DINNER DI THE GREEN MARKET KLIA2

DINNER DI THE GREEN MARKET KLIA2 | Hari tu lepas balik dari Pulau Perhentian, kami sampai di KLIA2 dah malam sebab flight delay. Sampai je kat KLIA2 terus cari tempat makan sebab masing-masing dah kebulur tahan gaban.. hahha. Tapi sebelum tu kami singgah kejap di Plaza Premium Lounge untuk berjumpa seseorang dan dia suggest kami cuba satu restoran yang juga milik Plaza Premium Lounge Management Limited. So, kami pun memilih untuk dinner di The Green Market KLIA2.

Dinner di The Green Market KLIA2
The Green Market KLIA2

Bila sebut The Green Market, mesti terbayang sayur kan. Eh, ni bukan Pasar Jual Sayur ataupun Restoran Vegetarian tau. The Green Market ni adalah sebuah restoran yang menjual makanan berasaskan menu dari Jepun dan Korea. Mereka menggunakan sayuran dan salad segar yang diambil dari ladang Cameron Highlands. Tu sebab mereka menggunakan perkataan Green Market.

Dinner di The Green Market KLIA2
Ruang dalam The Green Market KLIA2

Dinner di The Green Market KLIA2
Geng Projek Travel

Nampak tak muka masing-masing kebuluran?? hahahaha... penat wei sebab flight delay. Dah la baru balik dari Perhentian Kecil. Nasib tak berapa nak sunburn sangat. Ok ok, bab perhentian kita cerita lain. Skang ni nak cerita pasal menu kat The Green Market. Kalau makanan Jepun dah banyak kali gak makan, tapi makanan korea ni agak kureng sket pengetahuan pasal menu-menu dia. Selalu pun pi Seoul Garden tapi yang tu stail buffet. Jadi, jenuh la waiter tu explain satu-satu menu. Ha, maka ni la menu-menu yang kami order..

Dinner di The Green Market KLIA2
Chicken Kimchi Ramyeon

Dinner di The Green Market KLIA2
Tori teriyaki Don

Dinner di The Green Market KLIA2
Gyu Don

Dinner di The Green Market KLIA2
Yakiniku & Shake Batayaki

Dinner di The Green Market KLIA2
Tori Katsu Don & Shake Sashimi

Dinner di The Green Market KLIA2
Okonomiyaki

Alhamdulillah, semua menu sedap-sedap belaka. Kekenyangan kami dibuatnya. Ni kira dah boleh pi Jepun atau Korea la kan. Nanti sampai sana dah tau dah nak order apa. Tapi yang penting kena cari restoran yang halal la kan. Ok, dalam banyak-banyak menu ni aku tertarik dengan satu menu ni iaitu Okonomiyaki. Nak tau kenapa? ha, tengok video kat bawah ni...




Pelik tak? macam mana dia boleh gerak-gerak sendiri kan. Kalau nak tau, kena la mai The Green Market dan order Okonomiyaki ni. hehe.. Ok la, perut dah kenyang, meh aku share lokasi restoran ni.

Dinner di The Green Market KLIA2

Lokasi :
Departure Level, Public Concourse, klia2, Kuala Lumpur International Airport

Waktu Operasi :
0400 - 0000 daily

Email :
malaysia@plaza-network.com

Tel :
+603 4065 0163



Post a Comment

2 Comments