Ed Alonzo's Psycho Circus of Magic & Mayhem Di Genting Highlands | Yeayyyy... cuti sekolah tiba lagi. Mesti budak-budak seronok kan. Aku pun tumpang seronok sebab jalan tak jem.. hahaha... Tapi para-para mak ayah pening la kan sebab anak-anak mesti ajak pergi berjalan-jalan atau bercuti sempena cuti sekolah ni. So, apa kata korang bawa anak-anak ke Genting Highlands sempena cuti sekolah ni sebab ada banyak aktiviti menarik kat sana.
Ed Alonzo's Psycho Circus of Magic & Mayhem |
Ed Alonzo's Psycho Circus of Magic & Mayhem
Sempena cuti sekolah ni juga, pihak Genting International Showroom membawakan persembahan Ed Alonzo's Psycho Circus of Magic & Mayhem. Ini merupakan persembahan Magic Show oleh salah seorang Comedian Magician dari America dan pernah berkolaborasi dengan Britney Spears.
Dengan gelaran The Misfit Magician, Ed Alonzo akan mengadakan persembahan selama 80 minit bermula 7 November 2015 hingga 13 March 2016. Bukan senang nak buat persembahan selama 80 minit tu. Tapi persembahan Ed Alonzo tak akan memboringkan penonton dengan menjemput juga beberapa penari dan persembahan aksi dari dua selebriti jemputan iaitu Toru dari Jepun dan James Loughron dari Australia.
Persembahan crystall ball di pintu masuk |
Persembahan Ed Alonzo Di Genting Highlands
Sape Ed Alonzo?? Ed Alonzo yang lahir pada 26 July 1968 ni merupakan Mexican American Comedian, pelakon dan Profesional Magician. Dia pernah berlakon dalam Saved by the Bell (20 episodes between 1989–1990), Head of the Class, Totally Hidden Video, Full House, Murphy Brown, Xuxa dan How I Met Your Mother. Patut la muka cam familiar je.. kannnn...
Ed Alonzo |
Persembahan Ed Alonzo |
Kalau dah namanya Magic show, tak sah kalau tak ada aksi-aksi yang bertukar-tukar tu kan. Ha, Ed Alonzo ni memang pandai bab tu. Tak tau macam mana dia buat tapi angsa bertukar jadi manusia, lelaki bertukar jadi wanita. Kesemuanya berlaku dengan pantas. Sampai tak sempat kita nampak trick yang digunakan. Tu la kelebihan Magician kan...
Magic show oleh Ed Alonzo |
Persembahan James Loughron Di Genting Highlands
Untuk persembahan jemputan, Ed Alonzo telah menjemput James Loughron dari Australia. Ha, dia ni pelik sikit. Dia boleh lipat-lipat badan dia weiiii.... Kalau kita buat gitu mau patah riuk. Agaknya tulang dia semua macam dawai kot, boleh bengkok-bengkok.
Selain tu, James Loughron ni pun boleh masukkan benda panjang ke dalam kerongkong dia. Part ni memang ngeri. Dia boleh masukkan pedang dan lampu neon ke dalam kerongkong dia. Lebih ngeri bila masukkan pedang tu siap boleh buat backflip lagi... walaweiiiii.... dasatttttt...
Aksi lipat badan |
Aksi telan lampu neon.. oh tidakkkk |
Backflip sambil telan pedang... oh maiiii |
Persembahan Toru Di Genting Highlands
Orang tua-tua kata jangan main api, nanti terbakar diri. Tapi bagi Toru api ni dah jadi macam kawan dia dah. selamba je dia main-main dengan api tu. *awas ye, jangan tiru aksi ni kat rumah pulak*.. Toru juga salah seorang selebriti jemputan Ed Alonzo yang turut bersama-sama membuat persembahan di Genting International Showroom.
Aksi api |
aksi api yang lebih besar |
Sila jangan tiru aksi ni |
Keseluruhannya, memang puas hati tengok persembahan Ed Alonzo's Psycho Circus of Magic & Mayhem ni sebab persembahan Magic Show ni kelakar. Ed Alonzo juga pandai berinteraksi dengan penonton. Tu yang best tu.
Geng blogger bersama Ed Alonzo dan rakan-rakan |
Ed Alonzo's Psycho Circus of Magic & Mayhem Di Genting Highlands |
Jadi, kalau korang nak bawa family dan anak-anak ke Genting Highlands cuti sekolah ni, boleh tengok persembahan Ed Alonzo's Psycho Circus of Magic & Mayhem di Genting International Showroom, Genting Highlands. Rujuk bawah untuk maklumat lanjut :
Harga tiket :
Dewasa : RM88 (PS2), RM128 (PS1), RM168 (VIP)
Kanak-Kanak : RM48 (PS2), RM68 (PS1), RM88 (VIP)
Pakej tiket & bilik :
RM150 - Standard room, First World Hotel
RM210 - XYZ Triple Room, First World Hotel
1 Comments
Bestnya kalau dapat pergi nie
ReplyDelete