BUFFET RAMADHAN 2016 : DEWAN DE' SERI ENDON PUSPANITAPURI PUTRAJAYA

BUFFET RAMADHAN 2016 : DEWAN DE' SERI ENDON PUSPANITAPURI PUTRAJAYA | Assalamualaikum semua... Dah beberapa hari tak update pasal buffet ramadhan kan. Ampunnnn sebab hakak kaw ni outstation beberapa hari. Bercuti bersama rimba kekdahnya... hahaha.. mesti korang pelik bulan-bulan puasa ni gagah bebenor hakak pi bercuti kan. Tapi demi tugasan, hakak sanggup tau. Tapi memang hujung minggu yang sangat osem walaupun berpuasa.

Buffet Ramadhan 2016 : Dewan De' Seri Endon Puspanitapuri Putrajaya
Dewan De' Seri Endon, Puspanitapuri Putrajaya

Eh, nanti-nanti la cerita pasal percutian tu. Ni nak cerita pasal aku pergi berbuka puasa di Putrajaya tempoh hari. Terima kasih kat abam fufu @ Fuad sebab sudi hajak geng projek travel berbuka kat sini. Lokasi yang aku maksudkan ni adalah di Dewan De' Seri Endon, Puspanitapuri yang terletak di Presint 10, Putrajaya. Tak sangka rupanya kat sini ada menyediakan buffet Ramadhan. Setau aku dewan ni untuk majlis-majlis tertentu aje. Nasib baik fuad ajak, kalau tak sampai ke sudah tak tahu.. hehe

Buffet Ramadhan 2016 : Dewan De' Seri Endon Puspanitapuri Putrajaya
Bangunan Dewan De' Seri Endon, Puspanitapuri Putrajaya

Buffet Ramadhan 2016 : Dewan De' Seri Endon Puspanitapuri Putrajaya
Laluan ke dewan

Bila masuk aje dewan ni. wowww... besarnya... Biasa kalau pergi majlis perkahwinan pun tak pernah lagi masuk dewan yang sebesar ni. Dah la besar, fully air cond plak tu. Menganga mulut tengok ruang dewan ni. Ye la, dah terbiasa pi hotel ruang makan agak sempit tapi tu pun dah cukup selesa kan. Bayangkan ruang yang luas macam ni, nak golek-golek pun boleh... opppsss... hehe. ok, kesimpulan memang sangat selesa kalau nak duduk makan kat sini.

Buffet Ramadhan 2016 : Dewan De' Seri Endon Puspanitapuri Putrajaya
Ruang dalam dewan yang sangat luas dan cantik

Buffet Ramadhan 2016 : Dewan De' Seri Endon Puspanitapuri Putrajaya
Ruang dalam dewan yang sangat luas dan cantik

Ni baru tengok ruang dewan, belum tengok menu makanan lagi... Ya ampunnn, banyak giler makanan. Aku ingat kat dalam dewan aje makanan dihidangkan. Rupanya yang kat luar banyak lagi. Tapi yang kat luar tu ala-ala konsep warung sket dan makanan yang dihidangkan secara panas-panas. Apa lagi, aku pun pusing la satu dewan sebab nak tengok apa menu yang ada.

Setelah dihitung, aku rasa anggaran ada dekat 200 menu yang dihidangkan kat sini. Banyak giler sampai tak tau nak pilih yang mana nak makan dulu. Ni nak makan pun kena pasang strategi ni. Kalau tak, rugi weiii sebab kekenyangan. Nanti tak boleh rasa semua makanan tu.

Buffet Ramadhan 2016 : Dewan De' Seri Endon Puspanitapuri Putrajaya
kambing kuzi

Buffet Ramadhan 2016 : Dewan De' Seri Endon Puspanitapuri Putrajaya
Nasi Mandy Kambing Arab

Buffet Ramadhan 2016 : Dewan De' Seri Endon Puspanitapuri Putrajaya
Kambing panggang

Macam biasa la kalau pergi buffet, aku mesti tuju kambing dulu. Favourite all the times. Tak tau la kenapa suka sangat ngan kambing tu. Tapi dont worry, aku takkan amik portion yang banyak. Cukup sekadar untuk rasa aje. Ye la, kang kena darah tinggi pulak. Tapi kan tapi kan, kat sini ada 3 jenis kambing iaitu kambing panggang, kambing kuzi dan Nasi Mandy Kambing Arab. So, mungkin terlebih sikit lerrrr makan, tak pe kan.. hehe..

