PENGALAMAN BERMALAM DI PLAZA PREMIUM LOUNGE KLIA2

PENGALAMAN BERMALAM DI PLAZA PREMIUM LOUNGE KLIA2 | Alkisah nak dijadikan cerita, ini la pertama kali aku jejak kaki kat KLIA2. Ha, aku rasa mesti korang ada baca kat BLOGRETIS kan. Iye weiii, sebelum ni aku travel naik kat LCCT. Pastu sejak LCCT takde, aku banyak travel naik kat Penang (Penang International Airport dan Swettenhem Pier Cruise Terminal). Jadi memang belum ada kesempatan menjejakkan kaki ke KLIA2. Sedih tak??

Pengalaman Bermalam Di Plaza Premium Lounge KLIA2
Pengalaman Bermalam Di Plaza Premium Lounge KLIA2

Tapi kali ni walaupun pertama kali jejak KLIA2, terus dapat pengalaman tidur di sana iaitu di Plaza Premium Lounge KLIA2. Kerlas tak?? Haaaa.... terima kasih la kat Projek Travel sebab bagi peluang yang berharga ni. Itu la namanya rezeki kan. Oh ya, tujuan kita orang memilih untuk bermalam di sini sebab flight esok sesudah subuh. Dah la kali ni kami travel secara berjemaah. Karang ada pulak yang tercicir. Kes naya tu. Jadi semua orang check in kat sini.

Pengalaman Bermalam Di Plaza Premium Lounge KLIA2
Tak sah kalau tak bergambar kat sini kalau mai KLIA2

Masa hari kejadian, kami semua berkumpul kat KLIA2 lepas maghrib. Seronok rasanya dapat berkumpul beramai-ramai and sangat excited sebab perancangan yang lama kami buat akhirnya tercapai juga. Fuhhh... part tu cerita next entri la ekk. So, kami pun mengusung beg masing-masing menuju ke Plaza Premium Lounge KLIA2. Luas jugak rupanya KLIA2 ni. Banyak kedai dan tempat makan pulak tu. Tak sabar rasanya nak letak beg and round dalam KLIA2 ni. Untuk pengetahuan semua, lokasi Plaza Premium Lounge berada di Level 2M ye. Jangan risau, kalau sesat boleh rujuk peta layout KLIA2 ataupun tanya je security guard kat sana.

Pengalaman Bermalam Di Plaza Premium Lounge KLIA2
Excitednya mai KLIA2 ^_^

Pengalaman Bermalam Di Plaza Premium Lounge KLIA2
Peta Lokasi Plaza Premium Lounge dalam KLIA2

Malam tu kami semua boleh check in pukul 11 malam. Pelik check in tengah malam? Memang la sebab konsep Plaza Premium Lounge ni NAP . LOUNGE . SHOWER. Jadi, sesuai la untuk mana-mana penumpang kapal terbang yang mencari penginapan untuk bermalam di KLIA2 kalau ada flight pagi macam kami ni ha. Lagipun mana ada orang nak duduk airport sampai 3 hari 2 malam atau honeymoon kat sini kan.

Pengalaman Bermalam Di Plaza Premium Lounge KLIA2
Pintu masuk Plaza Premium Lounge

Pengalaman Bermalam Di Plaza Premium Lounge KLIA2
Kaunter Plaza Premium Lounge

Pengalaman Bermalam Di Plaza Premium Lounge KLIA2
Konsep Nap, Lounge, Shower

Lepas je dapat kunci, kami pun pergi le ke bilik kami. Cam biasa la roomate aku mesti la Mekonie kan. Kami dapat bilik Studio Room. Dalam bilik ni ada satu katil double decker atau kat sini diorang panggil bunk beds. Bagi aku bilik ni cukup selesa untuk 2 orang. ada sudut untuk letak barang, ada 2 sudut untuk make up yang dilengkap 2 cermin besar. Bilik air dan tandas pun asing-asing. Jadi tak de la berebut kalau nak guna kan. Sebut pasal bilik air dia, pancuran yang digunakan memang best, ala-ala mandi hujan gichuuu... kalau mandi, confirm terkenang zaman kanak-kanak.. hehe.

