BUFFET RAMADHAN 2016 : OCEANIA SUMMIT HOTEL SUBANG USJ | Assalamualaikum semua.... Pejam celik pejam celik rupanya kita dah melepasi separuh bulan Ramadhan kan. Cepat betul masa berlalu. Setakat ni belum berkesempatan lagi nak pi shopping untuk persiapan raya... huwaaa... Nampak nau busy kan.. hehe... dah..dah.. stop membebel dan jom tengok lokasi mana pulak nak berbuka puasa hari ni.
Buffet Ramadhan 2016 Oceania Summit Hotel Subang USJ |
Lokasi berbuka puasa kali ni terletak di USJ Subang Jaya. Lebih spesifik, depan rumah aje.. hahaha... Selalu dok pergi ke sana, ke sini sampai ke Melaka la, Kelantan la, Seremban la, haaa sekali sepelaung je kali ni. Orang kata kentut pun boleh dengar..hehehehehe... *tak senonoh la Dikbee ni kan*..
Ruang dalam Oceania Buffet Restaurant |
Tempat yang aku maksudkan adalah di Summit Hotel Subang USJ. Bagi yang tak tau, hotel ni terletak di USJ 1, Subang Jaya. Kalau nak datang sini boleh ikut Highway Kesas, NKVE, ELITE ataupun LDP Highway. Mungkin ada yang tahu bahawa area sini memang terkenal dengan kawasan JEM sebab ada construction yang sedang berjalan. So dinasihatkan agar dapat keluar lebih awal kalau nak ke sini.
Buffet bertema Citarasa Selera Kampung |
Dengan menyediakan menu bertemakan Citarasa Selera Kampung, pihak Summit Hotel Subang USJ menyediakan lebih 100 menu sajian warisan Melayu, Cina dan India. Bertempat di Oceania Buffet Restaurant, menu-menu ini akan di 'rotate' setiap hari agar memberi kelainan kepada pelanggan dan semua menu adalah Halal. Jom tengok antara menu yang disediakan di sini :
Appertizer / Salad
Ulam-ulaman
Sambal Gesek
Sambal Mangga
Bambal Belacan Melaka
Sambal Belimbing
Sambal Bilis Tempoyak
Sambal Petai Bersantan
Sambal Tempoyak Bergoreng
Kerabu Kacang Botol
Kerabu Daging Panggang
Kerabu Ikan Kembung
Kerabu Betik Muda
Kerabu So Hoon
Kerabu Cendawan
Kerabu Jantung Pisang
Pelbagai jenis kerabu |
Main Course (Hidangan Utama)
Udang Masak Lemak Tempoyak
Asam Pedas Ikan Pari Daun Kesum
Daging Salai Masak Lemak Cili Padi dengan Belimbing Buluh
Gulai Telur Itik dengan Pucuk Ubi
Sambil Tumis Sotong dengan Petai
Gulai Ayam Nangka Muda
Lala Kukus Serai
Gulai Kambing Utara
Siput Sedut Masak Lemak Keladi
Gulai Kawah Daging Tetel
Chicken Tandoori
Lamb Varuval
Kerala Fish Curry
Wok-fried Squid with Dried Chili
Wok-fried Beef with Ginger and Braised Mushroom with Vegetables
Rice
White Rice
Nasi Hujan Panas
Nasi Kerabu
Nasi Minyak Kismis
Lotus Fried Rice
Nasi Dhall
Nasi Briyani Karala
Pineapple Fried Rice
Nasi Tomato
Nasi Ulam
Nasi Kebuli
Wok Dried Broccoli & Black Mushroom |
Masak Lemak Labu |
Lokam |
Daging |
Paru Goreng Berempah |
Ikan Keli Berlado |
Asam Pedas Ikan Pari |
Ayam Masak Merah |
Noodles
Mee Hoon Soto
Mee Rebus
Laksa Johor
Laksa Penang
Laksa Lemak
Laksa Kedah
Kuey Teow Cantonese
Fried Mee Mamak
Spaghetti
Laksa Lemak Melaka |
Aglio Olio |
BBQ
Sup Istimewa
Roasted Lamb
Ikan Bakar
Kepak Ayam Madu
Murtabak Ayam dan Daging
Lemang dan Ketupat dengan rendang
Tauhu Sumbat
Bergedil Kentang
Sayur Pecal
Rojak Buah
Pasembur
Gado gado
Rojak sotong
Kambing Panggang |
Murtabak dan Kepak Ayam Madu |
Kuih Muih dan Desserts
Kuih Cek Mek Molek
Buah Melaka
Puteri Mandi
Pengat Pisang
Bubur Pulut Hitam
Pengat Keladi
Pulut Kukus dengan Serawa Durian
Apam Balik
Pulut Mangga
Ubi Kayu dan Keledek Rebus
Puding roti
Sago Tembikai Susu
Lin Chee Kang
ABC
Cendol
Puding |
Puding |
Puding Roti |
Kuih tradisional |
buah melaka |
kek |
Drinks Corner
Air Sirap Selasih
Air Bandung Cincau
Air Teh Bunga
Air Limau Kasturi
Air Katira
Air Mata Kucing
Air Kasturi Asam Boi
Air Keladi
Air Jagung Madu
Air Kelapa Laut
Air Jambu Asam
Soya Bean
Air Cincau
Teh Tarik
Nescafe Tarik
Pelbagai jenis air minuman |
Tudia... berjela-jela list menu depa. Tapi bukan semua dihidangkankan setiap hari tau. Mereka akan rotate menu-menu yang terpilih supaya pelanggan dapat merasai menu yang berlainan kalau pergi selalu. Lagipun ini dapat mengelak pembaziran kerana pembaziran tu kan amalan syaitan. Bagi yang ingin menginap di hotel selepas berbuka, Summit Hotel Subang USJ ada menawarkan Promosi Pakej Bilik & Bufet Ramadan.
Promosi Pakej Bilik & Bufet Ramadan
Tarikh : 8 Jun - 1 Julai 2016
Harga : RM198 bersih termasuk 6% GST
Pakej : bilik penginapan + sahur/sarapan + bufet ramadan
Buffet Ramadhan 2016 Summit Hotel Subang USJ |
So, jom ajak keluarga, officemate, dan semua rakan-rakan untuk berbuka kat sini. Mana tau kan ada rezeki untuk menunaikan Umrah sebab kalau berbuka puasa di Summit Hotel Subang USJ, korang berpeluang untuk memenangi Cabutan Bertuah yang menawarkan beberapa hadiah menarik termasuk hadiah utama iaitu Satu Pakej Umrah tajaan oleh Mursyid Alharamain Travel & Tours Sdn Bhd. Bertuahnya kalau dapat... Rezeki Ramadan kan. Untuk maklumat lanjut mengenai harga dan promosi boleh rujuk bawah ni :
Harga Buffet Ramadhan Summit Hotel Subang USJ 2016
Berbuka Puasa :
RM78 nett dewasa
RM48 nett kanak-kanak (bawah 12 tahun)
(harga termasuk 6% GST)
PROMOSI DI GROUPON.MY
Buffet from Jun 8 – Jun 12 for RM38 instead of RM78
Buffet from Jun 13 – Jul 1 for RM55 instead of RM78
Link : groupon.my
Alamat :
OCEANIA BUFFET RESTAURANT
SUMMIT HOTEL SUBANG USJ
Persiaran Kewajipan,
USJ 1, 47600 UEP Subang Jaya
Tel:
03-8023 2233
Email:
oceania@summithotel.com.my
Website:
0 Comments