik 'Pay/bayar'
3. Pilih samaada nak guna 'Credit Card' atau 'Online Banking'.
4. Aku pilih Online Banking sebab guna Maybank2U.
5. Tadaaa.... Settle bayar saman DBKL.
Haaaa... senang kan bayar saman DBKL secara online di MYEG ni. sebenarnya banyak lagi kegunaan MYEG ni. Korang boleh explore sendiri. Ok la, hope apa yang aku share ni dapat bantu korang yang susah nak pi kaunter DBKL untuk bayar saman. Adiosss
10 Comments
tq
ReplyDeletesama2
DeleteTq akak
ReplyDeletesama2
DeleteTerima kasih atas info yg membantu
ReplyDeletesama2
DeleteTq byk byk
ReplyDeleteTq byk byk.
ReplyDeleteSaman bayar di myeg tak der diskaun tau, kalau nak diskaun biasa dlm 50-70% kena mohon rayuan di dbkl
ReplyDeleteowh.. tq for info.. Baru-baru ni pun DBKL ada beri diskaun untuk mereka yg bayar saman
Delete