MEET & GREET AZREL ISMAIL BERSAMA PEMINAT | Havoc, happening, meriah betul majlis Meet & Greet Azrel Ismail Bersama Peminat ni. Mana taknya, semua sporting tau. Bergegar Restoran Peter & Mawar ni akibat gelak ketawa masing-masing.
|
Meet & Greet Azrel Ismail Bersama Peminat |
Ok, ni first time aku pi majlis artis bertemu peminat macam ni. Aritu ada gak pi jumpa penyanyi Akim & Majistreet tapi masa tu just lepak santai je. Bukan majlis macam ni. Tapi bagi aku bagus ada majlis Meet & Greet macam ni sebab dapat dekatkan diri artis dengan peminat. Aku percaya ramai lagi artis lain yang buat jugak kan. haaa... baguih, baguihhhh... baru la peminat sayang, ye tak...
|
Geng blogger yang hadir |
|
Posing dulu sementara tunggu majlis bermula |
Lebih kurang pukul 3 petang, semua peminat, media dan geng blogger dah sampai. Macam biasa la, semua dok posing-posing dulu sementara menunggu majlis bermula kan. Ni antara geng blogger yang datang, ada
Farah Waheda,
Anilwanina,
Sally Samsaiman, Mamadarwiish dan Aqilah. Biasa la kalau pi event ni, ada blogger yang dah pernah jumpa dan ada yang first time jumpa. Tapi kan, semua boleh dok sekali macam dah lama kenal. Tu yang best bila berkawan dengan blogger ni, ibarat satu family tau.
Peter & Mawar Restaurant
Lokasi untuk Majlis Meet & Greet Azrel Ismail Bersama Peminat berlangsung di Restoran Peter & Mawar yang terletak di Nexis, Kota Damansara. Nak habaq kat korang, restoran ni cantik la... berkonsepkan ala-ala dalam garden gitu dengan menggunakan bunga mawar sebagai tema. Alkisahnya asal usul restoran ni bermula apabila seorang gadis merantau dan jatuh cinta pada seorang lelaki berbangsa Inggeris lalu berkahwin dan berkongsi kasih sayang mereka melalui masakan. perghhhh.... giler romantik kan. Patut la rasa berbunga-bunga bila masuk restoran ni. Tambah pulak untuk Majlis Meet & Greet ni seluruh restoran digantung dengan belon yang berwarni-warni. Cantik weiiiii...
|
Peter & Mawar Restaurant |
|
Lukisan dinding bertema bungan ros |
|
Ruang makan dalam restoran |
|
hiasan belon. comel kan |
Disebabkan Majlis Meet & Greet Azrel Ismail ni waktu petang, so kami dihidangkan dengan minum petang. Hi-Tea gituuuu... Kat bawah ni antara menu yang dihidangkan. Serius aku cakap, taste makanan kat sini sedap dan bertambah-tambah sedap bila Azrel Ismail, pelakon yang tengah meningkat naik dan memiliki wajah mirip Remy Ishak duk makan kat sebelah. Ahakkkssss...
|
sempat snap gambar masa makan... hehe |
|
Chicken wrap |
|
Peter bread |
|
Spaghetti |
|
kebab |
|
mushroom soup |
|
desserts yang sedap esp creme brulee |
Antara semua makanan kat atas ni, aku paling suka creme brulee tu weiiii.... sedap la. tak cukup satu la. meja kami cepat jek abis, siap mintak tambah lagi. Yang mushroom soup tu pun sedap. Pendek kata, semua sedap la. Patut la Azrel Ismail suka mai restoran ni. Next time nak cuba hidangan main course dia la. mesti best.