Buffet Ramadhan 2016 : Dewan De' Seri Endon Puspanitapuri Putrajaya
Satay

Buffet Ramadhan 2016 : Dewan De' Seri Endon Puspanitapuri Putrajaya
Awak ni penjual satay ke?? ^_^

Bila dah ambik kambing, mesti la sekali pakej dengan satay ayam dan daging. Satay kat sini sedap weii. Helok je isi satay dia, tak kering atau terlalu garing. Aku ni pantang sikit kalau satay tu kering keras kejong. Tapi kalau aku boleh telan lebih dari 5 cucuk, maknanya sedap la tu. Selain dari kambing dan satay, kat bahagian live station ala-ala warung ni ada banyak lagi menu yang boleh dipilih. Ada mini apam balik, ikan bakar, ketam bakar, ayam golek madu, char kuey teow goreng panas-panas, sup ayam, sup kambing, sup tulang, soto ayam, nasi ayam, bee hoon sup utara, mee rebus, mee kari, mee rebus, laksa penang, kari ikan salmon, ikan patin masak tempoyak, apom, murtabak, dan cucur udang. Fuhhhh... tarik nafas jap sebelum sambung makan lagi.. hehe

Buffet Ramadhan 2016 : Dewan De' Seri Endon Puspanitapuri Putrajaya
ayam golek madu

Buffet Ramadhan 2016 : Dewan De' Seri Endon Puspanitapuri Putrajaya
Mini apam balik

Buffet Ramadhan 2016 : Dewan De' Seri Endon Puspanitapuri Putrajaya
Mee rebus

Buffet Ramadhan 2016 : Dewan De' Seri Endon Puspanitapuri Putrajaya
Mee kari, mee rebus, laksa penang

Buffet Ramadhan 2016 : Dewan De' Seri Endon Puspanitapuri Putrajaya
cucur

Buffet Ramadhan 2016 : Dewan De' Seri Endon Puspanitapuri Putrajaya
Apom

Biasa la kalau makan buffet ni mana boleh sekali harung kan. Dah abis first round, rehat kejap atau boleh la solat maghrib dulu. Kat sini ada disediakan surau yang selesa untuk solat. Jadi boleh la sambung semula makan selepas tu. Selain dari surau, kemudahan-kemudahan dari segi toilet dan parking pun selesa kat sini. Yang penting, parking luas dan free hokeyyyy... hehe.

Di bahagian dalam dewan pula ada pelbagai lagi menu dihidangkan. Antaranya adalah lauk pauk untuk dimakan dengan nasi seperti Masak Lemak Nenas Ikan Masin, Chicken Honey, Sotong Kalio, Masak Lemak Daging Salai, Ikan Keli Berlada Hijau, Daging Masak Hitam, Telur Itik Masak Lemak Belimbing Buluh, Ayam Halia, Fish Fillet Kerabu Mangga, Chicken Paprik, Udang Sambal, Sotong Dry Chili, Daging Tetel Asam Pedas, Masak Lemak Ketam, Ayam Masak Merah, Ikan Stim dan pelbagai jenis Ulam-Ulaman. Wow.... memang terbaik la lauk pauk kat sini. Gerenti tersandar kekenyangan. Chopp... ada lagi tu ketupat, lemang, rendang dan salad. belum raya dah makan ketupat kan.. hehe...

