CAFE STUDIO @ THE STRAND, KOTA DAMANSARA | Baru melangkah masuk untuk menuju ke Café Studio yang terletak di Tingkat 1 aje dah buat aku teruja. Tu belum masuk ke dalam kedai lagi. Mana taknya, di dinding sepanjang tangga terletak hiasan dan frame-frame gambar yang menarik mengenai cafe tersebut. Bila dah masuk ke dalam lagi la terbeliak biji mata tengok hiasan dan dekorasi cafe ni. Seriusly tak rasa macam dalam restoran or cafe pun sebaliknya rasa macam dalam kondo mewah pulak.. hehe
Actually ini lah kelainan yang ditonjolkan di Café Studio ni yang mana selain coffee shop, ia juga merangkap sebagai butik perabot dan art gallery. Reka bentuk dalaman ini diilhamkan sebegini rupa supaya pelanggan yang datang akan berasa tenang, santai dan comfortable seolah-olah berada di rumah sendiri. Siap ada sofa dan katil kaw. Ha, baru la syok kan nak lepak-lepak dengan keluarga dan kawan-kawan.
Susunan sofa |
Antara sudut untuk bersantai |
Katil dan bag bean pun ada. Ni boleh lelap jap lepas kekenyangan |
Selain itu, Café Studio juga menyediakan ruang buat penggiat seni untuk memaparkan hasil karya mereka samada lukisan, artwork macam arca dan sebagainya. Satu platform yang baik untuk korang-korang yang berbakat kat luar sana kan. Boleh la menyumbangkan hasil karya korang sesambil tu bertukar-tukar pendapat ke, share idea ke kat sini. Bagi peminat photography pulak aku pasti korang akan suka cafe ni sebab banyak sudut-sudut yang best dan cantik untuk photoshoot. Cantikk weiii...
Cantikkan sudut ni, siap ada buaian kayu lagi |
Susunan botol warna warni dengan tumbuhan pokok (panggil ape ekk?) |
Suka sangat buaian ni. Fefeling photoshoot model walauponnn... ^_^ |
Ok, tadi dah tunjuk konsep cafe ni, sekarang kita tengok menu pulak. Menu Café Studio ni khusus kepada sandwich, salad, mocktail dan coffee. Ini je ke menu diorang ? iye la, nama pun cafe kan. Lagipun sape kata tak kenyang makan menu-menu gini. Dah la kenyang, menyihatkan tau. Sesuai untuk orang yang diet.. opssss... hehe.. Jom tengok pilihan menu kat sini :
Sandwich
Pelbagai jenis sandwich gulung yang berintikan telur rebus dengan masin telur, bolognese, ayam pedas, ham ayam, daging lembu daging, ketam kayu, tuna, dan cendawan. Paling suka yang telur rebus dengan masin telur tu..
Pelbagai jenis sandwich gulung |
Salad
Pelbagai jenis salad seperti hard boil egg with salted egg, tofu, sweet potato, spicy chicken, mushroom, octopus, crab stick, hawaii chicken and thai style anchovy salad yang dihidangkan bersama dengan 16 pilihan Fused Mayo Dressing dan 6 pilihan Oil Dressing sebagai sos salad mengikut selera masing-masing. Pada sesiapa yang tak makan sayuran, don't worry. Aku gerenti korang akan makan salad ni sebab tersangat sedap.
Spicy Chicken Salad |
Thai Style Anchovy Salad |
Sweet Potato Salad |
Hard Boil Egg With Salted Egg Salad |
Tofu Salad |
Zucchini Salad |
Octopus Salad |
Hawaii Chicken Salad |
Crab Stick Salad |
Pilihan Sos Salad (dressing)
Pelbagai jenis sos salad boleh dipilih mengikut selera masing-masing. Sos salad ni juga boleh dibeli jika ada yang ingin membuat salad sendiri di rumah. Berikut adalah sos salad yang ada di sini :
Fused Mayo Dressing - Wasabi Mayo, Teriyaki, Pesto, Honey Mustard, Thousand Island, Spicy Seaweed, Mint Cream, Asian Spice Curry, Orange Mayo, Roasted Sesame, Lavender, Honey Lemon Mayo, Lemongrass, Matcha Green Tea, Rose, Blackcurrant.
Oil Dressing - Honey lemon Vinegarate, Orange Vinegarate, Sour Plum Vinegarate, Apple Vinegarate, Blackcurrant Vinegarate, Balsamic Vinegarate.
Barisan salad yang menggiurkan dan sedia untuk dimakan |
Curahkan dressing dan gaul sebelum makan |
Mocktail
Mocktail kat sini best sebab teruja tengok air tu menggeletis dalam cawan sambil mengeluarkan asap. Ada pelbagai jenis mocktail seperti Passion fruits herb, lemon grass fizz, yam bean basil leave, lime mojito, pomegranate sweet basil, pandan with sour plum, lime blueberry, citrus maniac, pineapple honey, mango herb, lavender mint dan ginger cucumber.
Coffee
Pelbagai jenis pilihan coffee termasuk handmade coffees. Antaranya Hazelnut (black & white), Macadamia (black & white), Toffee (black & white), Vanilla (black & white), Lavender (black & white), Rose (black & white), Creme brullee (black & white), Caramel (black & white)
Sebut pasal coffee, aku tertarik dengan handmade coffee kat sini. Walaupun aku ni bukan la peminat tegar kopi tapi kagum dengan cara diorang (barista) ni buat coffee. Kalau aku kat rumah biasa main campak-campak je kopi gula susu dalam teko pastu curah air panas...zasss siap.. tapi kat sini siap pakai peralatan coffee maker dan guna penunu bunsen tau. Memang memerlukan kesabaran yang tinggi tapi dari segi rasa perghhh... 'hanya jauhari yang mengenal manikam'... kawwwww beb...
Handmade Coffee Maker |
Royal balancing siphon coffee maker |
Siphon coffee maker |
Irish Coffee Maker |
Kinto Slow Coffee Style |
Menarik kan konsep Café Studio ni. Sangat sesuai kalau nak lepak-lepak chill dengan member-member. Kalau sape-sape nak mai pekena kopi dia yang pior, pekat melekat especially handmade coffee tu or nak rasa salad dia yang superb sedap, berbeza dari salad tempat lain, moh datang ke Café Studio di alamat :
Café Studio di Tingkat 1 |
Alamat :
Café Studio
No. 424-1 & 46-1 First Floor, Jln Pju 5/20d,
The Strand Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Waktu Operasi :
Weekdays - 10 pagi hingga 10 malam
Weekends - 10 pagi hingga 11 malam
Instagram :
@cafestudiodamansara
Facebook :
facebook.com/CAFESTUDIODAMANSARA
Weekends - 10 pagi hingga 11 malam
Instagram :
@cafestudiodamansara
Facebook :
facebook.com/CAFESTUDIODAMANSARA
6 Comments
Menarik konsepnya dan nampak mewah
ReplyDeleteTunggu kaya boleh lepak sokmo sini :)
ala, skang pun ok pe. lepak2 minum kopi..
DeleteHhaaaha...tunggu kaya kata Sop.
ReplyDeleteHuhuuuuhu... i like coffee. Suatu hari kalau tersesat ke Damansara nak arrr terrrr...singgah sini.
boleh aje... boleh rasa kopi handmade ni
Deleteeh confuse jap. ini cafe ke rumah? haha
ReplyDeletekita pun konpius wakkkk... nasib tak tidur skali kat situ. hahahaha
Delete