MACAM-MACAM ADA DI CAMPUR CAMPUR KITCHEN DPULZE CYBERJAYA

MACAM-MACAM ADA DI CAMPUR CAMPUR KITCHEN DPULZE CYBERJAYA | Honestly ini la first time aku jejakkan kaki di Dpulze Shopping Centre Cyberjaya. Tak sangka kat Cyberjaya ni ada shopping mall. Nampak nau lama tak pi sana kan.. hahaha... Hajat ke sana sebab nak berjumpa dan lepak hujung minggu bersama rakan rakan blogger di Campur-Campur Kitchen. Maklum la dah lama cuti panjang kan. Rindu pulak dengan depa-depa ni.

Macam Macam Ada di Campur Campur Kitchen Dpulze Cyberjaya
Campur-Campur Kitchen di Dpulze Shopping Centre Cyberjaya

DEKORASI DI CAMPUR CAMPUR KITCHEN


Macam Macam Ada di Campur Campur Kitchen Dpulze Cyberjaya
Ruang dalam Campur-Campur Kitchen

Memandangkan aku antara orang yang awal datang, so aku pun pusing la keliling satu restoran sambil snap-snap gambar. Biasa la blogger, memang habit lagu tu la kan. Lagipun bagi aku konsep restoran ni menarik dari segi dekorasi dia. Paling menarik tertarik da boommm sebab ada sesuatu yang biasa kita tengok kat kampung-kampung tapi ada kat sini. Wuuuuu... teringat kampung weiiii....

Macam Macam Ada di Campur Campur Kitchen Dpulze Cyberjaya
Dekorasi dalam Campur-Campur Kitchen

Ha, cer tengok kat dinding tu. Nampak tak ada tergantung nyiru, dulang bercorak dan juga batang paip. Di sebalik dinding gelap tu pulak ada tergantung wau bulan. Kreatif la hai depa ni kan. Camne leh terpikir nak gantung benda-benda tu. Kalau kat kampung, benda-benda tu kecuali wau bulan tersorok je kat dapur. Nak guna baru keluarkan.

Macam Macam Ada di Campur Campur Kitchen Dpulze Cyberjaya
Dulang bercorak

Macam Macam Ada di Campur Campur Kitchen Dpulze Cyberjaya
Excited tengok talam tu

Dulang atau kat kampung panggil talam bercorak ni kalau kat kampung biasanya digunakan untuk makan hidang bersama keluarga ataupun kenduri kendara. Dulu arwah nenek ada banyak koleksi dulang macam ni tapi sekarang yang tinggal hanya dua tiga je kat kampung. Tu pun dah bocor. Kat sini aku tengok ada pelbagai saiz la pulak. Biasa tengok yang besar tu je.

Macam Macam Ada di Campur Campur Kitchen Dpulze Cyberjaya
Nyiru atau alat untuk tampi

Ingat tak pantun "kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan" ?? ha, ini la rupa nyiru tu. Sape tak kenal nyiru, meh aku kongsikan sikit. Nyiru juga bermaksud badang, ayakan, tampian, tampah dan penampi. Nyiru ni diperbuat daripada buluh atau rotan, berbentuk bujur atau bulat, beranyam rapat dan bingkainya beranyam tulang belut. Bentuk yang terdapat ialah bulat, bujur dan bersegi tiga. Tapi yang ada kat restoran ni yang bulat aje.

Macam Macam Ada di Campur Campur Kitchen Dpulze Cyberjaya
Hiasan lampu dan batang paip

Ni lagi satu dekorasi kreatif kat dalam kedai ni. Batang paip dilekatkan di dinding dan diletakkan mentol sebagai pencahayaan tambahan. Jadi tak de la expose wiring mentol tu. Menarik kan idea depa ni.

Macam Macam Ada di Campur Campur Kitchen Dpulze Cyberjaya
Wau Bulan

Lagi satu sudut yang bagi aku simple tapi tetap menarik adalah sudut ni. Walaupun hanya ada satu lampu dan satu wau bulan, tapi warna wau bulan dan warna kerusi telah menaikkan seri sudut ni. Sudut ni sesuai untuk pelanggan yang inginkan privasi sebab ia terlindung dari pintu masuk utama.


MENU DI CAMPUR CAMPUR KITCHEN


Ok, dah tengok dekorasi restoran, meh kita tengok menu apa yang ada pulak kat Campur Campur Kitchen ni. Biasa la kalau dah lepak ramai-ramai ni, masing masing ada selera sendiri kan. Ada yang nak makan itu la, ada yang nak makan ni la. Tapi yang menariknya kat Campur Campur Kitchen ni, ada pilihan menu makanan Indonesia, Thai dan Chinese. Gabungan tiga negara uols, tu sebab juga nama dia Campur Campur Kitchen. Ingat hidang nasi campur.. hehehehe... Ha, meh tengok apa yang ada kat sini.

Appetizer

Untuk appetizer ataupun pembuka selera, kami memilih Chicken Boxing, Curry Fish Ball dan Chicken Wing with Salt and Chili. Selain dari ni ada banyak lagi menu appetizer yang boleh dipilih seperti Chicken Wing With Tiga Rasa, Tempura Shrimp, Campur-Campur Chicken, Fusion Fish Cake ataupun Combo Platter.

