BAZAAR VENDOR DAN ARTIS TERKENAL DI HARI NBOS 2016 PICC

BAZAAR VENDOR DAN ARTIS TERKENAL DI HARI NBOS 2016 PICC | Hari yang ditunggu-tunggu bakal tiba.. Berdebar-debar rasanya nak menempuh hari-hari yang mendatang ni. Ibarat makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena kaww.. Cewahhh... Ayat aku kemain gimik kan. Dah mengalahkan orang nak naik pelamin. hahaha...

Bazaar Vendor Dan Artis Terkenal Di Hari NBOS 2016 PICC
Bazaar Vendor Dan Artis Terkenal Memeriahkan Hari NBOS 2016

Mesti korang tertanya-tanya kan hari apa? Ha, ingat tak aku pernah cerita sebelum ni pasal Hari Terbuka National Blue Ocean Strategy ataupun singkatannya NBOS 2016 yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) mulai 14 Ogos hingga 20 Ogos 2016 ni. Kalau lupa, sila la terjah balik entri iols yang lepas ye.. [Klik SINI].

BAZAAR ROOPAWAN.COM UNTUK VENDOR 

Ok, cerita dia kat sini bukan la aku terlibat secara langsung dalam menguruskan perlaksanaan Hari Terbuka NBOS 2016 ni. Tapi sebenarnya Team Projek Travel telah dipilih dan disenaraikan sebagai salah satu vendor yang akan mengadakan jualan di Bazaar Roopawan.com yang akan berlangsung sepanjang perlaksanaan Hari Terbuka tu nanti iaitu selama seminggu. Alhamdulillah, mungkin ini rezeki kami. Mana taknya, kami akan duduk sebaris dengan vendor-vendor yang terkenal dan juga terdiri dari artis-artis tanahair. Tu yang hakak nebes uolsss... Nak tau kami jual apa nanti, jangan lupa mai dan singgah di booth kami tau. Berikut senarai booth yang akan berada di NBOS 2016 :

Bazaar Vendor Dan Artis Terkenal Di Hari NBOS 2016 PICC
Poster vendor

VENDOR
PEMILIK
BOOTH
RARA BY ERRA FAZIRA Erra Fazira B01
NANARAYYAN HIJABS BY SND Siti Nordiana B02
LET'S CANTIK BY NUR SAJAT Nur Sajat B03
DOKOH Nik Khairul Amri & Alif B04
ZAPATOS BY ZAIN SAIDIN Zain Saidin B05
MINIME Aisyah Rania B06
A&A APPAREL Anas Abas B07
PRODUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN BRACE BEAUTE Zul Fattah (Blogger) B08
RCW WORLDWIDE Rozita Che Wan B09
BY DAFI Dafi Ismail Sabri B10
BY SAKURA BAND Sakura Band B11
ANIS AL IDRUS WARDROBE Anis Al Idrus B12
HOSPITAL SEHAT - B13
ROOPAWAN/AFIYA KL/VERMILLION Ezzaty Abdullah & Azwan Kombos B14
AISHA WONG Aisha Wong & Jasmine Wong B15
PRINCESS LOVE BY DIYANAHNADIA Diyanah Nadia B16
PROJEK TRAVEL/PENA BERKALA/ALEGORE MALAYSIA Projek Travel (Blogger) B17
FSYN/BY FAUZI ARYAAN Nisa Kay & Fauzi Aryaan (Blogger) B18
THE BUNKS & BUNKFACE PERFUME Bunkface B19
ABSTRAXX - B20
WULPAK CLOTHING - B21
ELITE S7 BY RONNIE HUSSEIN Ronnie Hussein B22
IPPO HAFIZ X CATALEYA SPACE Ippo Hafiz B23
RUBY SOHO BARBERSHOP - B24

Apa pun terima kasih banyak-banyak pada Roopawan.com yang memberi peluang kepada kami untuk berniaga di Bazaar sempena Hari Terbuka NBOS 2016.

www.roopawan.com merupakan sebuah portal e-dagang yang memberi tumpuan kepada produk Muslim & Muslimah seperti fesyen, produk kecantikan halal dan aksesori. Roopawan
yang diuruskan oleh Roopawan Marketing Sdn Bhd menyediakan hub membeli-belah dengan perkhidmatan keseluruhan yang selamat dan mudah untuk digunakan.

PERSEMBAHAN ARTIS TERKENAL TANAHAIR

Selain boleh shopping-shopping, nanti ada juga persembahan istimewa dari artis-artis terkenal tanahair seperti Dayang Nurfaizah, Siti Nordiana, Bunkface, Aizat Amdan, Sandra, Caliph Busker, Ronnie Hussin, Drama Band, Ippo Hafiz, 6ixth Sense, Sakura Band, One Nation Emcee, Khai Bahar, Dafi, Alif Satar, Tasha Manshahar, Aman Nassim, Zarul, Mark Adam, Encik Mimpi, Haiza, Sarah Fazny, Shiela Abdul, Putera Mentor Legend, Ewal AF, Zariff AF, Sazrin dan Aina Abdul. Ramainya artis... happening la.

Bazaar Vendor Dan Artis Terkenal Di Hari NBOS 2016 PICC
Poster artis yang terlibat

AKTIVITI MENARIK SEPANJANG NBOS 2016

Macam yang aku cerita dalam entri sebelum ni, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang berlangsungnya Hari Terbuka NBOS 2016 ni nanti. Selain dari yang disebutkan aritu, ni ada lagi aktiviti lain seperti :

- Perasmian oleh YAB Perdana Menteri pada 16 Ogos 2016 (Selasa)
- Pengundian Awam / Cabutan Undi PR1MA (Perumahan Rakyat 1 Malaysia) pada 14 Ogos 2016 (Ahad)
- Hadiah cabutan bertuah untuk pengunjung
- Lelongan Amal oleh artis-artis popular di Pentas Utama

Bazaar Vendor Dan Artis Terkenal Di Hari NBOS 2016 PICC
Perasmian oleh YAB Perdana Menteri pada 16 Ogos 2016 (Selasa)

Bazaar Vendor Dan Artis Terkenal Di Hari NBOS 2016 PICC
Kemeriahan NBOS 2015

Bazaar Vendor Dan Artis Terkenal Di Hari NBOS 2016 PICC
Kemeriahan NBOS 2015

Wow, meriahnya sambutan NBOS 2015. Untuk NBOS 2016 ni harap lebih gebum gebum la ekk. hurmm.. agak-agak apa la hadiah untuk pengunjung bertuah tu. Mesti seronok kan. So, kalau korang-korang nak hadiah ataupun shopping ataupun berjumpa dengan artis favourite yang ada nanti, boleh la datang ke Hari Terbuka NBOS 2016 dan jangan lupa singgah ke booth 17 dan selfie dengan Team Projek Travel.



Post a Comment

2 Comments

  1. peh..main ngan artis2..femes
    Faizal Tahir suruh terjah kat sini Raver Si Sotong Vs Hipster Bermisai Lentik

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. kebetulan je sbb terlibat dengan event tu

      Delete