MAKANAN JEPUN YANG SEDAP DI RESTORAN KAZUMI

MAKANAN JEPUN YANG SEDAP DI RESTORAN KAZUMI | Sebelum ni aku memang selalu makan makanan Jepun tapi kat Sushi King la. Tu pun takat ambik sushi yang dok berputar keliling tu. Setakat ni boleh lagi la diterima tekak sebab sushi tu dah dimasak. Tapi kadang-kadang teringin jugak nak mencabar diri dengan merasa makanan jepun yang macam kat Jepun tu especially sashimi. Nak pi sana tah bila la dapat pi. Jadi, bila ada peluang makan kat Restoran Kazumi ni ibarat dapat tiket flight percuma ke Jepun pulak. hahaha... sebab makanan Jepun dia memang sedap dan yang penting Halal, tu yang best tu.

Makanan Jepun Yang Sedap Di Restoran Kazumi
Makanan Jepun Yang Sedap Di Restoran Kazumi

Ha, ni la Restoran Kazumi yang terletak di Hotel Bangi-Putrajaya. First time aku datang ke restoran makanan jepun yang macam ni sebab tak ada sushi berputar. Ruang dalam restoran ni macam restoran lain jugak ada susunan meja, ruang yang luas cuma yang berbeza ada sudut dapur sushi, sudut dapur tempayaki dan hiasan dekorasi berasaskan buluh. Mungkin sama macam restoran kat Jepun kot. Maklum la tak pernah pi sana lagi. Ni kira amik mood je... hehe. Tapi satu je yang sama kat sini atau restoran makanan Jepun yang aku pernah pi, pelayan dia mesti friendly. Siap ucap selamat datang kat pelanggan yang masuk.

いらっしゃいませ!= Irasshaimase = selamat datang (baca ala-ala macam pelayan restoran tu)

Makanan Jepun Yang Sedap Di Restoran Kazumi
Ruang dalam Restoran Kazumi

Makanan Jepun Yang Sedap Di Restoran Kazumi
Kaunter sushi

Bila bukak je menu, terus blank nak makan apa. Mana taknya, semua nama menu dalam bahasa jepun. Lagipun menu tu takde gambar. Kalau kat Sushi King, menu ada gambar jadi boleh la nak tunjuk mana satu. Nasib baik ada Chef Cheah yang sudi membantu kami dan rekemen bbeberapa jenis makanan yang menjadi kegemaran pelanggan di sini. Meh aku share kat sini, mana tau kot-kot korang nak pi makan kat sana jugak.

Makanan Jepun Yang Sedap Di Restoran Kazumi
Chinmi Tsuki Dashi (Delicacies) - Edamame

Chinmi Tsuki Dashi (Delicacies) - Ni kira appetizer la. Edamame sejenis kacang yang dihidangkan sebelum makanan lain sampai. Rasa kacang ni sedap, ada rasa manis-manis sket. Tak pasti kacang ni sama jenis tak dengan kacang pis sebab selalu makan kacang pis takde bulu..

Makanan Jepun Yang Sedap Di Restoran Kazumi
Sashimi - Shake Sashimi, Abura Bozu Sashimi, Tako Sashimi

Sashimi - Ha, ni la menu yang aku nak cuba sangat iaitu Sashimi. Dalam set ni ada Shake Sashimi (salmon), Abura Bozu Sashimi (butter fish) dan Tako Sashimi (octopus). Masa mula-mula nak masuk mulut tu risau gak takut terkeluar balik sebab Chef cakap makanan ni mentah. Tapi bila dah masuk mulut, sah... dah boleh pi Jepun dah.... wakakakakaka.... Salmon tu sedap, tak jauh beza rasa ngan smoked salmon. Octopus pulak agak chewy tapi takde masalah nak telan. Cuma yang butter fish tu ada rasa pelik sikit, tak tau nak kata macam mana sebab tekstur butter fish tak macam ikan biasa tapi telan jugak... hehe

Makanan Jepun Yang Sedap Di Restoran Kazumi
Sushi - Soft Kani Maki

Sushi - Sila sebut betul-betul ye, Soft Kani Maki bukan 'Soft Kaki Maki' ye.. hehe. Ni sushi yang ada soft shell crab tu. Kat sushi king ada jugak soft shell crab ni tapi tak pernah try pun. Best makan ketam ni sebab isi dia lembut dan disaluti tepung dan digoreng rangup. Tambah pulak dibalut dengan nasi dan seaweed lagi la bertambah sedap.