Aktiviti Meet & Greet Azrel Ismail
Selepas makan, perut dah kenyang baru la senang hati nak beraktiviti kan. Jadi program bermula lepas semua dah abis makan. Ha, meh akak belanja gambar artis kita hari ni. Kat bawah ni la Azrel Ismail, hensem tak? Mesti korang cakap muka dia macam Remy Ishak kan. Tapi memang ada rupa pun. Ramai yang cakap gitu. Kalau korang nak tau dia ni la pelakon cerita Syurga Nur tu. Ingat tak??
|
Azrel Ismail hero drama Syurga Nur |
Selain dari Azrel Ismail, ada juga penampilan khas dari Izzmad Harun, Hardy Rahim dan Lia Asmizza. Mereka ni antara pelapis-pelapis baru dunia hiburan. Semoga tahun 2016 akan menyerlahkan lagi bakat mereka... inshaAllah.
|
Hardy Rahim - penyanyi baru |
|
Izzmad Harun - penyanyi baru |
|
Lia Asmizza - pelakon baru |
Selain persembahan nyanyian dari artis-artis jemputan, ada sessi Spot Quizes dan Contest Selfie dengan Azrel Ismail. Seronok tengok sebab semua sporting weii. Paling best Contest Selfie la. Masing-masing dok upload gambar selfie paling kreatif .. Aku tumpang selfie je la tapi tak dapat nak join sebab Instagram aku kena blocked seminggu. huhu...sedih tau. Nak buat live update pun tak dapat. Upload kat Facebook je. Pape pun congrats kat pemenang-pemenang Spot Quizes dan Contest Selfie. Paling best dapat hadiah makan malam dengan Azrel Ismail tu. wow... jeles i...
|
Undian untuk pemenang Contest Selfie |
|
Agak-agak sape yang menang? |
|
Spot Quizes |
|
Antara peminat yang paling sporting |
Acara terakhir untuk Majlis Meet & Greet Azrel Ismail Bersama Peminat ni adalah sessi potong kek yang disediakan oleh pihak Peter & Mawar Restaurant dan photo session beramai-ramai.
|
Barisan artis dan pihak yang terlibat |
|
Ucapan dari chef Peter & Mawar Restaurant |
|
Acara potong kek |
|
Bergambar beramai-ramai |
Akhir kata, aku nak ucap terima kasih pada pihak Global Solution Resources Sdn Bhd kerana sudi menjemput kami sebagai wakil blogger. Terima kasih juga pada pihak Peter & Mawar Restaurant yang menghidangkan makanan yang superb sedap. Kepada artis Azrel Ismail, Izzmad Harun, Hardy Rahim dan Lia Asmizza, semoga tahun 2016 membawa lebih kejayaan kepada korang. Good luck okeyy... Ok, sebelum aku mengakhiri entri ni, meh aku share biodata abang hensem sebelah aku ni. Jangan kata kakak tak payung ekk... hehe... Adios
Biodata Azrel Ismail
|
Dikbee dan Azrel Ismail |
Biodata Azrel Ismail
Nama Komersial : Azrel Ismail
Umur : 31 Tahun (2015)
Tarikh Lahir : 16 Januari 1984
Tempat Lahir : Taiping, Perak
Pencapaian : Lelaki Maskulin 2009
Pendidikan : Taylor College, Official Sidney Campus
Kerjaya : Pengurus pemasaran di sebuah hotel selama 8 tahun
Twitter : https://twitter.com/azrelismail
Facebook :https://www.facebook.com/azrelismail
Instagram : https://instagram.com/azrelismail
Telefilem : Nasi Ayam Duda, Apam Lemak Manis, Jangan Ambil Anakku
Drama : Cinta Buat Emelda, Fajar Di Bukhara, Memori Cinta 3, Takdir Cinta, Syurga Nur dan Oscar I Miss U, Si Montel
Akan datang 2016 [Drama] : Gondola Cinta Di Venice, Bodyguard dan Isteri VS Tunang.
Akan datang 2016 [Telefilem] : Sekeras Tembok Coliseum
6 Comments
hahahaha...amboii! semua letak gambar berduaaa neh! hahahaha...insyaAllah kita doakan yg terbaik utk semua artis ni supaya lebih maju kelak :D
ReplyDeleteHarus la kan... Hahhaa.. Hope diorg akan lebih menyerlah tahun 2016 nanti...
Deletewahhh meriah!! syoknya dapat jumpa semua..:)
ReplyDeletedijemput jugak tapi jauhh naness huhuhu dikbee share tutorial related post tuh hihihi
ReplyDeletehi kak dikbeeee hihihi <3
ReplyDeleteada orang kg saya kat situ...haha
ReplyDelete