Macam Macam Ada di Campur Campur Kitchen Dpulze Cyberjaya
Chicken Boxing = RM12.90

Macam Macam Ada di Campur Campur Kitchen Dpulze Cyberjaya
Curry Fish Ball = RM8.90

Macam Macam Ada di Campur Campur Kitchen Dpulze Cyberjaya
Chicken Wing with Salt And Chili = RM12.90

Main Course

Untuk Main Course ataupun hidangan utama, kami memilih nasi goreng, mee goreng dan set ala ala 'bento'. So far bagi aku portion untuk hidangan Main Course ni sangat banyak dan mengenyangkan especially set Bento tu. Harga pun berbaloi. Haa... nin dia menu kami order.

Macam Macam Ada di Campur Campur Kitchen Dpulze Cyberjaya
Bangkok Jazz Crabmeat Fried Rice In Lotus Leaf = RM11.90

Nasi goreng paling special kat sini iaitu 'Bangkok Jazz Crabmeat Fried Rice In Lotus Leaf'. Nama pun dah special kan. Nasi goreng ni dibungkus dalam daun teratai tau. Bila bukak aje..ummmppppphhh keluar bau aroma nasi goreng tu, terus berkeroncong perut ikut irama Jazz. Agaknya tu sebab nama dia Bangkok Jazz kot.. hahahaha

Macam Macam Ada di Campur Campur Kitchen Dpulze Cyberjaya
Pelbagai jenis nasi goreng

Selain dari 'Bangkok Jazz Crabmeat Fried Rice In Lotus Leaf', ada lagi beberapa nasi goreng yang boleh dipilih seperti Fried Rice in 'Yong Zhou' Style, Fried Rice with Chicken & Salt Fish, Thai Tom Yum Fried Rice With Rempah Chicken, Indo Nasi Goreng with Rempah Chicken, Campur Belacan Chicken Fried Rice, Kam Heong Chicken Fried Rice, Golden Hong Kong Seafood Fried Rice, Thai Pineapple Seafood Fried Rice dan Indo Fried Rice with Flying Fish. Semua nasi goreng berharga dari RM8.90 hingga RM16.90.

Macam Macam Ada di Campur Campur Kitchen Dpulze Cyberjaya
Mee Goreng

Bagi yang tak makan nasi macam member kitorang ni boleh la order mee goreng. Bagi aku mee goreng dia ni sedap sebab banyak isi. Ada udang, fish ball dan sayur memang kena dengan selera tekak aku ni... hehehe...

Macam Macam Ada di Campur Campur Kitchen Dpulze Cyberjaya
Set Ayam Bakar Rice

Macam Macam Ada di Campur Campur Kitchen Dpulze Cyberjaya
Set Petai Shrimp Rice

Macam Macam Ada di Campur Campur Kitchen Dpulze Cyberjaya
Flying Fish

Bagi yang agak-agak lapar tu, sila la order set Bento ni ye. Set ni lengkap ada nasi, salad telur, sambal dan 2 lauk. Memang nampak menyelerakan la lauk-lauk tu kan. Ada 30 jenis set yang boleh dipilih dan harga satu set ni cuma RM14.90 - RM15.90 aje. Paling rekomended set yang ada Flying Fish. Giler sedap ikan tu, rangup sampai ke kepala boleh ratah.

Toast

Untuk yang nak makan light-light aje boleh la pilih French Toast With Honey, Cheese and Banana French Toast, dan Peanut Butter Thick Toast With sweetened Milk. Tapi menu ni manis-manis ye. Kalau korang dah manis, makin bertambah la kemanisan di wajah.. ehhh... hahahaah

Macam Macam Ada di Campur Campur Kitchen Dpulze Cyberjaya
French Toast With Honey

Beverage

Kat sini ada air special tau sebab dalam botol mentol. Ada dua pilihan iaitu Lemonande Blue dan Icy Green Mint. Comel je bekas dia tu, kalau boleh nak bawak balik aje... hehehe. Selain tu ada juga yang dihidang dalam kole seperti Tea In Thai Style. Dah lama tak minum air dalam kole macam ni. Dulu-dulu ada la. Yang dalam gelas biasa tapi pekat melekat tu Coffee In Hong Kng Style.

Macam Macam Ada di Campur Campur Kitchen Dpulze Cyberjaya
Tea in Thai Style, Coffee in Hong Kong Style, Lemonande Blue dan Icy Green Mint

Fuhh... Alhamdulillah, kenyang kami semua makan kat sini. Kesimpulannya boleh kata Macam Macam Ada di Campur Campur Kitchen, Dpulze Shopping Centre, Cyberjaya ni. So, kalau korang ada mai sini boleh la cuba rasa makanan dari Indonesia, Thai dan Chinese di sini especially yang aku dah highlight kat atas ni... Adios

Macam Macam Ada di Campur Campur Kitchen Dpulze Cyberjaya
Geng Blogger dan Staff Campur Campur Kitchen

Alamat:
Campur Campur Kitchen
Lot UG 18, Upper Ground Floor,DPulze Shopping Centre,
Persiaran Multimedia,63000 Cyberjaya





Post a Comment

3 Comments

  1. meleleh lak tgk menu dia..la poo ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak lunch lagi ke?? tp memang sedap makanan kat sini. licin ritu kami makan

      Delete