BAYAR BAKI PINJAMAN PTPTN DAN PERTUKARAN UJRAH | Sejak akhir-akhir ni kecoh pasal PTPTN sebab ramai yang kena blacklist. Akibatnya sape-sape yang kena blacklist tu tak boleh keluar ke oversea ataupun buat pinjaman. Terbaru ada jugak dengar cerita pihak PTPTN menguatkuasakan pemotongan gaji kakitangan awam. Adessss, kesian diorang bila dapat slip gaji. Mana tak nya, ada yang tinggal kosong, ada yang negatif... huhu...
Kitorang kat office ni walaupun kakitangan swasta kecoh jugak. Sebabnya ada officemate ni nak buat pinjaman tapi tak lepas. Katanya sebab nama dah blacklist akibat tak bayar PTPTN. Uikkksss.. officemate ni muda dari aku dah blacklist?? Fuhhh... risau jugak ni. Yela, mana tau kot-kot nama aku pun blacklist sebab aku ni jenis bayar bila ada duit lebih. Kadang-kadang ada bulan yang termiss nak bayar. Untuk semakan senarai hitam Imigresen (blacklist) dan baki pinjaman PTPTN secara online boleh rujuk bawah ni tapi aku nasihatkan sila pergi ke kaunter PTPTN sendiri untuk buat semakan yang lebih tepat.
Semakan senarai Hitam Imigresen - http://eform.ptptn.gov.my/blacklist/login-imi.cfm
Semak Baki Pinjaman PTPTN secara online - http://epay.ptptn.gov.my/penyata/index.html
Kami (aku dan officemate) pun pakat la pi kaunter PTPTN cawangan Subang Jaya di dalam Giant USJ 1. Cawangan ni dibuka setiap hari hingga pukul 10 malam. Jadi senang la orang-orang macam kita yang bekerja ni nak datang kan. Tak payah nak mintak cuti atau time off. Lagipun pergi sendiri kaunter ni senang kalau nak tengok baki pinjaman kita dan minta khidmat nasihat pasal pembayaran balik pinjaman kita.
Ok, nak jadi cerita bila cek baki pinjaman PTPTN terbeliak biji mata. Tunggakan banyak giler weiii.... Rupanya yang aku bayar sebelum ni just cover kos pentadbiran je. Lagipun pinjaman aku ni belum buat UJRAH. Tapi orang kata kalau dah pinjam tu, tetap kena bayar. Iye dakk.... So, aku pun buat keputusan untuk bayar balik baki pinjaman PTPTN dan buat permohonan pertukaran UJRAH. Jadi kurang la sikit beban nak bayar tiap bulan kan. Cuma, syarat untuk UJRAH ni kena bayar at least 50% dari jumlah tunggakan. Huhu, berpeluh gak nak bayar tapi untuk mengurangkan baki pinjaman terpaksa la... huhu.
Bayar Baki Pinjaman PTPTN dan Pertukaran UJRAH |
Dan hari ni aku baru baca kat laman facebook PTPTN yang diorang menawarkan jumlah yang lebih rendah untuk permohonan pertukaran UJRAH tapi terhad untuk tempoh 14 Januari 2016 hingga 20 Januari 2016. WOW, untung la. So, baik korang cepat-cepat pi kaunter PTPTN dan dapatkan khidmat nasihat mengenai UJRAH ni.
Tawaran menarik untuk peminjam-peminjam PTPTN. Bagi tempoh 14 Januari 2016 hingga 20 Januari 2016, peminjam PTPTN yang...
Posted by Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) on Wednesday, January 13, 2016
Maksud UJRAH
"Ujrah" adalah kos upah yang dikenakan ke atas pembiayaan pendidikan seperti dinyatakan di dalam perjanjian yang ditandatangani. Kos upah akan dikira selepas 6 bulan tamat pengajian atau tamat pembiayaan pendidikan atau yang mana lebih awal. Kadar kos upah 1% setahun atas kadar rata (flat rate) dikenakan bagi tempoh bayaran balik. Peminjam yang membuat bayaran balik secara ansuran sebelum jadual bayaran balik bermula adalah tidak dikenakan kos upah sehingga jadual bayaran balik bermula (selepas 6 bulan tamat pengajian atau tamat pembiayaan pendidikan).
Lega sikit kepala bila dah buat semakan, bayar baki pinjaman PTPTN dan pertukaran UJRAH ni. Kalau tak, dok risau jek pasal PTPTN. Betul la orang kata selagi ada hutang selagi tu hidup tak aman. Lepas buat pelarasan ni, jumlah bayaran berkurangan dan takde la jadi beban dah. Mudah-mudahan cepat abis bayar... amin...
20 Comments
husna tak habis belajar lagi tapi dah kusut dah pikir pasal ptptn nih.. huhuhu..
ReplyDeletetu la... dok terpikir2 sampai tak lena tidoq. tp, husna still belajar xpe lagi. kitorn ni dah kerja, last2 pi serah diri je kat PTPTN.. huhu
DeleteBoleh juga buat bayaran guna akaun EPF kan
ReplyDeleteboleh, guna akaun kedua KWSP. maklumkan kat kaunter PTPTN tu nanti dia bagi borang dan surat untuk dibawa ke pejabat KWSP.
DeleteIda lak serabut ptptn asben. Die pinjam aku yg pening. Hahhahaha
ReplyDeletebertabah je la kan... haha
DeleteSally pun nnt nak cuba settlekan awal...harap2 tak kena blacklist
ReplyDeleteharap gitu la... susah nak travel kalau blacklist...huhu
Deleteujrah upah tu mksdnye cmne ek?upah utk ape tu?
ReplyDeleteUjrah = kos upah = interest
Deletesama2
ReplyDeletekalau byr pakai akaun 2 kwsp..boleh ke byr secara ansuran? kira potong dkt epf tiap2 bulan la..
ReplyDeletexsure plak. cuba rujuk kaunter
Deletetertarik pasal PTPTN...
ReplyDeletetertarik pasal ptptn, hehe, salam singgah...
ReplyDeleteTQ awak
Deletekalau kita still belajar. but nak mohon siap siap untuk ujrah ni boleh ke ?
ReplyDeleterasanya boleh. cuba rujuk kaunter
DeleteSaya bayar PTPTN guna JomPAY melalui CIMB Clicks tanpa caj.
ReplyDeleteBoleh refer link bawah ni.
Bayar PTPTN tanpa caj melalui JomPAY
tq jodin utk info ni
Delete