YURI JAPANESE RESTAURANT DI KLANA RESORT SEREMBAN | Korang dah baca entri PENGALAMAN TEAM BUILDING DI KLANA RESORT SEREMBAN ?? Ha, kalau belum sila la baca dulu entri tu tau sebab entri ni sambungan kepada entri tu. Lagipun Yuri Japanese Restaurant yang aku nak cerita ni terletak di lokasi yang sama iaitu Hotel Klana Resort Seremban. Jadi kat entri tu aku dah cerita serba sedikit apa yang best pasal hotel Klana Resort Seremban dan juga mengenai aktiviti team building sebab Klana Resort Seremban ni ada kemudahan yang cukup untuk melakukan aktiviti outdoor.
Yuri Japanese Restaurant |
Lepas selesai geng Projek Travel membuat aktiviti Team Building, memang masing-masing kelaparan la kan. Jadi kami pun menuju ke sebuah restoran jepun iaitu Yuri Japanese Restaurant yang terletak di Klana Resort Seremban ni . Mesti korang pelik kan sebab biasanya bila penat dan lapar, mesti nak makan nasi or something yang heavy. Cukup ke makan makanan jepun yang biasanya small portion tu kan. Ha, kalau korang nak tau, Yuri Japanese Restaurant ni menyediakan buffet lunch setiap hari ahad. Jadi, memang sesuai la untuk kami yang tengah kebuluran ni... hehe..
Geng Projek Travel |
Bila melangkah je masuk ke restoran ni, wow... banyaknya makanan. Tak sangka ada restoran jepun yang menyediakan buffet lunch sebanyak ni. Tak cukup kat dalam restoran, diorang susun lagi makanan kat ruang luar restoran. Biasa kalau pi restoran jepun kita guna kekdah order ala carte atau makan sushi berputar. Tapi yang ni, pilih la segala bagai jenis topping nak letak atas sushi korang. Tapi awas, pastikan korang penggemar makanan jepun, baru mai sini. Kalau tak, rugi weiiiiii.....'So kalau mai sila ajak aku, kompom korang akan pandai makan makanan jepun... heheehe'
Buffet lunch |
Walaupun aku ni salah sorang penggemar makanan jepun, tapi nama-nama makanan jepun ni memang failed sket. Biasa kalau order main tunjuk je gambar kat menu.. hahaha... Jadi, aku snap je gambar untuk tatapan korang. Sila scroll dengan hati yang terbuka ekk... kalau ada aksi jilat screen, aku tak akan bertanggungjawab kalau henpon korang masuk air... kahkah..
Fresh salmon (raw) |
Oh mai... yang ni salah satu favourite aku kalau makan makanan jepun iaitu fresh salmon. Awasss, yang ni raw salmon tau. Sape-sape yang tak biasa makan mungkin tak lepas kat tekak.
fresh oyster |
Gilerrrr... ni lagi satu favourite aku fresh oyster. Tapi sayang chef keluarkan lambat. Dah kenyang makan yang lain jadi hanya mampu telan 2 ketul je. Ni kalau perah lemon, letak tobasco, perghhhh... 5 ketul pun boleh telan.
Yang kat atas ni, segala jenis makanan yang bergoreng dan dimasak sepenuhnya. So, bagi sesiapa yang tak boleh makan makanan yang mentah atau separuh masak, boleh pilih yang ni ataupun mee soba macam kat bawah ni. Mee soba ada pilihan ayam atau daging.
Sudut teppanyaki |
Selain semua makanan kat atas tu, tak lengkap la makanan jepun kalau takde teppanyaki kan. Satu bilik khas disediakan di dalam ruang restoran ni untuk chef memasak teppanyaki. So, boleh la pilih mana-mana pilihan makanan seperti daging, salmon, udang, belut ataupun sayur-sayuran. Untuk teppanyaki ni my favorite of cos belut la atau nama jepunnya Unagi. Menu wajib kalau aku pi makan makanan jepun... hehe
Pelbagai jenis desserts |
Restoran jepun ada desserts?? Ha, orang dah hidang kita makan je la kan. Lagipun dah termasuk dalam pakej. Boleh jugak cuci mulut ataupun untuk rehatkan perut sekejap sebelum kita sambung makan lagi.. hehe.
Ruang dalam Yuri Restaurant |
Susun atur dan ruang dalam restoran ni kemas dan teratur. Laluan untuk mengambil makanan pun luas. Jadi takde la nak berlanggar-langgar kalau nak amik makanan tu.
Fuhh... pendek kata puas hati la makan kat Yuri Japanese Restaurant di Klana Resort Seremban ni. Patut la restoran ni menang banyak anugerah. Awat la lokasi Yuri Restaurant ni kat Seremban. Kalau dekat, mau aku mai repeat lagi dengan partner in crime aku... u know who u are... wakakakaka
Malaysia Best Restaurants |
Cerita dah kongsi, gambar pun dah kongsi, so, meh aku kongsi sedikit info dan harga untuk Yuri Restaurant ni. Owh, nak tekankan lagi sekali, Buffet lunch ni hanya hari Ahad tau. Selebihnya korang boleh klik link yang aku bagi kat bawah ni ekk untuk sebarang maklumat lanjut atau promosi... adios
Lokasi :
Yuri Restaurant
Klana Resort Seremban
PT 4388, Jalan Penghulu Cantik,
Taman Tasik Seremban,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus
Waktu operasi :
11.30pm to 2.30pm / 6.30pm to 10.30pm
Dibuka setiap hari untuk lunch dan dinner
Tempat duduk :
85 seats
Harga buffet lunch (ahad sahaja) :
RM75.00 (dewasa) / RM40.00 (kanak-kanak)
Talian Telefon :
(606) 766 7888 ext. 3555
Website :
4 Comments
Huwarghh. Tetiba lapar tengok makanan jepun *sambil sepetkan mata*
ReplyDeletesepetkan mata tu, nampak ke makanan?? hehe
Deletewow menu dia..telan air liur huuhuhu sedapnya!
ReplyDeleteWah sedapnyaaa nanti kena singgah la
ReplyDelete