BUFFET RAMADHAN 2016 : DARI DAPUR UMMI KE SUNWAY PUTRA HOTEL KUALA LUMPUR | Assalamualaikum semua... menjelang bulan puasa ni aku pasti semua akan mula mencari-mari menu dan resepi untuk berbuka puasa kan. Bagi aku bulan puasa ni masakan ibu juga yang terbaik. Kalau boleh hari-hari nak makan masakan ibu. Tapi nak buat macam mana kan. Nasib anak perantauan. Kalau cuti hujung minggu dapat la balik kampung, itu pun kalau tak busy. Kalau tak, makan kat kedai la jawabnya.. huhu
Buffet Ramadhan 2016 Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur |
Sehubungan itu dengan bertemakan 'Dari Dapur Ummi', pihak Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur telah mengambil inisiatif untuk membawa hidangan-hidangan istimewa hasil dari perkongsian resepi dari ibu para chef sendiri dan diketuai oleh Chef Rossham bin Rosli. Bayangkan sebanyak lebih 100 hidangan yang akan menggamit nostalgia akan dihidangkan masa Buffet Ramadhan nanti. Aku pasti semua akan berselera menjamah makanan sambil terkenang ibu di kampung.
Tema Dari Dapur Ummi Ke Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur |
Memandangkan aku dah merasa hidangan yang bakal dihidangkan pada Buffet Ramadhan 2016 di Sunway Putra Hotel ni, Elok la rasanya aku berkongsi pulak dengan korang yang setia membaca blog ni (ade ke? kalau ada, meh komen kat bawah..hehe).. Bila masuk je ke Ruang Hidangan, terpesona aku tengok hiasan kat depan tu. Siap ada replika masjid gitu. Cantikkk... tapi tak tau la boleh makan ke tak.. hehe. Ok, jom kita tengok apa yang ada lagi..
Sekapal kurma |
Kalau berbuka puasa, elok la dimulakan dengan buah kurma kan. Jadi kat sini sekapal kurma dihidangkan kepada tetamu nanti. Tak pasti la kurma tu belayar dari mana kan. Yang pasti kurma wajib ada bila tiba bulan Ramadhan.
Pembuka selera dan salad |
Di bahagian pembuka selera dan salad ni ada disediakan pelbagai jenis kerabu, salad, ulam-ulaman. Bayangkan la, meja tu penuh dengan hidangan yang akan membangkitkan selera (nama pun pembuka selera kan). Tapi kalau dah nama tekak melayu, aku terliur tengok ulam-ulaman dengan ikan kering tu (ha, sape kata kat hotel takde ikan kering kan..hehe). Kena dengan nasi panas-panas mau tak toleh kiri kanan dah. Selain tu boleh la makan salad atau kerabu dulu sebelum ambil makanan yang lain kan.
Ulam ulaman |
Pelbagai jenis kerabu |
Pelbagai jenis salad |
Ok, tadi dah cerita bab appetizer. Sekarang jom tengok pula menu-menu yang dihidangkan hasil perkongsian resepi dari ibu kepada para chef yang terlibat. Bertemakan Dari Dapur Ummi, pasti la hidangan yang disediakan adalah menu tradisional yang sesuai dengan tekak melayu kita. Antaranya ialah :
Resepi ibunda Chef Rossham bin Rosli
- Ikan keli masak lemak bunga kantan
- daging masak lemak cili padi
- Ikan tenggiri Goreng dengan sambal lemak tempoyak
Resepi ibunda Chef Shaari bin Ismail
- Ayam masak kari hijau utara
- Daging rendang dendeng
- Udang kalio dengan pucuk paku
Resepi ibunda Chef Mathavan A/L Velayutham
- Kambing Paratel
- Kati Ayam Mentega
- Sotong masala
Resepi ibunda Samsuddin bin Ahmad
- Peha ayam kicap berempah
- Ikan patin masak tempoyak dengan timun
- Perut Masak Lemak dan rebung
Resepi ibunda Chef Rukedi bin Yajid @ Aziz
- Lompat tikam
- Badak berendam
- Ubi kayu rebus dengan kelapa
Kambing Panggang |
Macam hidangan buffet ramadhan di tempat lain, of cos la kambing panggang ada kan. Ok yang ni my favourite. Kalau tak makan, balik confirm menyesal. Daging dia lembut jek, sos pun sedap. Selain dari tu, ada juga satay, sushi, sup gearbox, ikan bakar dan pelbagai jenis kuih muih tempatan. Memang banyak sangat makanan, jadi make sure datang dan makan semua ekk. Untuk maklumat mengenai lokasi dan harga Buffet Ramadhan 2016 di Sunway Putra Hotel ni, sila rujuk bawah :
Harga Buffet Ramadhan Sunway Putra Hotel 2016
Berbuka Puasa :
RM138 nett dewasa
50% diskaun kanak-kanak (4-12 tahun)
Percuma untuk kanak-kanak bawah 4 tahun
Sahur :
RM58 nett dewasa
50% diskaun kanak-kanak (4-12 tahun)
Percuma untuk kanak-kanak bawah 4 tahun
Alamat :
Coffee House
Level 9,
Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur
100 Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur
Tel:
03-4040 9888
Email:
dinesph@sunwayhotels.com
Website:
Facebook:
Instagram :
2 Comments
wahh menarik menu nya !
ReplyDeleteterbaikk menu ni . terliur rasa.hoho
ReplyDelete