KAMBING BAKAR AYAM PENYET SAHARA MEMANG SEDAP

KAMBING BAKAR AYAM PENYET SAHARA MEMANG SEDAP | Sebut aja kambing dah terliur-liur dah mengidam. Bayangkan bulan puasa lepas, setiap kali pergi buffet ramadhan mesti kambing yang aku cari dulu. Walaupun makan selalu tapi tak pernah puas. Memang dasar hantu kambing kan, gini ler... Nasib baik la aku takde masalah pening kepala kalau makan kambing. Tapi orang kata bahaya jugak kerap makan kambing ni. Tak elok untuk kesihatan.. fuhhh... mintak jauh la semua tu... kalau tak mau menangis bucu kandang kambing... huwaaa...

Kambing Bakar Ayam Penyet Sahara Memang Sedap
Kambing Bakar Ayam Penyet Sahara yang pernah viral kerana keenakannya

Sebagai peminat kambing No 1, tipu la kalau aku tak tau pasal keenakan dan kesedapan Kambing Bakar Sahara kat Meru Klang yang pernah viral ni. Dah beberapa orang dok bercerita kat aku makan kat situ sampai ada yang mengidam la. Tapi iye la, aku ni mana ada menghala ke sana. Lagipun aku tak berapa familiar area Meru Klang ni. Tapi bagai pucuk dicita ulam mendatang, Sabtu lepas Mekonie ajak kami mai makan kat situ. Yipppiiiiieeeeee... akhirnya dapat jugak merasa Kambing Bakar Sahara yang sedap tu.

Kambing Bakar Ayam Penyet Sahara Memang Sedap
muka ada sinyummmm dapat makan kambing bakar sahara

Sampai aje kat Kambing Bakar Ayam Penyet Sahara yang terletak di Meru Klang ni, boleh tahan ramai jugak pelanggan dia. Time tu dalam pukul 1pm. Waktu puncak makan tengah hari kan. Yang mana kerja hari sabtu kira lunch time depa la sebab aku tengok ramai gak yang pakai uniform kerja. Lagipun Meru Klang tu banyak kawasan perindustrian.

Kambing Bakar Ayam Penyet Sahara Memang Sedap
ramai gak pelanggan time ni

Lepas pilih tempat duduk, aku dah tak sabar nak order kambing bakar yang famous tu. Mekonie kata kat sini dia kira set kambing bakar sekali dengan nasi. So, aku pun order set kambing bakar sama macam Mekonie dan Penaberkala. Mawardi pulak order set Ayam Penyet dengan sup tulang. Walaupun ramai, nasib baik order kami cepat sampai. Ha, nila rupa kambing bakar sahara yang diidam-idamkan tu.

Kambing Bakar Ayam Penyet Sahara Memang Sedap
Kambing bakar sahara idaman hati... sedap !!

Kambing Bakar Ayam Penyet Sahara Memang Sedap
Ayam penyet

Kambing Bakar Ayam Penyet Sahara Memang Sedap
Sup tulang

Siyesly Kambing Bakar Sahara ni memang sedap. Sebelum makan perah dulu limau. Kelebihan kambing bakar ni selain dari isi dia yang lembut, kuah dia tu yang special. Tak tau nak kata kuah apa sebab rasa dia kombinasi sos black pepper dengan kicap. Tapi yang penting, bila cicah dengan kambing tu, meletops rasa dia. No wonder la ramai yang kata sedap sampai ada orang tu konon kata tak makan kambing, last-last ayam penyet dia disisihkan... ehhhh... Jangan salah sangka, ayam penyet sahara pun sedap jugak cuma lebih teruja kat kambing tu... hehehehehe....

Kambing Bakar Ayam Penyet Sahara Memang Sedap
Menu yang kami order

Selain dari set kambing bakar dan ayam penyet, ada banyak lagi pilihan yang ada kat sini. Jom tengok antara menu dan harga terkini (setakat time aku pi la) yang ada di Kambing Bakar Ayam Penyet Sahara, Meru Klang ni :

Kambing Bakar Ayam Penyet Sahara Memang Sedap
Antara menu yang ada di Kambing Bakar Ayam Penyet Sahara

Kambing Bakar (1 set) = RM9.50
Ayam Penyet (1 set) = RM6.00
Lele Penyet (1 set) = RM5.50
Burung Puyuh Penyet (1 set) = RM6.50
Itik Penyet (1 set) = RM7.50
Cencaru Penyet (1 set) = RM5.50
Kembung Penyet (1 set) = RM5.50
Sup Kambing = RM7.50
Sup Kambing Gear Box = RM7.50
Sup Tulang = RM7.50
Bakso = RM4.50
Bakso Urat = RM5.50
Bakso Telur = RM6.00

Kambing Bakar Ayam Penyet Sahara Memang Sedap
Tengkiu Onie sebab merealisasikan hajat aku..hehhe

Alhamdulillah, akhirnya tercapai gak hajat nak makan kambing bakar yang pernah viral ni. Tengkiu Mekonie... muahh muahh. Lepas ni gerenti akan repeat makan kat sini. Kalau korang-korang ni peminat kambing, aku rekemen korang mai rasa kat sini sebab bagi aku Kambing Bakar Ayam Penyet Sahara kat Meru Klang ni memang sedap... adios...

Alamat :
Kambing Bakar Ayam Penyet Sahara
Jalan Kasim, Meru, 
41050 Klang, Selangor, 
Malaysia

Telefon :
012-9434644

Waktu Operasi :
11:00 am - 12:00 am
setiap hari





Post a Comment

8 Comments

  1. arghh..dugaan betul tengok nih..semuanya nampak sedap! T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap.. ni pun dah repeat dah. tapi ramai sangat orang kat sini huhu

      Delete
  2. perghhh.. sedap. harga pun berpatutan..

    Jemput singgah tgk entry terkini k.. :) Hujung minggu

    ReplyDelete
  3. mmg nampak sedap. terliur ibu mengandung menengok menu ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alololo... cian pulak ibu mengandung.

      Delete
  4. sedap tgk kambing tu..murah la plak..kene try skali ni..btw..dh folo n masuk dlm bloglist utk blogwalking..
    https://rojakonemalaysia.blogspot.my/2016/08/bloglist-untuk-blogwalking.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap tapi pedas sket sbb black papper

      Delete