Pengalaman Bermalam Di Plaza Premium Lounge KLIA2
Bersama roomate Mekonie

Pengalaman Bermalam Di Plaza Premium Lounge KLIA2
Sudut untuk bersolek

Pengalaman Bermalam Di Plaza Premium Lounge KLIA2
Bilik air dan tandas

Pengalaman Bermalam Di Plaza Premium Lounge KLIA2
Shower macam air hujan, best wooo mandi

Fuh, tido kat sini memang best giler sebab tilam dengan bantil dia empuk sangat. Risau jugak ni tak bangun esok pagi. Dah la flight pukul 7, mau terlajak dibuatnya. Jadi masing-masing pun set la alarm guna henfon. Nak lagi selamat, request 'wake up call' kat receptionist. Insha Allah akan bangun. hehe.. Tak bangun jugak, roomate sila siram air.. haha.. Tapi aku rasa mesti korang bangun punya la sebab kat sini kalau extend masa akan ditambah RM90 per jam... kih kih.. ha, jom tengok bilik-bilik yang ada kat sini.

Studio Room

Pengalaman Bermalam Di Plaza Premium Lounge KLIA2

Studio Room
- 5 hours RM 358

Single Room

Pengalaman Bermalam Di Plaza Premium Lounge KLIA2

Single Room
- 3 hours RM 238
- 5 hours RM 258
- 10 hours RM 278

Traveller Suite

Pengalaman Bermalam Di Plaza Premium Lounge KLIA2

Traveller Suite
- 5 hours RM 568

Family Suite

Pengalaman Bermalam Di Plaza Premium Lounge KLIA2

Family Suite
- 5 hours RM 568

Tapi kan kalau korang travel sorang or berdua, kat sini juga ada pilihan selain bilik iaitu berehat di Lounge ataupun menggunakan kemudahan bilik mandi (shower). Lounge kat sini dibuka 24 jam dan makanan dihidangkan juga 24 jam secara free flow. Maksudnya korang boleh duduk sini dan makan anytime yang uols nak tapi menu mengikut apa yang dihidangkan je la. Bayangkan pukul 2-3 pagi kelaparan, pergi je ke Lounge dan makan. Nak maggi pun ada. Tapi pagi tu menu berakfast kami mee goreng tapi sedap dia teringat sampai skarang.. yummy... Selain tu, ada juga kemudahan TV, WIFI, bahan bacaan dan juga Informasi Penerbangan. Jadi mudah la kita nak tengok jadual penerbangan kita kan. Berikut harga bagi yang ingin memilih Lounge ataupun menggunakan bilik mandi :

Shower

Pengalaman Bermalam Di Plaza Premium Lounge KLIA2

Kemudahan bilik air (shower)
- 30 minutes RM 32

Lounge

Pengalaman Bermalam Di Plaza Premium Lounge KLIA2

Lounge
- 2 hours RM 168
- 5 hours RM 238
- 10 hours RM 258

Pengalaman Bermalam Di Plaza Premium Lounge KLIA2
Geng Projek Travel

Wohaaa, memang pengalaman yang tak dapat dilupakan la. Bukan sahaja dapat jejakkan kaki kat KLIA2, malah siap pakej menginap di Plaza Premium Lounge KLIA2 lagi. Terima kasih sangat-sangat kat Team Projek Travel. So, pagi tu dengan jayanya kami bangun awal dan menaiki flight pukul 7am. So, kala korang nak tengok maklumat lanjut pasal Plaza Premium Lounge KLIA2, boleh rujuk sini :

Lokasi :
Level 2M, Gateway@klia2,
Kuala Lumpur International Airport

Waktu Operasi :
24 jam setiap hari

Email :
malaysia@plaza-network.com

Tel :
+603 4065 0156

Website




Post a Comment

5 Comments

  1. Tempat rehat yang begitu eksklusif, memudahkan orang ramai untuk rehat seketika terutama kalau flight delay.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. selesa juga dan makanan dihidang 24 hours..

      Delete
  2. Salam,nak tanya,kalau kita ambik single room atau studio room tp nak dok dlm 5 orang anak beranak blh ke? Sbb dok kejap je..huhu...

    ReplyDelete