BERBUKA PUASA DI RAJAWALI COFFEE HOUSE AWANA HOTEL GENTING HIGHLANDS | Assalamualaikum semua... Masih teringat lagi keenakan sup urat keting yang aku makan masa bulan puasa tahun lepas kat Awana Genting. Sedapnya samapai setahun mengidam. Alhamdulillah, tahun ni tak sangka aku still dapat merasai keenakan sup urat keting kat situ bila dapat jemputan untuk berbuka puasa di Rajawali Coffee House, Awana Genting.
Berbuka Puasa di Rajawali Coffee House Awana Hotel Genting Highlands |
Sape yang tak teruja kan dapat menghirup sup yang sedap dalam suasana sejuk sambil menikmati pemandangan menghijau padang golf Awana. Walaupun berkabus, namun kalau bernasib baik dapat juga menikmati pemandangan matahari terbenam atau pun sunset. Romantik gituuuu ditambah dengan alunan irama muzikal melayu...
Pintu masuk Rajawali Coffee House |
Persembahan alunan irama melayu |
Berbalik kepada sup urat keting tadi, sebenarnya itu salah satu menu favourite aku yang dihidangkan semasa buffet ramadhan di Awana Genting ni. Selain dari tu, ada juga menu-menu lain yang dihidangkan dengan berkonsepkan makanan mix malaysian, western, India dan Middle Eastern. Menu-menu ini dibahagikan kepada 3 iaitu :
Menu pertama
Penne Bolognese, rendang paru, kari kepala ikan, ikan kukus, ayam goreng berempah, kacang kuda marsala, sayur campur dan kangkung goreng belacan.
Menu kedua
Lasagna, Opor daging, udang marsala, puyuh goreng berempah, ikan masam manis, pakora sayur-sayuran, kailan ikan masin dan sayur campur.
Menu ketiga
Fussili Marinara, vindaloo kambing, assam pedas kepala ikan, ikan masak asam, aloo gobi, pajeri terung dan sayur campur.
Pelbagai juadah untuk buffet ramadhan |
Ni baru sikit. Ada lagi pelbagai jenis menu yang ada untuk berbuka puasa seperti kambing panggang dengan sos lada hitam dan sos pudina buatan sendiri, ayam percik, pelbagai jenis satay termasuk satay hati, otak-otak bakar, pelbagai jenis ikan dan makanan laut panggang, bersama-sama dengan sos termasuk sambal cili, sambal belacan, budu, cencaluk, sambal tempoyak, air asam jawa, ulam-ulaman dan kerabu.
Bagi peminat sup urat keting macam aku, sudut sup ni memang korang kena serbu tau. Kat sini sebenarnya bukan setakat sup urat keting je, tapi ada juga sup tulang, sup gear box, sup perut, sup daging, sup kambing ataupun sup campur. Yang bestnya sebab boleh tambah isi sendiri, so suka hati la nak buh apa dalam sup tu. Memang terbaekkk la kan...
Lagi satu, kat sini juga ada dihidangkan seafood on ice. So, peminat makanan laut memang akan teruja dapat makan ketam, oysters, mussels, scallops dan udang. Jangan lupa sebelum makan perahkan lemon dan tabasco, baru la terangkat rasanya...
Kalau ada yang taknak makan nasi, kat sini ada pelbagai jenis makanan ala-ala street food seperti lok-lok (steamboat), murtabak, roti canai, poori, chappati, dhosai, idli, rojak buah, rojak pasembor, Ipoh mee kari, kuey teow goreng, nasi ayam/itik, pelbagai jenis laksa (Buyong, Sarawak, laksam, Johor), meehoon sup, mee jawa, mee bandung, mee rebus dan mee kari.
Untuk desserts pulak, tak kurang hebatnya. Ada pelbagai jenis kuih tradisional melayu seperti kuih lapis, kuih lapis pelangi, lompang, talam, talam nyonya, onde-onde, seri muka, putri mandi dan lain-lain. Ada juga pelbagai jenis bubur manis seperti bubur kacang hijau dengan durian, bubur cha cha, pengat pisang raja, cendol dan ABC. Buah-buahan pun ada seperti tembikai, tembikai susu dan buah naga, buah epal, buah limau, buah anggur dan lain-lain.
pelbagai jenis kuih muih |
pelbagai jenis kuih muih |
buah-buahan |
Pucuk pangkal semua ada la kat sini. Harap tahun depan dapat merasa lagi berbuka puasa kat Rajawali Coffee House Awana Hotel Genting ni. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk kat bawah ni.
Harga Buffet Ramadhan Rajawali Coffee House Awana Hotel Genting 2016
Berbuka Puasa :
RM100 nett dewasa
RM50 nett kanak-kanak
RM80 nett warga emas
Masa :
6.00 pm hingga 9.30 pm setiap hari
Tarikh :
6 Jun - 5 July 2016
Telefon :
03-2718 1118
website :
0 Comments