Makanan Jepun Yang Sedap Di Restoran Kazumi
Tempura - Ebi Tempura

Tempura - Untuk Tempura, yang aku makan ni Ebi Tempura iaitu tempura udang dan sayuran. Kalau tengok sama je macam udang celup tepung tapi bezanya kat tepung salutan tu dan udangnya pun besar dan segar. Salutan tepung nipis tapi rangup giler. Sedap...

Makanan Jepun Yang Sedap Di Restoran Kazumi
Teppanyaki - Kaisen Moriawase Kurumaebi, Hotategai, Kaki, Shake, Ika

Makanan Jepun Yang Sedap Di Restoran Kazumi
Sayur Taugeh campur

Makanan Jepun Yang Sedap Di Restoran Kazumi
Garlic Rice

Teppanyaki - Lagi satu makanan Jepun yang aku suka iaitu Teppanyaki. Kalau kat Mr Teppanyaki aku selalu order Beef. Tapi kali ni aku makan set seafood. Dalam set ni ada Kaisen Moriawase Kurumaebi (udang), Hotategai (scallop), Kaki (oyster), Shake (salmon), Ika (sotong). Teppanyaki ni dihidangkan sekali dengan sayur taugeh campur dan nasi halia.

Makanan Jepun Yang Sedap Di Restoran Kazumi
Chawan Mushi

Chawan Mushi - Dulu aku pernah try Chawan Mushi ni tapi tak boleh nak telan sebab rasa dia agak muak sket. Tapi rupanya salah aku, sebab makan masa sejuk. Tips nak makan Chawan Mushi ni kena makan time panas-panas tu. Kalau dah sejuk memang akan muak sket rupanya. hoho...

Makanan Jepun Yang Sedap Di Restoran Kazumi
Tatami Iwashi

Tatami Iwashi - Selalu makan ikan bilis goreng, masak sambal, rebus tapi belum pernah makan keropok ikan bilis macam Tatami Iwashi ni. Rasanya agak tawar sikit tapi rangup. Pandai chef ni kurangkan rasa masin ikan bilis sebab setahu aku ikan bilis ni memang masin. Mungkin jenis ikan bilis ni lain kot dari yang biasa kita makan tu.

Makanan Jepun Yang Sedap Di Restoran Kazumi
Azuki Macha Ice-Cream, Wasabi Ice-Cream, Sesame Ice-Cream

Desserts Ice-cream - Untuk penghabisan ataupun pencuci mulut, aku try 3 jenis ice-cream iaitu Azuki Macha Ice-Cream, Wasabi Ice-Cream, Sesame Ice-Cream. Antara 3 ni paling adventure Wasabi Ice-cream la. Bila cair dalam mulut, terasa kepedasan wasabi tu. Walaupun tak tahan pedas (tobat pasni tak mau dah) tapi memang ice-cream yang unik dan korang kena rasa.

Makanan Jepun Yang Sedap Di Restoran Kazumi
Team Projek Travel

Fuhhhh... Alhamdulillah, kenyang makan semua ni. Terima kasih banyak-banyak pada Chef Cheah dan staff Restoran Kazumi yang masak semua makanan ni dan layan kami Team Projek Travel. Sedap chef masak, rasa macam makan kat Jepun...hehe. So, kalau korang teringin nak makan makanan jepun yang sedap macam ni, mai ke Restoran Kazumi di Bangi. Alamat rujuk bawah :

Alamat :

HOTEL BANGI-PUTRAJAYA
Off Persiaran Bandar,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor, Malaysia
Tel: +03-82102222 ext 1333

Waktu Operasi :

Isnin-Jumaat
Lunch :12.00 noon - 2.30pm
Dinner : 6.30pm - 10.00pm

Sabtu
Buffet Dinner : 6.30pm - 10.00pm

Untuk maklumat lanjut sila rujuk website :
www.hotelbangi-putrajaya.com



Post a Comment

2 Comments

  1. eh ade mek onie..hehe..tak pernah makan sushi or sashimi sebab tekak takleh nak terima T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... mekonie pun ada. first time gak makan sashimi. nasib boleh makan. tp sushi dah biasa dah

      Delete