BUFFET RAMADHAN 2016 : INTEKMA RESORT & CONVENTION CENTRE | Assalamualaikum semua... Macam mana puasa hari ni?? Masih bertenaga? atau dah terlentok bucu periuk?? Jangan dibuka tudung periuk tu udah le yek.. hahaha... Kali ni nak share satu lagi tempat untuk cadangan berbuka puasa. Mana tau ada yang bercadang nak berbuka kat luar hari ni.
Buffet Ramadhan 2016 : Intekma Resort & Convention Centre |
Lokasi pilihan kali ni adalah di Intekma Resort & Convention Centre (IRCC) yang terletak di Shah Alam. Ha, dekat je kan bagi yang tinggal di area Lembah Klang. Macam tahun-tahun lalu, Pihak Intekma Intekma Resort & Convention Centre (IRCC) kembali atas permintaan ramai dengan menawarkan juadah berbuka puasa secara bufet yang bermula sepanjang bulan Ramadan ni dari jam 6 petang hingga 9 malam. So, boleh la ajak family, kawan-kawan or officemate berbuka kat sini.
Dewan Bankuet Sri Bestari, Intekma Resort & Convention Centre |
Ruang makan |
Selain menjaga mutu keenakan makanan dengan hidangan masakan melayu, pihak Intekma Resort & Convention Centre (IRCC) juga turut memberikan kelainan dengan menyuntik elemen tema ala Moroccan untuk para pengunjung merasai suasana yang unik dan baru. Ha, bila makan makanan melayu tapi terasa bagai berada di Morroco, curlasss kaw. Mesti naik selera makan masing-masing kan. Tambah pulak dengan persembahan gelek-gelek tu. Memang menarik la konsep diorang ni.
Tema Moroccon |
Tema Moroccon |
Persembahan tarian dari Sazlan Dancer |
Untuk menu makanan pulak, Buffet Ramadhan di Intekma Resort & Convention Centre (IRCC) ni menyediakan lebih dari 6 gerai makanan yang terdiri daripada aneka jenis makanan seperti Sup tulang Berempah, Kari kepala Ikan, Perut Gulai, Ayam Panggang, Sotong Berempah dan pelbagai lagi menu yang lazat dan sedap sedap belaka. Tak caya?? jom tengok list kat bawah ni :
Nasi Briyani |
Kari kepala ikan |
Ayam kari kapitan |
Daging rendang |
Ikan masam manis |
Sotong rempah |
Sayur campur |
Pelbagai jenis kerabu |
Ulam-ulaman |
Menu Berbuka Puasa Di Intekma Resort & Convention Centre (IRCC)
Pembuka Selera
Kerabu Mangga, Kerabu Perut, Kerabu Cendawan, Kerabu Daun Selom, Ikan Masin, Ulam-ulam Melayu, Sambal Belacan, Budu, Cincaluk, Tempoyak, Keropok Ikan, Papadom, Keropok Sayur, Jeruk2 Tempatan
Hidangan Utama
Kari Kepala Ikan
Ayam Goreng Berempah
Daging Masak Kerutup
Gulai Perut
Gerai 1
Bubur Lambok Daging, Bubur Lambok Ayam
Mee Kari
Sup Kambing Berempah
Sup Perut
Gerai 2
Mutabak Ayam & Daging Dalcha, Kari Ayam
Gerai 3
Kambing Bakar
Gerai 4
ABC, Ais krim
Gerai 5
Rojak Mamak
Gerai 6
Roti John
Aneka Kuih Muih dan kek
kambing panggang |
Murtabak ayam dan daging |
Ikan bakar |
murtabak yang dibuat panas-panas |
Dari segi kemudahan pulak, kat sini korang tak perlu risau pasal parking sebab kawasan parking kat sini luas, lagipun tak perlu bayar. Ruang untuk solat juga turut disediakan, jadi tak perlu la korang tergesa-gesa makan untuk pulang kan. Selain tu ada juga disediakan kaunter pembayaran zakat dan kemudahan kenderaan Buggy sebagai pengangkutan transit ke ruang dewan makan. So, tak perlu jalan jauh. dah la puasa kan... hehe
Persembahan Asmidar & Asmaraloka |
Menu makanan dah tengok, so kena la tau harga pulak kan. So, kepada sesiapa yang nak merasai sendiri keenakan dan keunikan Buffet Ramadhan yang disediakan oleh pihak Intekma Resort & Convention Centre (IRCC), boleh rujuk lokasi dan harga buffet di bawah ni :
Harga Buffet Ramadhan Intekma Resort & Convention Centre (IRCC) 2016
Berbuka Puasa :
RM55 nett dewasa
RM27 nett kanak-kanak (6 tahun - 12 tahun)
Pakej keluarga : RM149.00 nett ( 2 dewasa + 2 kanak-kanak )
Buffet ramadan Intekma Resort & Convention Centre |
Alamat :
INTEKMA RESORT & CONVENTION CENTRE
Persiaran Raja Muda,
Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor
Tel:
+603 5522 5009/5001/5222/5066
Email:
sales@intekmaresort.com.my
Website:
Facebook:
Instagram :
4 Comments
emmm sedapnya..
ReplyDeletesignature dish kat sini kari kepala ikan tu. Lagi satu kena try kambing panggang dia. memang sedap esp sos dia.. ^_^
DeleteBest. Sayangnya saya di Ipoh. Kalau dekat, dah pergi dah try keenakan masakan kat sana.
ReplyDeleteSejak berkahwin OZ tak pernah dah berbuka di luar tambah-tambah di hotel. Nampak hidangan tempat OZ pernah menimba ilmu ni menarik belaka.
ReplyDelete