Buffet Ramadhan 2016 : Dewan De' Seri Endon Puspanitapuri Putrajaya
Antara lauk pauk yang ada

Buffet Ramadhan 2016 : Dewan De' Seri Endon Puspanitapuri Putrajaya
Menyelerakan semua lauk pauk ni

Buffet Ramadhan 2016 : Dewan De' Seri Endon Puspanitapuri Putrajaya
Lemang, ketupat, serunding, kuah kacang

Buffet Ramadhan 2016 : Dewan De' Seri Endon Puspanitapuri Putrajaya
rendang ayam

Buffet Ramadhan 2016 : Dewan De' Seri Endon Puspanitapuri Putrajaya
ulam-ulaman, kerabu, pecal

Buffet Ramadhan 2016 : Dewan De' Seri Endon Puspanitapuri Putrajaya
pelbagai jenis dessert

Buffet Ramadhan 2016 : Dewan De' Seri Endon Puspanitapuri Putrajaya
Air minuman yang warna warni

Wuuuu... banyak kan lauk pauk dia. Aku ambik serba sikit sebab nak rasa semua. Paling suka ikan stim dengan daging tetel asam pedas tu.. Sedap sangat.... Susah nak jumpa kat mana-mana buffet ramadan. Eh, yang lain pun sedap juga. Bila tengok bahagian dessert lagi rambang mata. Ada pelbagai jenis kek, puding jelly, puding roti, bubur kacang, bubur lambuk dan kuih muih tradisional. Semua desserts nampak so colorful dan yummy tambah-tambah lagi kek dia. Tapi memandangkan perut dah full, dapat rasa serba sikit aje. Ye la, nanti balik takde la rasa menyesalkan.

Buffet Ramadhan 2016 : Dewan De' Seri Endon Puspanitapuri Putrajaya
Happy birthday Nisa Kay dan Fuad

Malam tu sempat juga kami celebrate birthday dua orang yang cantik dan segak iaitu Nisa Kay Blogger yang Famous Amous dan Fuad orang kuat Indigital Sdn Bhd. Tarikh lahir diorang sama dan kebetulan pada hari tersebut. So, kami pun berpakat la nak surprise dan belikan kek untuk depa. Tapi malangnya surprise spoil pulak disebabkan beberapa benda terkantoi... hahahaha.... nak buat camne tapi takpe la. Yang penting besday boy & girl happy malam tu ekk... hehe..

Bila dah kenyang, terfikir siapalah katerer kat sini. Ye la, melantak bagai nak rak tapi tak tau sape yang masak kan. Kalau gi hotel dah tau sape chefnya, gi buffet D'Saji memang dah tak asing lagi katerernya tapi yang ni nak la jugak tau kan. Riki punya riki, rupanya katering yang uruskan bufet ramadan ni dari Azam Pandan Catering di bawah kelolaan Azam Pandan Sdn Bhd. Walaupun first time dengar katerer ni tapi tak sangka makanan dia sedap-sedap belaka. dengar kata mereka juga membuka tempahan catering untuk Rumah Terbuka Aidilfitri. Siap boleh pakej sekali dengan kambing golek lagi. Ha, sape-sape yang perlukan katerer untuk open house nanti memang aku rekemen amik pakej diorang ni. Boleh rujuk info kat bawah ni ye....


Harga tempahan catering untuk Rumah Terbuka Aidilfitri

Buffet Ramadhan 2016 : Dewan De' Seri Endon Puspanitapuri Putrajaya
Tempahan catering untuk Rumah Terbuka Aidilfitri


Harga Buffet Ramadhan Azam Pandan Sdn Bhd Di Dewan De' Seri Endon 2016

Berbuka Puasa :
RM72 dewasa (serap GST)
RM36 kanak-kanak (serap GST)
*RM1 akan diderma kepada fakir miskin

Tarikh :
6 Jun – 2 July 2016

Masa :
6.30pm – 9.30pm

Alamat :
De'Seri Endon,
Puspanitapuri Putrajaya,
Persiaran Seri Perdana,
Presint 10 Putrajaya

Hidangan disediakan oleh:-
Azam Pandan Sdn.Bhd.
No.24, Jalan Bulan U5/167
Seksyen U5, 40150 Shah Alam,
Selangor


No telefon:
03-7840 0516 / 7843 0617

Website:

Email :
azampandan2010@yahoo.com

Instagram :



Post a Comment

1 Comments